Khamis, 26 Januari 2012

TUDIAA!! Dr. Asri Menegur Perbalahan di antara Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari!


Sikap sebegini perlu dipuji.

Antara pendakwah negara kita, tiada sebarang kesalahan belajar perkara yang baik dari mereka.


Jika ada bercanggahan dengan pegangan, kajilah dengan lebih dalam dengan bantuan Ulama yang jujur dan amanah bawa cahaya Ilahi.

Bab menuntut ilmu perlu diteruskan tidak kira dari siapa. Bab politik kita sendiri tentukan pada saat ketika mahu undi.

Sudah tentu parti yang tidak menjual kalimah Allah yang akan menjadi pilihan hati.

Namun benarkah Abu Aqif suka memecah belahkan diantara Ulamak seperti mana yang di nyatakan dalam blog PPC ni? Mc ingat Abu Aqif perlu menjawab perkara ini.


McTheory:
berbeza pendapat takpa, tapi jangan sampai berpecah belah..

8 ulasan:

fly berkata...

asri bukannya menegur, tapi menuduh abu aqif sebagai salafi literalis. literalis? lain modal@fakta takdeke? dr asri yg pernah mengeluarkan hadis yg membolehkan berdemonstrasi! get real man dr asri! aku tak nampak akan keikhlasan azhar idrus memberikan pendapat dalam banyak perkara. bottom line, azhar idrus berjuang atas landasan parti pas.

penyokongketuanan berkata...

Maknanya kena halalkan semuua yang berceramah menuduh kerajaan yang memerintah sebagai, zalim, sesat, kafir, bodoh, dungu dan semua yang buruk-buruk ikut sedap mulut dia sahaja. Boleh ejek orang, keji orang tanpa bukti, fitnahkan ulamak muda, semua Azhar Idrus boleh buat la. Belum pernah dengar cerita minta maaf dari semua ceramah dia yang aku tengok, MACAM ULAMAK YANG JUAL AGAMA, tertulis dalam Al Quran. Dia bukan orang yang zuhud, rendah diri, malah suka mencerca tidak tentu pasal. Inikah ciri PEWARIS NABI? Nak hormat ke orang macam ni? Kalau Asri nak ikut, lantak dia laa.

not now berkata...

Adakah dengan membuat komen sebegini Dr Asri menyokong Ustaz Azhar? Perlu diingat, Dr Asri pernah di hina oleh Ustaz Azhar sebagai dajjal. tapi dr asri tetap menegur abu aqif yg menghina ustaz azhar. dia pernah menegur ustaz fathul bari, tapi pernah ber forum bersama. so apa kesimpulannya? Kesimpulan yg boleh dibuat ialah, Dr Asri matang dan boleh menerima pendapat orang lain. beliau menekankan tentang masalah khilaf dan cara menanganinya. beliau juga pemaaf, menghormati pemimpin (kerajaan dan pembangkang) dan hanya berpandu kepada hadith sahih, al-quran dan ijmak yg kuat sebagai dalil dan point ceramah. jangan hina Dr Asri jika tidak mengenali kaedah dan keperibadiannya.

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah...mengapa ulamak yang kita harap menjadi panduan kepada kami yang jahil boleh memaki ulamak lain. tidak memihak kepada sesiapa tetapi harap boleh hormati apa yang dibawa oleh ulamak - hadis dan quran. jangan terpenjara di dalam faham politik yang sempit. yang tua dihormati, yang muda dikasihi bukan di hina dan dicaci.. ulamak tinggak kesejahteraan ummat.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, lahir seorang pejuang agama muda yang amat tajam pemikirannya, dalam ilmunya.semoga ustaz fathul tidak kecewa dengan label dan kritikan yang diberi. perjuangan perlukan pengorbanan. tetuskan pengorbanan untuk mencapai kejayaan..

Unknown berkata...

Kita kena fikir, ulama muda, FathulBari, pernah mengkritik zikir imam syafie, berdiam dengan maksiat yg dianjurkan pemerintah yang juga org atasan beliau, mengkritik kuliah UAI yang mengajak mudamudi dimalam tahun baru 2012, yg pada masa yang sama tidak pula mengkritik konsert K-POP yang terang2 maksiat.
Kamu semua bagi saya 3 sebab kenapa saya harus hormati Ustaz Fathul Bari dan 5 sebab dia tidak patut dimarah oleh ulama` lain?
Ulama` di Terengganu semua garang2, so paham2 je la.. Tapi semua mengajak kearah kebaikan, yg korang semua boleh nilai sendiri baik buruk.

Tanpa Nama berkata...

gambar Ustaz Azhar bersama Ustaz Asri di HKR!! wakakaka

http://kachipemas.blogspot.com/2013/01/gambar-terbaik-ustaz-azhar-idrus-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ApaKhabarOrangKampung+%28Apa+Khabar+Orang+Kampung%29

baca-baca berkata...

mana2 kerajaan yang mempunyai kepimpinan yang rasuah, korup, adalah zalim. apatah lagi jika mmemberi kesusahan pada rakyat dan menggemukkan perut mereka sendiri dan sekutru2 mereka.
mana2 kerajaan yg tidak berpaksikan Al Quran dan Sunnah, tidak akan mendapat keredhaan Allah, apatah lagi jika majoriti pemimpinnya adalah muslim.