Video ini dirakam selepas program Wacana Sinar Harian yang bertajuk 'Masih Relevankah AUKU' yang turut dihadiri oleh Adam Adli, Safwan 'Wheelchair' Anang dan juga kumpulan 'mahasewel' SMM.
Dalam sidang media tersebut seorang wartawan bertanyakan kepada Aziz Bari mengenai tindakan Menteri Besar Kedah DS Azizan Razak berhubung tindakan Azizan yang menggunakan AUKU menghukum pelajar KUIN tempoh hari.
Dengar video di atas di minit 0:17.
Disebabkan Azizan Razak tetap mempertahankan pendiriannya dalam mengenakan tindakan terhadap pelajar KUIN, Aziz Bari meminta supaya Azizan Razak masuk sahaja BN kerana BN adalah pro AUKU.
Aziz Bari tegas meminta supaya pihak tertinggi Pakatan Rakyat mengenakan tindakan yang tegas terhadap MB Kedah itu kerana dalam Buku Jingga yang diperjuangkan Pakatan Rakyat mereka berjanji untuk memansuhkan AUKU.
Apakah komen pengikut Azizan Razak setelah Aziz Bari tegas meminta PR mengenakan tindakan sedangkan Aziz Bari bukan ada kaitan serta menjawat apa-apa jawatan dalam parti PAS mahu pun Pakatan Rakyat?
Mungkin juga Azizan Razak bakal menerima nasib yang sama sebagaimana nasib yang menimpa Hasan Ali yang dipecat tanpa sebarang penjelasan dari pucuk pimpinan PAS?
Double Y
McTheory:
Mangkuk biri-biri ni, ingat dia sapa nak pecat? Pas Kedah pulak, tengok saja ka? atau memang hangpa suka?
1 ulasan:
Depa dah pening lalat,nak harap pemimpin pun tengah sibuk menjilat pungkok DAP dan PKR....hangpa rasa, padan muka. teng...teng...teng.
Catat Ulasan