Rabu, 1 Februari 2012

TUDIAA!! Mat Sabu dan Pas, Menipu Duit Penduduk Langkawi la pulak!!

Assalamualaikum...
Hari ini, pada malam ini terdetik satu sejarah dimana Timbalan Parti Adat dan Sukan (PAS) mula mendendangkan cerita bohong dan cerita janji-janji manis kepada masyarakat Langkawi.

Bertempat di Markas PAS, Kg. Temonyong seramai 300 orang termasuk 170 orang pengikut/ahli PAS Langkawi dan selebihnya adalah pengundi atas pagar, orang-orang UMNO, Polis, RELA dan MKT sendiri. MKT faham dengan kedatangan Mat Sabu ke Langkawi. Selain bejalan-jalan, bershopping (jika ada) beliau juga diamanahkan untuk mengemis dari masyarakat Langkawi untuk DANA PILIHANRAYA PAS disamping menyebarkan beita-berita palsu kepada rakyat Langkawi. Itulah kerja-kerja Mat Sabu sebagai pemimpin atasan PAS buat masa sekarang.




Selain beliau, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan juga diarahkan mengemis juga. Tetapi beliau lagi hebat kerana ditugaskan mengemis di Mesir. Pelajar-pelajar Malaysia yang telah taksub dengan PAS telah membuat satu iklan memohon sumbangan DANA UNTUK PILIHANRAYA. Bukan murah, USD 20/ seorang lebih kurang RM72.00 seorang. Lebur begitu sahaja, sia-sia ibubapa di Malaysia hantar duit pada mereka.



Tapi...adakah PAS pernah berfikir? Sepatutnya PAS yang membela rakyat sekarang ni, bukannya rakyat yang kena bela PAS. Alasan menderma adalah tidak logik dan relevan lagi kerana PAS sekarang sudah memerintah dua (2) negeri. Sepatutnya PAS yang kena beri derma kepada rakyatnya bukan sebaliknya.




P/S: Dari dok beri duit kepada PAS tu, lebih baik bawa anak bini pergi makan kat restoran yang mahal sikit. Lagi berganda-ganda pahalanya...hehehehehe....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Derma untuk Majlis Tahlil PAS lepas PRU 13 takdak ka?