Rabu, 2 Mei 2012

TERPANASS!! Peguam Negara!! Tolonglah Ambil Tindakan Pada Pendemo dan Penganjur BERSIH 3.0!! #bersih #bersih3 @HishammuddinH20

Sakit hati tengok mukanya!!

Siang tadi beberapa NGO telah membuat laporan polis supaya #Bersih3 disiasat. Sebenarnya sebelum bermulanya perhimpunan itu lagi telah banyak laporan diadukan kepada pihak polis sehinggakan timbul cakap-cakap belakang bahawa pihak polis dan Menteri Kementerian Dalam Negeri tidak mahu mengambil sebarang tindakan tegas kepada Bersih. Tuduhan bertimba-timba kepada mereka kerana kononnya tidak mahu menangkap atau menghentikan terus Bersih. Tahukah anda semua bahawa Polis hanya boleh menyiasat dan Peguam Negara yang boleh mendakwa dan membuat saranan hukuman kepada pesalah?


Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau didakwa oleh Peguam Negara.

Bermula daripada Bersih 1.0 sehingga Bersih 3.0 kelihatan AG telah menikus dan membisu. Sepatutnya dia bertegas ketika 29 orang yang didakwa ketika Bersih 2.0 yang lalu yang hanya menerima hukuman ringan. Mereka patut diberi hukuman yang berat kerana mencetuskan huru-hara dan mencalarkan imej Malaysia. Mungkinkah AG juga terlibat dengan Bar Council yang menyokong Bersih ataupun AG takut kepada Ambiga?

Peguam Negara/AG perlu didesak untuk memberi kenyataan dan mendakwa mereka yang berdemo ketika Bersih 3.0 kerana pelbagai jenis kecelakaan, kerosakan, kecederaan dan pemburukan imej berlaku sewenang-wenangnya hari sabtu yang lalu. Sudah tiba masa AG kehapadan dan bersifat tegas! Ini untuk Malaysia bukannya untuk individu!

Cerita pasal AG Penakut ada kat SINI jugak!!



McTheory:
Apa kena dengan AG ni? Makan Gaji Buta ka?

1 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Sebenarnya peranan mendesak Peguam Negara terletak di bahu UMNO, Perkasa dan beberapa NGO - buatlah perarakan besar2an seperti BERSIH... gunakanlah slogan TAKUT merujuk kepada AG yang koro.

Memang aku tidak jangkakan apa2 pun tindakan kepada pendemo, yang kena nanti ialah sebilangan anggota polis - inilah perangai p******* dan penakut AG