sekadar hiasan.. |
Nampaknya satu demi satu rahsia Anwar akan di letupkan. Kali ini bekas sahabat baik Anwar sendiri mahu mendedahkan skandal-skandal dan perangai buruk Anwar.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang. Anwar tak boleh tipu rakyat kerana saya akan dedahkan perempuan-perempuan yang tidur dengan dia, kata Nalla.
"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini cerita (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap. Dia ingat dia baik ka.....nanti saya buka cerita malu dia',kata Nalla lagi.
"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara. Saya pun malu dengan Perdana Menteri sebab dulu saya sokong Anwar Ibrahim.
"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya
'Saya cabar Anwar saman saya jika dia berani', kata Nalla lagi. Sumber Mc ambil dari SINI.
McTheory:
Habis la Anwar kali nih.. he he he..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan