Jumaat, 27 Januari 2012

PANASS!! Email dari pembaca, Apa benda Kuasa Ketiga ni Datuk Hasan Ali?



Semalam Mc dapat email dari seorang pembaca blog Mc. Rasanya kalau melihat email yang beliau berikan pada Mc. Beliau ni bukan calang-calang orang.

Baca email yang beliau berikan...original tanpa edit..


Salam..ingin saya utarakan pendapat mengenai Dr Hassan Ali (bekas Exco Selangor). Kita teruja dengan insiden beliau dipecat dari PAS. Beliau kini menjelajah untuk menjelaskan peristiwa pemecatan, sebab musababnya seterusnya menyerlahkan drama-drama yang berlaku dalam rumah tangga Parti Pakatan Rakyat, khususnya PAS.


Dalam segmen bicara dengan TV3 semalam bila ditanya kemana arah perjuangan beliau seterusnya, jawapan konkrit dan penuh konfident beliau akan memperjuangkan misi IMR (Islam,Melayu dan Raja-Raja) bersama The Third Force.


Pada pengamatan saya kalau itu matlamat beliau, ia bukan sebenarnya menyatupadukan orang Melayu, sebaliknya menambah parahkan perpecahan Melayu dari UMNO, PAS, PKR dan ditambah dengan 3rd Force. 


Dari 3 pecahan kepada 4 pecahan. Apakah Melayu akan kukuh dengan pecahan yang sebegini? Apakah dengan hancurnya perpaduan Melayu, kita masih berpeluang menjadi bangsa dominan dan seterusnya memerintah negara? Tidakkah tindakan ini akan sedikit sebanyak membantu Parti Kafir menguasai pemerintahan negara?


Yang lebih merunsingkan kita ialah Timbalan Menteri JPM (Pengerusi Penerangan UMNO) secara terbuka meminta UMNO negeri dan bahagian menyediakan platform dan menganjurkan ceramah Dr Hassan Ali.


Mungkin dari satu sudut UMNO memperoleh kredit dengan pendedahan kepincangan parti Pembangkang, sebaliknya Dr Hassan juga dapat meyakinkan umum yang hadir akan tujuan beliau bergabong dengan 3rd Force (kuasa ketiga) dan sekaligus memecah belahkan orang Melayau.


Hanya untuk renongan saudara semua..

Tan Anak Laha - X BTN


Betul juga pendapat dari si pengirim email ini, namun kita masih tidak tahu apa objektif sebenar 'kuasa ketiga' Apa yang mereka mahukan, seni politik mana yang mereka bawa. Rasanya Dr Hasan Ali juga memikirkan perkara sedemikian, apa yang perlu kita buat hanyalah tunggu dan lihat.

McTheory:
Apakah kuasa ketiga bakal menyatukan melayu?

6 ulasan:

akmal berkata...

Salam, saya setuju dengan pendapat ini. Sebab jika DR. Hasan ali mengukuhkan lagi pihak ke-3, sudah pasti akan menarik penyokong dari PAS dan UMNO, ini akan menimbulkan perpecahan umat Islam yang lebih parah dari yang ada sekarang. Sepatutnya, Dr. Hasan menentukan hala tuju politiknya dengan tegas, kerana menurut saya, apa yang diperjuangkan oleh Hasan Ali adalah langkah perjuangan yang dilaksanakan oleh UMNO. Dr. Hasan tidat patut malu dan segan-segan memilih platform yang seirama dengan perjuanannya, bukan terapung seperti itu.

Tanpa Nama berkata...

Entah lah...

Saya lebih berpendapat bahawa Third Force yang Hassan Ali maksudkan adalah mereka dari kalangan PAS sendiri yang diajak untuk menerima perjuangan asal mereka...

Tanpa Nama berkata...

Sy org kg pun boleh menilai apa yg di bicarakan oleh Dr Hasan Ali.Pada sy eloklah Dr Hasan Ali kembali ke era awal 90an dahulu bersama dgn Ust Harun Din,Ust Ismail Kamus dll..menjadi penceramah bebas menegur yg salah dan membenar yg betul.Tidak perlu lg menjadi org politik dan menambah bibit perpecahan umat melayu Islam.Jgn menganggap diri seolah2 sempurna dan menilai org lain dan parti lain tidak sempurna.Kalau kerana IMR tak perlulah tubuh parti lain..UMNO pun berjuang mende yg sama.Demi IMR Dr Hasan Ali patut bersama kerajaan yg ada sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Salam, Dr Hassan membicarakan perihal Melayu,Islam dan Raja dalam perlembagaan. Kita ingin bertanya apakah sekarang kita tidak menjamin perkara2 berikut dalam perlembagaan? Dr Hassan juga ingin mengujudkan kepimpinan Melayu yang bercirikan kepimpinan Islam agar diterima oleh bangsa lain dan menjadi contoh kepimpinan yang betul. Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Dr Hassan untuk mencapai cita2 ini? Terfikirkah Dr Hassan apa akan berlaku dalam tempoh masa itu?sedangkan PAS yang berjuang kearah itu sudah lebih 50 tahun (termasuk Dr Hassan) pun masih gagal inikan pula harapan dipertaruhkan keatas 3rd Force yang belum jelas dan masih tercari-cari. Saya amat bersetuju andainya Dr Hassan dan 3rd Force memperjuangkan IMR BUKAN atas landasan politik tetapi ini memerlukan Dr Hassan merendahkan sedikit ego beliau.

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

Assalam Mc.
APA dah ulas perkara yang sama sehari selepas wawancara itu disiar TV3.

Sama saperti sentimen penghantar email itu,pada APA Hassan Ali ini hanya pentingkan diri dan bukan fikir pasal bangsa dan agama pun.Jadi yang Umno duk terhegeh hegeh sediakan platform untuk Hassan Ali buat apa?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Dato Ahmad Maslan lebih peka kepada isu Dr Hassan daripada peribadi Dr Hassan itu sendiri. Cuba anda semua imbau kembali kegiatan Dr Hassan dalam kerajaan tahun 80an. Beliau merupakan Panglima Anwar dalam satu Jabatan Perdana Mentari.Ramai sahabat2 dalam Jabatan itu merajuk dan marah kerana kerakusan Anwar dalam pentadbiran kerajaan dengan membawa masuk geng ABIM yang sampai sekarang menguasai Jabatan itu dibawah Jabatan Perdana Menteri.Sahabat2 lama ini lebih kenal Anwar kerana ada diantara mereka yang dibesarkan sekampong dengan Anwar. Dikira Dr Hassan ketinggalan 30 tahun lebih dalam mentafsir peribadi Anwar. Belum terlambat Dr Hassan...