DEMO BANTAH DUDUK BERKHEMAH DEPAN RUMAH NASIR..!!! |
Lagi bukti YB Pas ni hanya pandai ceramah dan tak tahu buat kerja. Nasir ni namanya di Kubang Rotan sememangnya dah teruk!! Ceramah berapi-rapi, bila suruh jaga kebajikan rakyat pun malas. Sampai kawasannya jadi teruk, umpama dah takdak YB. Baca pendedahan dari blog DOU
Woi Nasir Mustapha..!!! Apa cerita ni? Apahal sampai Jeti nak tenggelam ni? Hang tau atau tidak perkara ni berpunca dari mana? Hang ada turun padang tak?
Tak guna punya ADUN Kubang Rotan! Orang bagi undi kat dia dulu, dia tak buat kerja pulak dah! Nak rasa "penangan" orang "Kola" Kedah kot?
Tu hang nampak tak ayaq naik kat area Jeti tu? Dah lama dah benda ni berlaku. Apa yang hang buat untuk selesaikan masalah depa? Cheissss..!!!
Sembang pasal Islam cukup derassss..! Tapi bak kata Azizan, hang "tak buat kerja cara Islam"! Hang tak jaga amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat Kubang Rotan kat hang.
Mana sekoq lagi tu...Ahmad Kassim? Awat? Pasal hang marah kat PAS sebab nak ambik balik Parlimen Kuala Kedah, maka PKR tak payah buat kerja dah kat situ..! Jenis manusia apa hang ni?
Exco Kerajaan Tempatan, Taulan Rasul mana pi pulak dah? Ni nak sabotaj Azizan Razak ke ni? Tokai tu tak jauh dari Kuala Kedah la Taulan..! Turun la tengok masalah rakyat. Dok makan gaji buta ka???
KUALA KEDAH - Para penduduk dan peniaga
di kawasan sekitar jeti nelayan dan perkhidmatan Feri Kuala Kedah –
Pulau Langkawi kecewa dengan tindakan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang
tidak mempedulikan masalah mereka yang dlanda banjir setiap kali air
laut di kuala itu pasang.
Keadaan air pasang di Kuala Kedah telah
menjejaskan kawasan sekitar jeti-jeti nelayan, jeti feri Kuala Kedah –
Pulau Langkawi, kawasan tempat meletak kenderaan, jalan-jalan utama
seperti Jalan Tok Pasai dan persimpangan lampu isyarat di jalan itu
dengan Jalan Kuala Kedah.
Menurut salah seorang penduduk di
kawasan terbabit, Shuib Hassan, 64, air laut yang melimpah membanjiri
kawasan tersebut disebabkan oleh sistem perparitan yang tersumbat dan
gagal diselenggara dengan baik oleh pihak berkuasa negeri.
Akibatnya, kawasan mereka akan dinaiki
air setiap kali air laut pasang dan menjejaskan kehidupan masyarakat
setempat di kawasan tersebut.
Meskipun masalah tersebut telah berlaku
sekian lama sejak dua tahun lalu, wakil rakyat di kawasan tersebut,
Ahmad Kassim dari PKR, langsung tidak turun padang untuk mengambil tahu
masalah dan rintihan masyarakat di kawasan terbabit.
“Dia tak turun langsung ke kawasan ni.
Kami ada jugak cuba jumpa dia, tapi dia takdak. Pembantu dia kata dia
ada kat KL. Pembantu dia tak boleh buat apa-apa.
“Saya hairan pasai YB Ahmad Kassim ni.
Dulu masa dekat pilihanraya tahun 2008, tiap-tiap hari dia turun padang
dengan geng-geng dia. Tapi dah 4 tahun sampai ke hari ni batang hidung
pun tak nampak, kat sapa kami nak mengadu?,” katanya yang kesal dengan
sikap tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.
Menurut Hussain Che Mat, 51 dan
rakannya, Boon Teck Huat, 57, mereka juga kesal dengan ADUN Kubang Rotan
yang juga “ghaib” dan tidak mengendahkan masalah rakyat di kawasan DUN
yang diwakilinya itu.
“YB Nasir pun sama. Dia pun tak turun
padang jugak. Dengar kata dia dah dilantik jadi Exco. Tapi kawasan dia
sendiri dia tak jaga.
“Masalah ni dah berlaku 2 tahun dah kat
sini, tapi dia tak buat apa-apa pun untuk selesaikan masalah ni. Kami
tak larat dah nak ‘ligan’ (kejar) dia suruh buat kerja. Macam ni kah
perangai wakil rakyat?,” ujar mereka.
Menurut tinjauan kami, air laut yang
melimpah membanjiri kawasan Kuala Kedah telah menyebabkan kawasan
tersebut tenggelam sedalam lebih 1 kaki dan menjejaskan beberapa
aktiviti di jeti nelayan dan premis-premis perniagaan di kawasan itu.
Longkang-loangkang utama yang tersumbat
teruk dijangka menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah
banjir air masin yang menjadi rungutan utama penduduk dan peniaga di
Pekan Kuala Kedah sejak dua tahun lalu.
Tanggungjawab Exco Kerajaan Tempatan,
Taulan Rasul juga wajar dipersoalkan dalam hal berkenaan memandangkan
amanah mengenai hal permasalahan ini.
Kalau benar pun para Exco dan ADUN tidak
puas hati terhadap kepimpinan Azizan Razak, amanah yang
dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah rakyat perlu
ditunaikan secara dedikasi. Mana perginya janji kepada rakyat sebelum
mendapat kuasa?
McTheory:
Nak undi Pas lagi macam ni? Tak serik lagi ka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan