Selasa, 12 Februari 2013

PANASS!! ANAK #FELDA Panjat Gunung Everest! #FGVH


Bangga sungguh Mc dengar ada bebudak Felda nak yang buat ekspedisi ke Gunung Everest semata-mata nak menonjolkan bahawa belia Felda ni setaraf belia lain didunia ini.

Semangat kental yang mereka tunjuk, sememangnya perlu kita sanjung sebab nak panjat Gunung Everest tu bukannya senang. Gunung paling tinggi di dunia tu, silap langkah boleh hilang nyawa.

Dah la sejuk, 8850 meter tingginya. Berapa banyak nyawa dah terkorban semata-mata nak panjat ke puncak gunung tu.

Memang la dah agak ramai orang Malaysia yang panjat gunung tu, tapi bukan semua berani untuk berbuat demikian.

Sebab tu bila belia felda buat ekspidisi untuk panjat Gunung Everest, Mc rasa belia-belia ini mempunyai harapan yang besar. Mahu mengharumkan nama negara dan juga Felda di mata dunia.

Satu pujian harus diberikan kepada Anak-anak Felda yang kini dalam fasa terakhir program latihan sebelum mereka berdepan dengan cabaran mendaki gunung Everest.

Difahamkan dalam sesi latihan baru-baru ini, mereka (15 orang belia) baru sahaja menakluki puncak Kinabalu dan Trus Madi.

Menurut penasihat ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mokhles, keazaman anak muda itu bukti belia Felda mampu berjaya dalam apa jua bidang.
"Kita akan teruskan latihan seterusnya iaitu ke Nepal di mana kita akan membawa mereka untuk menjalani latihan di ketinggian 5,000 meter, 6,000 meter dan 7,000 meter sebelum kita mengumumkan 10 nama terakhir anak Felda".
 Ini barulah anak Felda sebenar, cuba mengharumkan nama Felda dipersada dunia.

Ketika belia Felda mencari jalan untuk mengharumkan nama Malaysia. Ramai diantara kita yang masih lagi mengutuk negara sendiri pada orang luar. Tak terkecuali si pembenci tegar Felda, Mazlan Aliman.

Walaupun sering kita melihat si Mazlan membuat ceramah dalam negara dan diperkampungan Felda, namun dia juga sering keluar negara untuk menjaja dan mencemar nama Malaysia dan membusukan Felda di mata dunia.

Sebab tu Mc kata, belia Felda panjat gunung gadai nyawa untuk Felda dan negara. Si Mazlan pula buat apa untuk Felda? Mazlan dengan ANAK 'haram'nya tu, bukan kata nak naikkan nama Felda, nak masuk Felda pun orang kampung dah tak bagi.

Soo.. Mazlan dengan ANAK 'haram' nya tu, boleh pergi main jauh-jauh. Lebih bagus kalau ikut si Dr Rosli, pakar penganalisis dari Bangla tu balik ke Bangladesh! he he..


McTheory:
Ada kat Malaysia pun buat apa, buat semak Malaysia saja!

Tiada ulasan: