Ahad, 10 Februari 2013

PANASS!! Blogger Pas SUKA MB Kedah dipanggil SIAL BIN CELAKA? Jawapan Azizan Isu Tersebut! #TukarKedah


 Dah lama Mc tunggu jawapan balas dari Azizan MB Kedah yang dikatakan menyokong program dari Keajaan Pusat. Malah penyokong Pas Kedah mempertikaikan kehadiran Azizan Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah, yang dilancarkan oeh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang.

Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.

Malah beberapa blog tempatan ‘menyerang’ Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.

Disebabkan tiada blog Pas Kedah yang menjawab bagi pihak Azizan. Mc dengan baik hati dan sukarela tolong sebarkan jawapan dari Azizan!

Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.

Azizan ketika disoal, bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.

“Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong tu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.

“Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur,"

“Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah,” katanya.

Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.

“Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu,” katanya lagi.

Sekarang jelas pendirian Azizan, kenapa beliau hadir ke program berkenaan. Apa yang Mc rasa pelik ialah kenapa para blogger Pas langsung tidak membela Azizan dalam hal ini. Malah mereka turut sekali mengutuk Azizan. Kenapa agaknya?

Contoh macam si Khalid Syiah mahasewel yang jelas-jelas memaki hamun Azizan dengan panggilan Sial Bin Celaka! Namun Khalid Syiah langsung tidak ditegur atau dibalas oleh blogger Pas Kedah. Seolah-olah mereka merestui Khalid Syiah memanggil Azizan dengan gelaran tersebut.


Bila Azizan dihentam teruk, mereka hanya memerhati sambil tersenyum. Bila Phahrolrazi dicuit, terus mereka menyerang balas dengan pelbagai jawapan dan fitnah. Apakah ini bermakna, Ketua Blogger Pas Kedah, Pro Phahrolrazi?

Sudah jelas lagi bersuluh, Azizan cuma tunggu masa untuk jatuh, ramai yang nak tepuk tangan!


McTheory:
Kesiann.. kesiann.. patut la depa dok buli orang tua tu..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puak blogger pas ketuanya dikatakan sokong phahrolrazi! sebab tu dia tak kisah azizan kena maki macam tu.

pahlawanhijau berkata...

Aku pun harap azizan tak naik dah...