Sabtu, 1 Disember 2012

HOT!! #IsuAirSgor: Hujan Lebat Tetapi Air Surut, Khalid dah gelabah!!


Walaupun pada ketika ini hujung tahun musim tengkujuh. Namun air di beberapa kolam tadahan di Selangor terus merudum jatuh.

Contohnya, Daerah Petaling, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau, petang Jumaat lepas, berikutan kejatuhan dalam paras air di Bukit Dengkil dan Lapangan Terbang Subang.

Disebabkan penurunan air secara mendadak, Ia telah menyebabkan gangguan air yang memberi kesan kepada 15,000 isi rumah dari SS12, SS19 dan di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Tentu kita pelik kenapa boleh jadi begitu, hujan lebat takkanlah tak cukup lagi? Itu waktu hujan, cuba kita fikir kalau kemarau datang. Mc rasa ia akan jadi lebih teruk dari waktu sekarang.

Mengikut Priscilla Alfred, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syabas berkata penurunan itu dikesan dua hari lebih awal dan terus jatuh pada hari berikutnya.

Penurunan paras air kedua-dua kolam disebabkan oleh lonjakan mendadak permintaan dari kawasan yang bekalan airnya dari kolam Lapangan Terbang Subang.

Kan dah cakap dari dulu lagi, air yang ada tak cukup. Ni maknanya penduduk kat kawasan tu dah bertambah tapi kolam tadahan airnya sama jer. LUAS tak nampak ke? Kalau banyak taman dah naik, mestilah populasinya pun bertambah!!

Sampai bila kejadian seperti ini harus berlaku? Baru kawasan Lapangan Terbang meningkatkan permintaannya, bekalan air dikawasan berkenaan terus terjejas. Belum lagi wujud kilang-kilang perindustrian lain yang memerlukan proses air yang banyak.

Macam ni Khalid kata cukup?

Dari kejadian ini pun kita dah nampak, air di Selangor memang bermasalah. Ada Langat 2 menjadi pilihan dan sumber tambahan, Khalid taknak buat, asyik berdalih saja. Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu satu Selangor takdak air baru Khalid nak buat ke?

Khalid asyik salahkan Kerajaan Pusat kerana tak gunakan 'kuasa' untuk bantu dia mengambil alih syarikat konsesi, malah baru-baru ini Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa, perkara ini tergendala disebabkan dulu Kerajaan Negeri bertukar. Kononnya Kerajaan Persekutuan tak nak bantu Khalid, atas kerana Selangor kini kerajaan Pakatan, sebab tu pengambil alihan syarikat konsesi tergendala.


Namun pada cerita yang sebenar, macam ni, walaupun kerajaan Pakatan, telah mengambil alih Selangor pada Mac 2008, Menteri KETTHA pada ketika itu YB Dato Shaziman Mansor telah menghantar surat bertarikh 19 June 2008 kepada Menteri Besar dan menyatakan sokongan untuk KDEB mengambil alih peranan 4 syarikat konsesi air di Selangor.

Kiranya perancangan penstrukturan air ini telah lama dirancang. Dari zaman BN memerintah Selangor lagi. Jadi bila sampai ke tangan Pakatan, perkara ini gagal diselesaikan sampailah sekarang. Walaupun sudah 4 tahun memerintah, penstrukturan air masih tergendala malah perbincangan dan tawaran tidak lagi diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Apabila Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri, mereka pernah berjanji bahawa akan meneruskan projek bekalan air Pahang - Selangor.

Kalau dilihat perkembangan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2, memang jelas Kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani krisis air di Selangor.

Semasa BN memerintah Selangor dahulu, memang telah wujud usaha untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi ini, walaupun begitu, kerajaan negeri pada ketika itu tetap memberi kerjasama dalam meneruskan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2.

Kiranya sambil berbincang untuk buat penstrukturan, mereka juga mahu membuat Langat 2 dibuat. Sudah jelas Kerajaan Negeri dulu, benar-benar serius untuk menjaga kebajikan rakyat, takut sumber air rakyat terjejas.

Tapi bila datang ke tangan Khalid, mereka politikan keadaan. Mereka tidak bersungguh-sungguh berbincang untuk lakukan penstrukturan, malah mereka yang mengatur syarat

Sebab Khalid dah gagal buat penstrukturan, jadi dia letak lah syarat untuk Langat 2. Penstrukturan semula sebelum kebenaran diberi untuk Langat 2.

Langkah yang penting dalam nak ambil alih syarikat konsesi air ni adalah untuk membeli bahagian mereka. Khalid dah putus asa, lepas buat 3 tawaran. Nak mintak kerjasama Kerajaan Pusat. Tak masuk akal lah nak suruh Kerajaan Pusat paksa syarikat-syarikat ni terima tawaran?

Khalid ada sebut dalam Kertas Putih yang akan merujuk kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa, tapi sampai hari ni pun tak dibuat lagi. Ikut model Talam saja. Penilaian tanah Talam oleh badan kerajaan Khalid tolak ketepi malah Khalid guna penilaian pihak ketiga yang dilantik oleh Talam. Apa kata untuk 4 syarikat konsesi ni kita ikut model yang sama? Selesai isu nak ambil alih ni..

Jadi kenapa perlu dihentikan Langat 2? Nampak sangat Khalid ni dah pening. Dia cuba 'spin' untuk lepaskan diri, namun mungkin terlalu banyak berpusing. Akhir terbelit diri sendiri.

Allah SWT dah tunjuk, walaupun hujan lebat, air di Selangor masih bermasalah kerana kurang bekalan. Takkan itu pun Khalid tak sedar lagi? Nak tunggu Allah SWT tunjuk macam mana pula?

Lagi sekali Mc ulang, takkan nak tunggu satu Selangor takdak air, baru nak gelabah?

McTheory:
Kalau jadi macam tu, menangis air mata darah pun dah tak guna!

Tiada ulasan: