Selasa, 12 Jun 2012

EKSKLUSIF!! Bukti Nyata Ustaz Azizan MB Kedah, BERBOHONG Mengenai Pembalakkan Gunung Inas! #SaveKedah #JijanBalak

Tak baik menipu woo.. Ustaz..

Nampaknya Azizan Razak sudah tersepit. Apabila tersepit mula la nak menipu. Mari kita bongkarkan penipuan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah ni. Mc minta baca bagi habis untuk faham keseluruhan cerita!

SIK 10 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri menggunakan projek Ladang Sejahtera untuk mengaut hasil balak secara tidak terkawal di negeri itu.


Sebaliknya, jelas beliau, projek tersebut dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan Pejabat Daerah mendapat nasihat pihak berkaitan dan projek itu di pantau jabatan tertentu termasuk Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


"Tidak timbul isu ambil balak kerana kita sedia maklum mengenai kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pembalakan serta bilangan pokok balak yang boleh ditebang. Orang saja buat bising sebab tak mahu projek ini jalan dan mereka nak tengok projek ini gagal.


"Kita kena ingat peraturan memotong balak ditentukan oleh Dasar Perhutanan Negara dan diwakili dua pihak iaitu Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar.


"Kalau kita lulus tanah tetapi dua pihak tersebut tidak lulus pun kita tak boleh buat projek ini. Jadi projek ini bukan tak ada lesen, semua buat ikut peraturan," katanya ketika ditemui di Padang Awam Pekan Sik di sini baru-baru ini.


Menurut Azizan, untuk beberapa daerah, PMBKed telah mengenal pasti seluas 13,325 hektar tanah untuk diusahakan sebagai Ladang Sejahtera.


"Kerajaan negeri menyasarkan sehingga 2016 seluas 20,000 hektar Ladang Sejahtera akan diusahakan di seluruh negeri ini," ujarnya.


Azizan menjelaskan, dakwaan penduduk di sekitar kawasan Gunung Inas bahawa air sungai di kawasan itu keruh disebabkan aktiviti pembalakan juga tidak benar.


"Kalau musim hujan semua tempat air keruh, tempat jernih pun jadi keruh," ujarnya.


Menurut beliau, pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi di pekan Baling baru-baru ini mengenai isu air keruh itu bukan penduduk asal di kawasan Gunung Inas.


"Semua saja buat kacau, macam-macam isu depa kacau sekarang. Yang penting sekarang saya tidak ambil duit rakyat, apa yang kerajaan negeri dapat akan diberikan kepada rakyat," jelasnya.


Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan bahawa peserta-peserta Ladang Sejahtera terdiri daripada ahli-ahli Pas, Azizan berkata, senarai nama peserta Ladang Sejahtera diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).Utusan

Itu kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Kat bawah ni pula video yang kami rakam semasa temubual bersama dengan pegawai dari Jabatan Hutan. Pegawai ni diminta turun sendiri oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah, setelah beliau tidak dapat turun kerana ada urusan lain.

Dengar apa jawapan dari beliau bila ditanyakan mengenai kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar


Pegawai ni cakap dalam 'proses'.. hakikat yang sebenarnya, projek ladang hutan ni tidak pernah memohon pun kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment). Malah kami TMK akan dedahkan temubual ini sepenuhnya, bagaimana PMBked (Perbadanan Menteri Besar Kedah) begitu berkuasa mengarah Jabatan Perhutanan mengikut kehendak mereka atas LESEN LADANG HUTAN (Ladang sejahtera atau Ladang Rakyat).

Sebenarnya, projek Ladang Hutan di Gunung Inas ini benar-benar telah merosakkan alam semulajadi. Sungai telah disekat dan dijadikan laluan jentera dan lori untuk mengeluarkan kayu balak. Kawasan tadahan air bersih penduduk telah diganggu, hingga bekalan air mereka tercemar. Andaikata Jabatan Alam sekitar benar-benar membuat siasatan, Mc confirm projek Ladang Hutan akan diberhentikan serta merta. Itu pun kalau takdak 'kawtim' oleh PMBked la. he he..

Sebelum ni kami sengaja tidak mengeluarkan artikel mengenai EIA, sebab nak tunggu MB jawab mengenai hal ini. Alhamdullilah.. MB pun jawab dan siap berbohong lagi mengenai EIA. Nampaknya perangkap dah kena!

MB Kedah kata, penduduk yang buat demo tu, bukan penduduk kampung Iboi? Mc minta MB Kedah Ustaz Azizan hubungi Mc, untuk Mc bawa Ustaz Azizan ke rumah-rumah penduduk yang buat demo tu. Kadang kala kita kena tengok dengan mata dan kepala kita sendiri, dari mengharap 'report' yang tiba di meja MB tu.

Mengenai air keruh apabila hujan?

ni gambar diambil setelah dua minggu tak hujan..
Ini diambil  2 hari lepas hujan
Ini diambil pada hari hujan bersama dengan pegawai Jabatan Alam Sekitar

Siap ambil sampel air lagi..
Jabatan Alam Sekitar pun satu hal.. bila keadaan dah teruk, orang dah bising, baru terhegeh-hegeh nak datang check dan ambil sampel air. Sebelum ni kemana hilangnya mereka, apabila hutan dan air sungai dirosakkan?

Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan, kami akan bawa perkara ini hingga ke meja MB Kedah. Kalau tetap tak boleh, Mc akan laporkan kepada SPRM mengenai hal ini. Bagaimana projek Ladang Hutan boleh dijalankan tanpa EIA dari Jabatan Alam Sekitar dan mengikut peraturan tertentu. Pasti ada salahlaku atau 'undertable' yang telah dilakukan.

Apa yang penting, MB Kedah telah menipu mengenai EIA dari Jabatan Alam Sekitar, penduduk kampung dan air keruh. Tiga bukti nyata yang boleh kita pegang untuk kita ketahui bahawa, sememangnya MB Kedah ni sanggup menipu untuk menyelamatkan diri.

Ini memang perangai orang Pas.. sapu duit, bila kantoi, mesti menipu, kantoi menipu, minta tolong Nik Aziz bagi fatwa untuk sucikan dosa. Sia-sia orang panggil Ustaz, kalau dok menipu sana sini.

Insyallah kami akan terus 'follow up' isu ni hingga dapat keputusannya kelak. Disamping, isu-isu lain di Kedah yang kami akan korek dan gali semula untuk menunjukkan bahawa Pas Kedah hanya pandai cakap, sapu duit dan tak reti nak perintah.


McTheory:
Bersedialah Pas Kedah.. gegar kerusi MB lepas ni..

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

demi rakyat dan undang-undang....

Teruskan Mc...."sahabat-sahabat" bersama Mc

Kita HUKUM orang MUNAFIK

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Hutan perlu TEGAS dan BERANI serta BENAR dalam isu ini..... atau...... MENGADAP SPRM.

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Hutan dan Jabatan Alam Sekitar perlu jaga anak isteri dari makan DUIT HARAM dan kami Rakyat Baling mesti jaga keluarga kami dari minum AIR KOTOR....Amin

Tanpa Nama berkata...

Jijan BALAK masuk KMC - PAS tunggu nak MAMPUS

hangkedee berkata...

Slogan Kedah Sejahtera.Molek weh.Ramai sejahtera.Ramai naik merc.Kcx 8.perduli apa rakyat Baling kelantan 22 tahun minim air kuning no hal Pok nik kaya 55 kayaraya nak buat jalan atau boleh jalan!

Tanpa Nama berkata...

Ini Kedah bro..bukan Kelate

Tanpa Nama berkata...

Apa sabenarnya Ustaz Azizan MB Kedah niii...?
dan kena rasuk setan ka? sampai sanggup jadi penipu dan pembohong. Dah nak jadi penyangak sapu duit toke-toke balak jangan jadi MB. Cakap pulak layaq buruk sampai tak ketahuan hala, macam orang mabuk.

Kenapa, MB MB PAS jadi macam ni semua. Nik Aziz cakap putaq belit pasai hukum Allah. Azizan pulak cakap putaq belit pasai salahlaku undang-undang.

Lpas tu ghakyat Kedah, terutama orang, habis jadi gila babi.

Tanpa Nama berkata...

Laporan EIA tidak menjadi keperluan jika kawasan yg dibangunkan kurang drpd 500 hektar sebagaimana dinyatakan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jadual Aktiviti 1(a) dan 6(c) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Prescribed Activities) (EIA)1987...

Tanpa Nama berkata...

"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)

Tanpa Nama berkata...

Tapi dalam gunung inas tu ada 3 kelompok penebangan masing2 dah 300 hektar keatas.. kalau 3 kelompok dicampur dah lebih dari 1000 hektar!