Jumaat, 16 Disember 2011

TERBAIKK EMAIL DARI PEMBACA!! Cerita Menarik Mengenai Pas dan Pkr Kedah!! Rugi tak baca!!

Inilah contoh pencacai..
Dun Bandar Baharu: Siapa Pencacai Dalam Kerajaan PR??


Oleh Mat Sera


Pencacai lebih rendah martabatnya dari hamba. Pencacai membuat kerja yang kotor untuk tuannya dengan upah yang rendah. Kalau dalam filem P Ramlee – Tiga Abdul_ pencacai boleh mengakibatkan amarah kepada Ahmad Nisfu. Dalam kontek politik pencacai ini adalah orang suruhan yang menjalankan kerja-kerja jijik untuk orang lain antara master dan slave.

Dalam DUN Bandar Baharu hanya terdapat dua parti dalam PR iaitu PAS dan PKR. DAP tak ada tempat walau pun ada penyokong. Kebanyakan penyokong DAP berlindung dibawah PKR dan menunggu masa yang sesuai untuk menukar PKR ini kepada Chinese based party seperti yang dilakukan oleh mereka kepada parti Gerakan. Orang-orang Melayu dalam PKR ini sekarang dah pun jadi pencacai kepada kumpulan ini. Pemimpin-pemimpin Melayu ini termasuklah ketua cabang dan ketua-ketua ranting yang tidak berdaun mungkin tidak sedar apa yang berlaku dibawah kerana mereka mendongak terlampau tinggi untuk mencapai PUTRAJAYA bagi merealisasikan dendam mereka kepada rakyat yang telah memenangkan UMNO selama 12 kali pilihanraya.


Tak sedar tak mengapa tapi jangan pula bila sedar nanti dah tinggal sehelai sepinggang. Ini lah yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin BERJASA demi pesyarikatan Melayu. Orang Melayu perlu sedar bahawa Malaysia hanyalah satu-satunya tanah air kita. Masa kini mungkin kita bernasib baik ditanah air sendiri tapi anak cucu kita belum tentu lagi mungkin akan menjadi PATI di tanah air negara jiran. Masa itu DSAI dan Tok Guru Nabi akan termaktub dalam sejarah sebagai pengkhainat bangsa dan agama dan pada ketika itu juga pakar manipulasi sejarah Mat Sabu dah tak ada untuk menukar sejarah ini.

Di DUN Bandar Baharu taukehnya adalah orang PAS kerana ADUNnya dari parti PAS. Dengan sendirinya PKR jadi kuli. Mungkin taukeh besarnya pula PKR tapi macam mana nak claim kerana MPnya pun dah lari tinggalkan kubu. Pada masa sekarang terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan PKR boleh menang tanpa bantuan PAS. Tak percaya tanya ketua ranting Selama Kedah yang mengaku kononnya beliau berjaya menubuhkan 18 ranting PKR di DUN Bandar Baharu dan berangan-angan bertanding di DUN ini walau pun tiga penjuru. Saya percaya kenyataan beliau tapi ranting-ranting tersebut tidak berdaun dan sedang mereput menunggu masa untuk jatuh kebumi. Saya juga dimaklumkan bahawa 18 ranting-ranting ini ditubuhkan atas usaha bekas ketua ranting Lubuk Buntar yang telah pun meninggalkan PKR.

Perebutan pengaruh antara PAS dengan PKR kian ketara sekarang dengan hampirnya pilihanraya. Masing-masing ingin membuktikan memperolehi sokongan rakyat bagi menuntut kerusi ADUN. PAS pastinya tidak akan melepaskan kerusi empok ini sementara PKR pula memulakan jarumnya suapaya rakyat menolak pencalonan dari PAS dengan menghulur gula-gula kepada penduduk. Akhir-akhir ini saya dimaklumkan bahawa PKR DUN Bandar Baharu akan memberi bantuan persekolahan kepada ibubapa sepertimana yang diberikan oleh kerajaan. Kalau boleh beri, bersyukurlah tapi nampak berat kerana kenyataan itu datangnya dari ketua kampong yang tidak ada kampong yang dulunya ahli PAS tapi terjun ke PKR apabila orang-orang PAS Kg Telok Sera dah tak terima beliau. Semua ini dibuat untuk mendapatkan tempat sebagai tuan dan menjadikan parti yang satu lagi itu sebagai kuli.

Bagi PAS pula percaturan mereka akan lebih mudah untuk mengenepikan PKR kerana mereka berada diatas. Ceramah-ceramah PR yang diadakan walau pun melibatkan pemimpin PKR atau DAP diwar-warkan sebagai ceramah PAS hanya helah untuk memungut derma. Datanglah siapa pun, DSAI ka Lim Guan Eng ka semuanya dikatakan ceramah PAS dan diadakan ditempat yang ditentukan oleh PAS. PAS berkuasa menentukan segalanya sedangkan PKR menjadi pak turut dan hanya boleh angguk. Bayangkan dari 54 jawatan ketua kampong tidak sampai 10 kawasan yang diberikan kepada PKR. Dimana letak maruah PKR yang dibuli oleh PAS. Memang ini satu sepakatan tapi dimana keadilannya. Usaha usaha membantu penduduk dalam mendapatkan bantuan selain dari UMNO, PKR banyak memain peranan. Tapi yang mendapat nama adalah PAS.

Taktiknya amat mudah kerana mereka ada orang hubungan seperti di pejabat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apabila diberitahu oleh orang dalam bahawa kelulusan telah diperolehi pemimpin PAS ini akan membawa borang permohonan kepada pemohon yang berkenaan untuk diisi dan kelulusan diperolehi pada besoknya padahal bantuan telah pun diluluskan dan apa yang dilakukan sebagai gimik. Maka gahlah pemimpin PAS yang uruskan bantuan. Tektik ini juga kadang-kadang dilakukan oleh pemimpin PKR untuk orang UMNO. Susu UMNO tapi PKR dapat nama. Tapi PAS dan PKR masih gagal menjadi juara dalam permohonan pembinaan semula tokong di Kg Baru Padang Lalang.

Ternyata tidak ada sepakatan antara PAS dan PKR dalam mentadbir DUN ini. Masing-masing cuba menjatuhkan satu sama lain. Kita hanya perlu tunggu dan lihat sandiwara mereka yang pastinya rakyat akan dapat menyaksikan kepuraan kedua-dua parti ini sebelum PRU13. PAS sudah tidak ada pemimpin tempatan untuk diketengahkan. Rakyat telah tidak menerima Yaakob Husin sekarang dan pendokong PAS tidak akan menerima Hassan Razak kerana sikap tamak beliau yang sanggup menjatuhkan kawan seperjuangan. Calon dari luar pasti tidak akan diterima oleh rakyat DUN Bandar Baharu. PKR yang masih mengintai kerusi ini sudah pasti mempunyai alasan meminta kerusi DUN ini. Begitu juga UMNO belum ada calon tempatan yang sesuai. UMNO mesti berhati-hati dalam pemilihan calon ini kerana jika silap langkah peristiwa sabotaj dalam PRU12 akan berulang.

Satu perkara yang mempunyai kesepakatan antara PAS dan PKR yang tidak membezakan tuan dan hamba ialah mengenepikan tanggung jawab kepada rakyat dan kedua-duanya adalah parti aportunis. Ambil sahaja contoh sebuah taman perumahan di DUN ini. KK nya adalah orang PKR tapi tinggal ditempat lain. Pengerusi kariahnya pula orang PAS yang juga imam masjid. Taman ini telah beberapa kali menghasilkan anak luar nikah. Gejala buruk social yang lain termasuklah rogol kanan kanak sekolah liwat dikalangan kanak-kanak belasan tahun telah pun berlaku. Tapi perbuatan-perbuatan ini dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin masyarakat ini. Tidak ada usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat. Dimanakan peranan imam dan juga KK yang makan elaun buta. Ini semua berlaku kepada anak anak bangsa kita. Inilah kerjasama erat antara PAS dan PKR dalam membiarkan kemaksiatan berlaku.

Seperkara lagi yang mengeratkan kerjasama PAS dan PKR adalah dalam merosakkan eko system di DUN ini. Sikap rakus pejabat tanah daerah di bawah pentadbiran PAS menjadikan rakyat yang menyokong mereka dahulu menjadi mangsa apabila berlakunya hujan lebat. Di kawasan DUN ini semasa pemerentahan BN hanya terdapat dua kawasan sahaja diluluskan untuk mengambil tanah merah. Tapi dalam 3 tahun pentadbiran PAS telah diluluskan 4 kawasan. Semalam apabila berlaku hujan lebat, rumah-rumah rakyat yang rata-rata miskin telah dimasuki banjir lumpur termasuk kawasan pegangan PAS di Kg. Permatang Simpor. ADUN tak nampak hidung pun KK pula asyek lepak dikedai kopi. Inilah hasil dan faedah yang rakyat perolehi apabila memilih PR dalam PRU12 dahulu.

Semoga Allah melindungi rakyat DUN Bandar Baharu dari penjarah politik yang bertopengkan Yang Berhormat semoga rakyat membuat pemilihan yang tepat tidak lagi tersalah pilih seperti dalam PRU12 dimana MPnya lari meninggalkan kubu dan ADUN nya bersembunyi takutkan rakyat meminta pertolongan.

Wassalam


Penulis Adalah Seorang Bekas Pkr dan Ketua Cawangan UMNO Dun Bandar Baharu, Kedah.



McTheory:
Terima kasih atas email ini.. Mc mengalu-alukan pendedahan sebegini..

2 ulasan:

Nok berkata...

tima kasih maklumat yg baik..tapi aku risau rakyat dapat ke info ni...jgn kita kat GAP aje yg tahu...info tak sampai ke rakyat berkaitan.....tlg gap cari jln depa kat sana tlg hebah kan info ni....salam

Tanpa Nama berkata...

Sahabat-sahabat kita lulusan ztelok Senangin dan Kuala Kangsar boleh bantu rakyat di kawasan berkenaan dengan bergerak menjelaskan keadaan yang berlaku.Selamat Berjuang