Khamis, 14 Jun 2012

PANASS!! Kerajaan Negeri Kedah Hanya Tahu BOHONG, TIPU, BOHONG dan TIPU LAGI!! #TukarKedah #JijanPenipu

Perasmian bukan main lagi..


Satu lagi pembohongan dibuat oleh Kerajaan negeri Kedah kepada rakyat Kedah!!

Kerajaan Pas Kedah gagal menepati janji untuk membina projek rumah kos rendah di Bandar Darul Aman, Jitra dekat sini yang dilancarkan pada 2010 apabila pembinaannya belum lagi bermula.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, tapak apartment di Taman Tunku Intan Safinaz itu terbiar kosong walaupun projek tersebut dilancarkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tambahnya, projek itu dikendalikan oleh anak syarikat Bina Darulaman Berhad iaitu Darul Aman Realty Sdn. Bhd. bagi membina 660 unit rumah apatment untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Bina Darulaman dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Azizan.

"Saya mohon Menteri Besar memberi penjelasan mengenai status projek itu kerana kita tidak boleh memberi janji kepada rakyat tetapi apabila sampai pada soal pelaksanaan, ia hanya kosong," katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan di sini hari ini. - Utusan

Puak ni mana mau nak bela rakyat.. depa tau nak kaut semua hasil bumi untuk kroni dan diri sendiri. Duit jalan RM190 Juta dan duit balak RM80 juta pi mana kita pun taktau..

Jalan kat Kedah makin teruk, rumah kos rendah haram tak pernah buat selama 4 tahun ni. Bantuan rakyat termiskin pun dibagi berpilih-pilih. Kalau nak disenaraikan.. rasanya 5 atau 6 helai kajang kertas nak tulis. Janji senang laa.. main sembur saja, bila masa nak buat.. sampai sekarang apa pun takdak!!

Yang depa tau, perabih balak dan curi pasir.. buat ikan keli pun lingkup!

McTheory:
Depa ni mana tau perintah.. berceramah tau laa..

Tiada ulasan: