topic

KLIK TENGOK, APA AKAN JADI?

Rakan terbaik di blog Mc

Topic Panas Hari Ini!!

Pesanan McTheory wajib baca!

Pada pengunjung blog Kedah Ke KL, sila kunjungi blog ini secara terus, kerana anda mungkin gagal mencari link di blog lain. Taip aje kedahkekl.blogspot.com atau masuk google search kedahkekl..

Pada pembaca yang mempunyai berita dan artikel menarik mengenai Anwar serta Pakatan Haramnya. Sila emailkan kepada Mc. Insyallah Mc akan terbitkan secepat mungkin.

Pada siapa yang berminat untuk meletakkan iklan di blog Mc, sila hubungi Mc.

Jika berminat hantarkan email kepada Mc.

Sabtu, 28 Januari 2012

TUDIAA!! Awat Ramai Sangat Orang Pas Masuk UMNO nihh??

Semalam berlangsung majlis penyerahan borang kemasukan ahli tegar PAS seramai 200 orang, Ahli Pas yang telah menyertai parti itu selama 18 tahun, kini telah insaf kerana PAS tidak lagi mampu mendukung perjuangan demi memertabatkan Islam sebagai teras perjuangan.

Ahli Parlimen langsung tidak mengambil tahu hal ehwal rakyat sekitar Parlimen Sik ini. Ahli Parlimen tersebut Che Uda. Apa kejadah punya MP sampai tak turun kawasan,Bila nak undi baru balik kawasan.Kebetulan ini melibatkan Peneroka Felda Teloi Timur,Sik Kedah. dan pastinya Mazlan Aliman menangis dengan berita ini.

Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.


Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.

Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada dibiarkan.

Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka. Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.

Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan siapa tidak?

Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka dipermainkan seperti bola atas nama politik.

Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.

Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka mangsa perjuangan politik beliau.


Wow.. ramai ..
Boss Felda pun ada..
Sampai tak cukup dewan..
padat..
Sik agaknya boleh menang tak?
Program penyerah borang..

Mc ambil artikel ni dari Mat Kilau Penang, disebabkan Mc berada diluar Kedah atas urusan tertentu, sahabat Mat Kilau 'cover' program ni untuk Mc.

Itu tak penting, yang penting, selamat datang kepada rakan baru dari Pas. Moga wadah perjuangan saudara semua selama ini dapat diteruskan semasa didalam UMNO.

Pas hanya pandai cakap, berlakon saja lebih..


McTheory:
Pas bukan lagi menyokong Islam, mereka menyokong perjuangan Anwar dan Dap!

2 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

Syukur sahabat2 dah sedar...satu kebangkitan yang akan mengukuhkan perjuangan Bangsa,Agama dan Negara.

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Sy bukan warga FELDA tetapi menantu kepada peneroka FELDA. Sejujur dr saya, warga FELDA harus bersyukur dgn nikmat kemurahan rezeki yg dikurniakan dr Allah S.W.T yg diterjemahkan melalui YAB Datuk Seri Najib. Banyak imbuhan + kemudahan yg disediakan dan diberikan utk keselesaan para peneroka. Ingatlah warga FELDA, sekali anda semua bersyukur semakin rezeki melimpah ruah insyaallah akan Allah S.W.T kurniaakan...Percayalah pada janji Allah.

Sbg renungan lihatlah bagaimana PAS mentadbir ladang rakyat..??Sebegitu pun gagal mencapai matlamat inikan pula entiti perladangan terbesar negara FELDA..?Alamat hancusss....

Mungkin anda juga ingin membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular

Arkib Blog