Selasa, 8 Mei 2012

EKSKLUSIF!! Pendedahan Masalah Kewangan KUIN, Buat Azizan Razak TERLONDEH Lebih Jauh!! #saveKedah


Semalam Ketua Pembangkang Kedah ada membuat sidang media mengenai masalah yang telah menimpa KUIN. Salah satu IPTS kebanggaan kerajaan negeri. Malah Menteri Besar Kedah kini yang menjadi BOS besar dalam pentadbiran KUIN sekarang.

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan Kedah, kini berhadapan dengan krisis kewangan yang serius sekali gus memberi impak kepada kakitangan dan pensyarahnya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS dan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menguruskan kolej universiti tersebut dengan baik.
Bercakap pada sidang media, di sini hari ini, Mahdzir berkata ada kakitangan Kuin mendakwa potongan bulanan gaji mereka yang dibuat untuk bank, Pertubuhan Keselamatan Sosial, pemotongan zakat pendapatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak sampai kepada pihak terbabit.

"Buktinya ada di kalangan pensyarah kolej tersebut mendakwa pemotongan gaji dilakukan oleh pihak Kuin namun terkejut setelah menerima surat dari pihak bank kerana gagal membuat pembayaran sewa beli.

"Ini satu penganiayaan kepada kakitangan kolej tersebut oleh kerajaan negeri yang gagal untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik," katanya.

Mahdzir berkata Kuin juga menangguhkan skim pelarasan gaji 13 peratus untuk kakitanganya ke suatu tarikh yang tidak ditentukan.

Katanya Kuin yang hanya mempunyai dua sumber kewangan iaitu kerajaan negeri dan yuran pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin berhadapan masalah disebabkan pelaburan tidak menguntungkan.

Beliau berkata kerajaan negeri mewujudkan banyak anak syarikat milik Kuin seperti Insan Medic yang menguruskan fakulti perubatan yang menelan belanja yang banyak iaitu RM350,000 sebulan.

"Dalam sidang DUN baru-baru ini, Azizan telah beritahu akan mengambil 50 pelajar untuk menyertai kursus dalam bidang perubatan tersebut dan 45 pelajar telah ditawarkan.

"Setakat 2 Mei lepas, hanya lapan pelajar sahaja yang mengikuti kursus tersebut dan dua daripadanya telah membayar penuh yuran pengajian bagi satu semester," katanya.

Katanya dengan jumlah pelajar tersebut menyebabkan fakulti tersebut tidak dapat menampung kos pengurusannya dan terpaksa bergantung kepada kerajaan negeri untuk memperoleh sumber kewangan.

Beliau berkata Kuin juga menaikkan yuran pengajian kepada pelajarnya iaitu daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.

Katanya peningkatan yuran yang terlalu mendadak berkuat kuasa Julai tahun ini yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah Kuin itu akan membebankan pelajarnya yang rata-rata datang dari kawasan luar bandar.

Ini amat bertentangan dengan perjuangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN dan memberi pengajian percuma tetapi kerajaan PAS telah menaikkan yuran tersebut dan ia amat membebankan pelajarnya.

Mahdzir menggesa Menteri Besar Kedah supaya bertanggungjawab terhadap isu kewangan tersebut yang boleh mencalarkan imej kolej dan persepsi orang ramai terhadap kolej yang dibangunkan oleh kerajaan negeri sejak 1995.

Untuk membuktikan dakwaan Ketua Pembangkang Kedah itu benar, Mc sertakan salinan potongan dan surat bank yang menunjukkan surat amaran tertunggak.


Surat amaran bank pembayaran insuran yang tertunggak

Potongan telah dibuat oleh pihak KUIN namun di bank ia masih belum dijelaskan..

Satu lagi surat amaran yang diterima oleh kakitangan KUIN

Bukti transaksi bank yang menunjukkan ada potongan namun tidak disalurkan kepada bank.

Sebenarnya Mc mempunyai pelbagai bukti lain yang boleh dipaparkan disini. Seperti potongan KWSP yang tertunggak dan dokumen lain. Semua ini membuktikan pentadbiran kewangan KUIN sekarang sangat bermasalah.

Pada penganut Pas, atau penyokong Pakatan Haram yang mendakwa semua ini palsu, boleh mencabar Mc untuk dedahkan lebih banyak dokumen KUIN. Lagi banyak kami dedah, lagi terlondeh la seluar Menteri Besar Kedah kelak.

Mentadbir sebuah IPTS pun Menteri Besar Kedah gagal, apatah lagi nak mentadbir sebuah negeri.


McTheory:
Hakikatnya Pas Kedah gagal dalam segala hal pentadbiran.. jangan bagi lagi kat depa dahh!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mc tolong dedahkan lagi isu mereka ini. hutang pembekal yang mencecah jutaan ringgit. dedah juga isu gaji 35,000 sebulan

Tanpa Nama berkata...

Tak nampak pon ada potong bulanan kat bank statement. SILA HIGHLIGHT sikit kot kot saya yang tak nampak

Tanpa Nama berkata...

Aku tkpenah lagi hidup dibwh pemerintah GILA seperti REJIM PAS LAKNATULLAH ni perintah Kedah!

Dari aku kecik disubat dlm telinga UMNO kapiaq, UMNO jahat, UMNO rasuah, UMNO itu ini..tp zaman UMNO perintah Kedah lah zaman paling bahagia..xpernah aku rasa sakit hati dan risau mcm la ni

Paling gila Azizan Laknat tu dh lupa diri..mcm kena rasuk..balak di balaih tk kira apa dah di seluruh Kedah.

Apa lagi yg ada kalau balak yg perlukan puluhan tahun untuk matang, tunjang kepada kawasan tadahan, sistem ekologi dan tarikan pelancongan dimusnahkan sekelip mata. itu bukan cara Islam..itu bukan cara betui utk selesaikan masalah kewangan..

gatai sgt nk perintah tp xdk kemampuan, bodoh dan sombong.rakyat jd mangsa.

Kegilaan MB peruntuh Madrasah tu dilebarkan lagi dengan menggunakan KUIN sbg pusat rompak duit rakyat!!

Utk check sama ada layak masuk KUIN atau tak..pemohon akan di caj RM25, non-refundable..GILA punya otak PAS!!

tk kira lagi nk paksa pelajar2 baru buat medical check-up di KUIN shj dgn kos brganda2 RM250!! celaka sungguh REJIM PAS Laknatullah ni!!