Selasa, 15 Januari 2013
PANASS!! #IsuAirSgor: Siapa Sebenarnya yang Takut Khalid????
Mc sungguh tertarik dengan kenyataan Khalid, yang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak mahu serahkan pengurusan perkhidmatan air kepada Selangor kerana bimbang Kerajaan Negeri akan lebih cekap dan kos efektif. pasal isu air di Selangor.
Salah tu Khalid, sebenarnya takut nanti Khalid akan punahkan industri air kat Selangor. Tengoklah track record dia, Yayasan Selangor apa dah jadi, Unisel, PKNS, pasir… selagi boleh di cash kan, habis dia balun..
Eh baru kena SOUND dah terasa lah pulak!!! Rakyat tegur eh bukan merayu-rayu suruh selesaikan masalah air, tak pulak ko cakap macam mana nak selesai. Tak habis-habis penstrukturan semula…
Dah 4 tahun nak buat penstrukturan semula, tapi sampai hari ni habuk pun takde. Lagipun, kalau benda yang nak distruktur tak ada dalam tangan, apa yang nak distrukturkan???
Ya lah Unisel, Yayasan Selangor, PKNS tu boleh lah “distrukturkan” sebab dah memang Kerajaan Negeri tuan punya, tapi Kerajaan Khalid cuma ada 30% dalam Syabas.
Kampung boy to CEO takkan tak tahu nak strukturkan Syabas, gi lah beli yang 70% lagi tu... Kalau dulu Talam boleh “naikkan” harga sampai RM300 juta, buatlah yang sama untuk Syabas ya..
Ada hati nak cakap Najib takut, memang patut pun takut… takut nanti rakyat tak dapat bekalan air.
Ini ada 30% dalam Syabas, boleh kata perwakilan hanya dalam Lembaga Pengarah sahaja dan bukan dioperasi harian Syabas. Hellloooo ni serupa macam cakap, Khalid ni wakil pengarah dalam Kerajaan Selangor dan bukan dalam operasi harian Kerajaan negeri.
Yalah kerja pengarah meluluskan dasar dan memanglah tak terlibat dengan kerja harian. Kerja pengarah kasik lampu hijau jer apa yang difikirkan baik. Macam Khalid tak nak luluskan Langat 2, ni ibarat dasarlah. Lepas tu diarahkan pula Majlis Bandaran Kajang jangan beri kelulusan untuk bina Langat 2. Nampak tak bebal.. yang buat kerja harian tu MBK..
Kalau benda yang simple macam ni tak berani nak bertanggung jawab, bila pengurusan air bawah Khalid, salahnya masih kat BN juga nanti sebab itu memang dah dalam DNA puak-puak ni..
Susah kita nak mendengar PM bersuara dalam sesuatu isu, jikalau ianya tak penting dan tidak berkaitan dengan rakyat.
Mungkin PM pun dah tak tahan dengan Kerajaan Negeri Selangor yang tak habis-habis menyalahkan SYABAS dan Kerajaan Persekutuan dalam hal gangguan air baru-baru ini. Sedangkan, kawasan gangguan air itu, berlaku di dalam negeri Selangor, dibawah tadbiran Pakatan Haram.
Sepatutnya Kerajaan Negeri Selangor yang perlu bertanggung jawab keatas semua ini. Lihatlah apa yang terjadi pada rakyat Selangor yang derita kerana gangguan bekalan air sering berlaku dikawasan mereka.
PM pun bersimpati dengan keadaan itu, melihat kesusahan rakyat Selangor yang disebabkan oleh kebodohan Kerajaan Negeri mereka sendiri.
"Saya sedih tengok orang flat, angkat baldi air ke tingkat atas, tingkat
dua bolehlah, kalau tingkat 10 macam mana? Kalau orang muda boleh, kalau dah tua macam mana nak angkat baldi? Susah rakyat." kata PM kepada media.
Bila terjadinya gangguan air, Kerajaan Negeri Selangor salahkan SYABAS dan Persekutuan, sedangkan mereka sendiri yang tak berusaha dan cuba untuk selesaikannya.
"Kita (kerajaan BN) tak boleh (selesaikan masalah air) sebab mereka
(kerajaan Selangor) tak bagi ''development order''. Kita nak buka stesen pam
tambahan, mereka (kerajaan Selangor) tak bagi kelulusan," kata Datuk Seri Najib lagi.
Jadi siapa sebenarnya yang cuba untuk bermain dengan isu air ni? Siapa dalang hingga menyebabkan gangguan air di Selangor berterusan. Kenapa Kerajaan Negeri Selangor tidak berikan 'Development Order' untuk selesaikan masalah ini.
Kerajaan Negeri Selangor seharusnya tahu bahawa bekalan air disesetengah kawasan yang pesat membangun agak kritikal, kerana rumah pam yang ada mungkin perlu sentiasa di'servis' dan plan jangka panjang diteliti demi kesenangan rakyat.
Namun ia tidak berlaku di Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa yakin dengan bekalan air yang ada, malah tiada plan pembangunan bekalan air, program CAPEX pun disekat, sedangkan ianya perlu untuk bantu SYABAS berikan servis yang terbaik.
Kita perlu sedar, Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia. Kepadatan penduduk dan kemajuan industrinya agak kencang berbanding negeri lain. Sudah tentu negeri maju ini menjadi perhatian dari pelabur.
Kalau air tak cukup, dan pelabur tak yakin, macam mana dorang nak melabur di Selangor? PM ada menyentuh perkara ini semasa ditemubual oleh media semalam.
"Kita sedar berbilion-bilion (ringgit) pelaburan di Selangor mungkin tak
jadi kalau tak selesaikan masalah air. Pelabur-pelabur menunggu nak buka kilang
di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air. Pemaju yang nak buka kawasan
perumahan pun tertangguh," kata PM yang kecewa dengan masalah air Selangor.
Segala usaha yang Kerajaan Persekutuan jalankan untuk bantu tingkatkan kualiti dan kuantiti bekalan air di Selangor gagal disebabkan Kerajaan Negeri sendiri. Kenapa mereka nak salahkan Kerajaan Persekutuan dan SYABAS kalau semua ini berpunca dari mereka sendiri?
Nampak tak kenapa PM takut??
Nampak sangat Kerajaan Negeri Selangor sengaja politikan isu air untuk kepentingan diri dan mempunyai agenda jahat bagi 'mengkambing hitamkan' SYABAS. Namun yang terasa kesan dan jadi mangsa akibat politik kotor ini adalah rakyat. Dari situ kita dah nampak, mereka berjuang bukan untuk rakyat tetapi hanyalah demi kuasa, wang ringgit dan undi!!
McTheory:
Kesian rakyat Selangor jadi mangsa!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Nak tergelak bila terbayang wajah penasihat ekonomi negeri Selangor..hai..lah tuan penasihat hang kata hang tera bab ekonomi nanti kalau pelabur semua lari sebab air nak basuh jubur tak ada hang salahkan BN, hang ni memang betul..lah membawa sial..malaikat rahmat tak ikut kalau nabi tak mengaku umat.
Aku benci nye tgk muka lahanat ni..bodo pnye mc blog ni..puiii
aku kalau benci blog penbangkang aku langsung tak buka pasai aku dah tau semua temberang..takda bahan ilmiah dan nilai berita. tapi blog ni aku suka pasal dia banyak selak pungkok puak PR sampai aku dapat tau tang mana panau dan tang mana kurap, t.kasih lah mc
Catat Ulasan