Isnin, 28 Mei 2012

GEMPAR!! Wardina Di Ganggu Panggilan Lucah!!


Semalam Mc dimaklumkan seorang artis wanita yang sudah bertudung iaitu Wardina diganggu dengan panggilan lucah. Namun tak pula setakat mana lucahnya panggilan itu, yang beliau beritahu hanyalah panggilan lucah.

Mari kita tanya Wardina setelah terkena panggilan lucah, apa tindakan yang dia akan buat?

“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

Wardina, minta pihak berkuasa tolong selesaikan masalah ini.. buat laporan polis, kan senang.


McTheory:
Orang Gila Seks memang ramai..

1 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Macam ni laa pabila artis dah jadi suam kuku..nakm popular buat la perbagai cerita..kalau tak nanti orang akan lupa pulak siapa dia..bila dah tua nanti leh la buat saperti Bob Lokman dan Aisyah joint PAS..masyuk jugak duit bila dok memalak dipentas ceramah..