Ahad, 4 Mac 2012
TUDIAA!! Email dari pembaca! Luahan tidak puas hati kepada UMNO Kedah!!
Sekali lagi email dari pembaca blog Mc paparkan. Kali ni email yang agak panass.. berfikir banyak kali juga untuk Mc siarkan. Namun kerana sayangkan UMNO, Mc siarkan juga email ini.
Program Pemukiman Ke3 di Kedah Darul Aman
Program ini dijadual berlangsung di Kedah selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Mac 2012. Pengurusan dan aktiviti program ini telah dirancang dengan teliti agar ianya menepati hasrat pucuk pimpinan parti. Di peringkat negeri ianya diusaha dan dikelolakan oleh Pejabat Perhubungan UMNO Kedah.
Lebih kurang 120 Daerah Mengundi (DM) telah dikenalpasti dan dipilih untuk menerima ADUN luar Kedah dan diserahkan kepada "Keluarga Angkat" ditiap-tiap DM. Aktiviti program ini antaranya ialah mengenali dan bermesra dengan penduduk disamping menziarah rumah dan penduduk dalam DM berkenaan. Selain mengambil tahu masalah penduduk dan bermesra dengan mereka, bantuan-bantuan segera juga tidak ketinggalan dihulurkan.
Walaupun bagi setengah-setengah pihak program ini dianggap sebagai program terdesak bagi menghadapi PRU 13, hakikatnya program ini berhasrat merapatkan hubungan silaturrahim dan saling mengenali antara penduduk dinegeri dan daerah yang berbeza selain menghayati adat resam dan budaya masyarakat tempatan. Satu hasrat yang murni yang perlu diberi sokongan.
Realitinya apa yang berlaku pada 2 Mac di Sungai Petani (Pusat menerima ADUN angkat) hanya 30 orang ADUN yang hadir untuk diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Ramai Keluarga Angkat yang pulang kehampaan kerana ADUN Angkat tidak datang.
Persoalan mula timbul:
Siapakah yang bertanggungjawab dalam masalah ini?
Apa akan terjadi kepada masyarakat di kampong yang sudah berkumpul menyambut ketibaan ADUN Angkat ke DM mereka?
Bagaimana perasaan individu/keluarga yang telah dipilih untuk dilawati oleh ADUN Angkat ini, sedangkan persiapan telah dibuat?
Ada juga antara Keluarga Angkat setelah menerima senarai ADUN-ADUN ini menghubungi melalui telefon kepada ADUN berkenaan. Berbagai-bagai jawapan diterima yang sangat mengejutkan Keluarga Angkat.
Antara jawapannya:
Maaf, saya punya Program di kawasan saya!
Maaf, saya sudah maklum saya tidak dapat hadir!
Maaf, saya tidak diberitahu akan program ini!
Logiknya mustahil ADUN-ADUN berkenaan mencari helah untuk tidak hadir kerana mereka tahu program ini akan dipantau oleh Datok Najib sendiri dan Datok Najib akan hadir dalam Majlis Makan Malam bersama mereka dan rakyat Kedah. Dijangka 30,000 orang akan hadir.
PRU 13 dah dekat, calon belum diputuskan (kemungkinan calon diumum dalam bulan April). Adakah ADUN-ADUN ini menolak peluang untuk dipilih semula bertanding sebagai Winnable Candidate? Mustahil..Mustahil kecuali "ADUN-ADUN TYPEWRITER" yang dah boleh masuk Muzium.
Ingatlah, UMNO Kedah sekarang adalah PEMBANGKANG. Tak teringinkah nak merampas kembali Kedah?. Mana REFORMASI UMNO Kedah?
Adakah Pegawai-Pegawai (Pegawai???) di Pejabat Perhubungan UMNO Kedah itu TYPEWRITER?. Sekarang zaman Komputer, zaman cyber. Buanglah Typewriter zaman Syed Nahar tu gantikan dengan computer canggih yang berkelajuan tinggi supaya sesuai dengan zaman barulah UMNO Kedah ada ummmph.
Bukan kita hina "typewriter", mereka telah banyak berjasa pada UMNO, dah berapa orang Menteri Besar bertukar, masihkah nak guna "typewriter" tu juga.
Kepada UMNO Kedah - BERANIKAH BERUBAH atau MAMPUKAH BERUBAH ?
SEKADAR PANDANGAN DARI RAKYAT YANG SAYANGKAN UMNO - AHLI SEJAK 1969 - KESEDARAN DARI 13 MEI
Tan Anak Laha
X-BTN
McTheory:
Orang marah tandanya nasihat, nasihat tu sebabnya sayang..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Umno Kedah memang tak berubah,selamatlah Pas Kedah tengah haru biru,kalau tak takdak harapanla nak menang.
Lepas ni PAS pulak kena hukuman oleh Allah sbb hina Islam berpuluh tahun..
buat hukum sesuka hati itu halal itu haram tp mereka sendir yang langgar..
PAS Laknatullah..semoga hancurlah PAS bersama dgn Pakatan Rakyat!
Selamatkan Kedah ..Insya Allah kembalikanlah Kedah ke pemerintah yg asal..
Catat Ulasan