Isnin, 28 Januari 2013

PANASS!! Komen PM @NajibRazak Berkenaan Pemecatan Ustaz Nasha Dari Majlis Syura Pas!


Sebentar tadi TV3 ada menemubual Perdana Menteri mengenai Ustaz Nasharudin yang dipecat dari majlis syura Pas. Ustaz Nasha dipecat atas alasan gagal menghadiri mesyuarat. Namun bagi Perdana Menteri, alasan gagal menghadiri mesyuarat itu adalah alasan yang dicipta khas untuk memecat Ustaz Nasha.


Ustaz Nasha digugur, apabila Ustaz Nasha mengikut Perdana Menteri ke Gaza. Kunjungan Perdana Menteri ke Gaza bersama Ustaz Nasha semuanya dibuat atas perjuangan dan melawat sahabat sesama Islam.

Mungkin disebabkan wujudnya persepsi diantara dua belah pihak dan Pas menganggap kejadian tersebut tidak menguntungkan politik mereka. Lalu mereka marah dan mengambil tindakan keatas Ustaz Nasha, kata Perdana Menteri lagi.

Bagi Mc, Ustaz Nasha kena gugur disebabkan Karpal yang suruh. Nik Aziz bila Karpal suruh saja, terus bertindak mengikut arahan. Biasa la.. Karpal kan bos, Nik Aziz pencacai saja. heh..

Apa pun penguguran Ustaz Nasha dari majlis syura Pas adalah seribu rahmat buat kita semua. Barulah kita nampak apa warna sebenar Pas. Pejuang Islam di gugur, pengadai Islam di bela! Itulah Pas!!

McTheory:
Buang saja la nama Islam kat nama parti tu.. buat malu saja!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO siap-siap sediakan jawatan untuk Nasharuddin Mat Isa. Lepas ni pasti PAS tendang keluar terus keahlian Nasharuddin Mat Isa.
UMNO carilah 1001 alasan untuk menaikkan Nasharuddin Mat Isa dalam UMNO pulak.
Itulah nilai yang ada dalam UMNO. Pemimpin UMNO yang ada dan taat setia dibiarkan gitu je sebab tak menonjol. Contoh pemimpin yang pernah mengutuk, mencerca, menghina dan perkataan kotor mana yang tidak digunakan oleh Ezam dulu...last dapat Senetor kah kah kah

Matyepcb berkata...

itulah yang sebaik2nya bagi ustad nasha dan Datuk Hassan Ali.....sama2 memperjuagkan agama islam daripada dinodai oleh kumpulan politik sempit?

Tanpa Nama berkata...

Manusia x lari dari kesilapan...kenapa mesti mengungkit kisah lama klu nak kan kebaikan

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama yang bebal berpolitik...bodoh sombong..mementingkan nasib diri sendiri dari memikirkan kepentingan Ummah.

Tanpa Nama berkata...

menentang DAP dan PKR bererti menentang PAS.USTAZ NASHA menentang DAP yang hendak menggunakan KALIMAH ALLAH didalam kitab BIBLE VERSI MELAYU.sebab itu dia DIPECAT olih PAS.dulu DATO HASAN ALI hendak MEMBENTERAS MAKSIAT dan MURTAD dalam NEGERI SELANGOR pun DIPECAT olih PAS.PR MEMENTINGKAN POLITIK DARI UGAMA[ISLAM].sekarang ni sudah DUA ORANG DARI PARTI PAS sendiri KENA PECAT.muslihat pas menjadikan ugama ISLAM[HUDUD]SEBAGAI UMPAN BAGI RAKYAT ISLAM MALAYSIA sudah jelas.