Tak percaya? Boleh baca kat bawah ni.. dikeluarkan dari blog rasmi AnwarIbrahimBlog.com semalam..
Kalau rasa tak berapa jelas nak baca, boleh baca kat bawah ni..
Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.
Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.
Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.
Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan.
Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.
PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.
Ha ha ha.. apa dah jadi ni? takkan dah mengaku kalah kot? Anwar, Anwar.. manusia suka belakang yang pelik..
McTheory:
Nak tengok apa pulak skrip dia lepas ni..
4 ulasan:
DSAI minta maaf kah kah kah..............boleh pecaya ke ni.
huhu bro..jgn malukan umno, ade org hack blog die lah..huhu, ni dah kecoh kat fb
Kena hacked kot..cam pelik je..sangsi..x pun sandiwara nak dptkn simpati.permainan politik beliau..tp klu betul baguslah..Alhamdullillah.
Jom kita test mengundi kat sini>>>>http://www.facebook.com/questions/246471768806833/
PARTI MANAKAH PILIHAN ANDA PADA PRU13?
Catat Ulasan