Isnin, 24 Disember 2012

PANASS!! Pendedahan Kaitan Dana Luar Untuk Penyebaran Islam Liberial Di Malaysia!!


AIDCNews – Jika di Indonesia, dana asing CIA berselindung di sebalik topeng Asia Foundation untuk membiakkan penularan Islam Liberal di negara itu, di Malaysia pula teknik yang sama juga turut digunakan, iaitu berselindung di sebalik yayasan-yayasan Kristian Jerman.

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan dana CIA disalurkan kepada yayasan-yayasan Jerman termasuk Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an.

Bekas wakil KAS di Malaysia, Peter Schier dalam wawancara eksklusif The Sun pada November 2006 mendedahkan yayasan Kristian Jerman itu sudah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Indonesia, badan pemikir BJ Habibie, The Habibie Center (THC) juga ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang bernama Hanns Seidel Foundation.

Menurut Philip Agee selepas penubuhan NED (National Endowment for Democracy), dana CIA lebih banyak disalurkan kepada NED dan sekutu-sekutunya, termasuklah NDI (National Democracy Institute), IRI (Institute Republican Institute), Freedom House dan sebagainya.

Namun, kerjasama NED dan sekutunya dengan yayasan-yayasan Jerman masih dijalinkan hingga ke hari ini khususnya dalam menaja demokrasi dan gerakan kuasa rakyat di seluruh dunia.



Dr. Bridget Welsh dan Anwar dalam program Habibie Center di Indonesia, November 2012
Barangkali kenyataan ini menjawab kenapa badan pemikir BJ Habibie, THC menjemput dua tokoh luar, Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Dr. Bridget Welsh (perunding Freedom House dan NED) sebagai ahli panel membincangkan buku bertajuk “Democracy Take-Off?: The BJ Habibie Period,” November lalu. Baca selanjutnya, “Rahsia Anwar Raikan BJ Habibie..”

Konrad Adenauer Stiftung (KAS)

Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail dalam rencananya bertajuk “Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal” mendedahkan bagaimana peranan KAS dalam penubuhan Penubuhan InterFaith Comission (IFC), terjemahan pluralisme agama yang bakal menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.

Malah, modus operandi KAS-IKD turut dipersoal di depan Anwar sendiri dalam pertemuan tertutup di rumah Prof. Osman Bakar, pada 2 Jan 2011.

Kemurahan hati KAS bekerjasama dengan badan pemikir Anwar diragui kerana buku-buku yang diterbitkan itu lebih berbau pluralisme agama dan Islam Liberal.


Friedrich Naumann Stiftung

Selain KAS, Anwar juga dilihat semakin intim dengan satu lagi yayasan Jerman yang dinamakan Friedrich Naumann Stiftung (FNS). Peranan FNS mula dikesan membantu Anwar sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini

Satu dokumen yang dilampirkan di bawah menunjukkan Anwar menggunakan kepala surat AI (The office of Anwar Ibrahim), pejabatnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menghantar proposal kepada Rainer Heufer, pegawai FNF untuk kawasan Asia Tenggara.

Surat bertarikh 10 Mei 2006 itu merupakan proposal Anwar untuk melaksanakan program Dialog Intra-Islam, di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Disember 2006.

Sambung baca kat AIDC

Tiada ulasan: