Kekayaan negeri dibahagi-bahagi ibarat 'ghanimah' sesama puak mereka yang kononya berlabelkan pejuang Islam.
Semenjak berdakapan dengan 'musuh Islam' dan demi kuasa apa sahaja direlakan. Tanah waqaf khas Salihiah digadaijanjikan. Aman central yang PKNK dan kerajaan negeri langsung tidakpunyai apa-apa kuasa untuk menentukan agenda ekonomi bumiputera kini bakal berdiri di Bandaraya Alor Setar.
Demikian juga Aman Residence yang tanahnya dimiliki oleh Belleview secara percuma dari BDB dan PKNK namun unit kondominium paling murah harganya RM400,000 dan yang paling mahal RM1.7 juta. Termampukah bumiputera dan Melayu Kedah menggapainya.
Dulu diikat janji kononya tanah bendah dan tanah sawah tidak boleh ditukar syarat untuk perumahan, kini semakin banyak tanah bendang ditimbus dek kerana kroni, komisen dan untung.
Hutan balak ditebang tanpa mengenal ihsan pada alam sekitar, patutlah air sungai, air paip di Baling, Sik kian keruh mengalahkan warna teh susu.
Di Kulim tanah simpanan Melayu mudah bertukar tangan kepada bukan Melayu dan di Sungai Kob bakal terdiri MEMORIAL PARK terbesar di Asia Tenggara dikawasan 16,000 penduduk Melayu.
Gunung Pulai sudah digadai, kuari ditebuk diangkut tanpa mengenal kasihan pada alam sekitar yang kian sakit. Pasir dikorek, digali tanpa sedikitpun rasa belas pada dasar sungai, Padang Terap kini bakal menjadi wajah bulan berlubang sana dan sini.
Jalanraya di Kuala Kedah, Alor Setar sudah bertukar spesis ibarat jalan di Somalia, kesan penyelenggaran yang kurang baik walhal RM154 juta duit kerajaan Pusat sudahpun masuk ke kantung kerajaan negeri pas.
Dasar sosial entah kemana, agenda Islam kian rapuh, kemiskinan tidak terbela, yang mereka tahu berceramah mengutip tabung pilihanraya. Ya benar, Rakyat bakal bersuara..dan hakikatnya PRU ke-13 adalah bukti bahawa RAKYAT AKAN MENJADI HAKIM NEGARA..

Nukilan blogger Kedah di SINI
4 ulasan:
itulah yg kerajaan terdahulu tak buat.bila dah tukar kerajaan tentulah bertukar dasar,rakyat kenalah bersetuju dengan dasar kerajaan sekarang kerana rakyat yg memilihnya. walaupun pada dasrnya tidak bersetuju. sebab kerajaan memikirkan yg terbaik utk rakyar serta menganggap rakyat telah kaya raya dlm masa singkat dibawah kerajaan baru,itulah yg kerajaan sekarang kena buktikan kepada kerajaan dahulu.
Non 904
Akai macam orang tak sekolah
KIASAN (sindiran) anon 9.04 amat cantik dan sinis sekali.
hahahahahaaaaaa .... I LIKE!!
biaqpilah.....
Itu hak Kerajaan yang memerintah...apa yang dia buat mengikut persepsi dia betul, adil, saksama dan bebas, maka dia buatlah untuk kesejahteraan rakyat yang memilih dia......mana ada kerajaan yang menyusahkan rakyat, kecuali kerajaan BN sahaja yang menyusahkan rakyat.....
Jangan lupa, dalam PRU akan datang kita pakat ramai-ramai mengundi calon PR [PAS, PKR dan DAP]supaya kita rakyat kedah terus sejahtera, pandu kereta taj payah laju kerana ajalan kian rosak, ayaq paip kian pelan keluaq nak elak membaziaq, tebas hutan supaya jadi padang senang tengok jauh-jauh.....
Catat Ulasan