User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Isnin, 4 Februari 2013

PANASS!! Kenapa Najib Razak Belum Boleh Bubar Parlimen?



Bila Mc dan rakan-rakan TMK mendesak Azizan Razak MB Kedah bubar DUN. Ada pula mangkuk-mangkuk ayun yang mencabar kami dan mendesak PM Najib Razak bubarkan parlimen Malaysia. Kononnya selama ni Najib takut untuk bubar parlimen sebabkan BN dah lemah dan takut kalah.

Dah lama Mc nak jawab soalan yang diajukan oleh cai pembangkang ni. Untuk pengetahuan cai pembangkang, Najib baru memerintah Malaysia selama 3 tahun lebih. Pada tahun 2008 dulu, selepas BN dilanda tsunami politik akibat PRU ke 12, keadaan negara Malaysia mengalami ketidakstabilan ekonomi dan politik.

Semuanya berpunca dari kelemahan pentadbiran Kerajaan Malaysia yang terdahulu. Sehingga kerajaan Malaysia sangat lemah dan mudah diperkotak-katikan oleh pembangkang.

Kemudian datang Najib Razak mengambil alih negara dengan slogan 1 Malaysia dan jentera tranformasinya. Ternyata selepas itu, Malaysia kembali dilandasan yang kukuh. Malah setiap janji yang dilafazkan oleh Najib, akan ditunaikan. Janji ditepati!

Berpuluh tranformasi yang dilakukan oleh Najib, sama la juga dengan bantuan yang Najib buat untuk rakyat. Dari BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia) PR1MA (perumahan rakyat 1 Malaysia), KR1M (Kedai rakyat 1 Malaysia), Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) dan pelbagai lagi bantuan yang telah diIDEAkan oleh Najib untuk membantu rakyat Malaysia hidup senang dengan kerajaan BN.

Percaya atau tidak, Najib baru 3 tahun memerintah, namun rakyat mendapat rahmat atas pemerintahannya itu dengan pelbagai bantuan. Belum lagi kita campur subsidi yang sedia ada, dan dikekalkan. Subsidi seperti minyak masak, gula, beras, cili, tepung gandung, minyak petrol, gas memasak, baja untuk petani, benih anak ikan untuk penternak ikan, benih padi untuk pesawah, diskaun minyak diesel untuk nelayan bawah kelas besar, sampaikan nak pergi haji pun ada subsidi. Apa lagi yang rakyat Malaysia nak? Banyak lagi yang Mc belum sebut, tapi memang banyaklah. Tu pun masih ada rakyat Malaysia yang tak tahu bersyukur!!

Bila kita sebut pasal ni akan ada jawapan yang kata segala subsidi dan bantuan tu asalnya dari duit rakyat. Memang betul tu semua duit rakyat tapi bukan semua. Kita tanya diri sendiri, berapa kali kita bayar cukai pendapatan? Cukai pintu? cukai tanah? berapa sen sangat?

Rakyat negara lain pun ada bayar cukai, tetapi adakah kerajaan mereka melakukan seperti mana yang Malaysia lakukan? Mampukah mereka mencontohi kerajaan Malaysia yang meng'subsidi'kan ekonominya kepada rakyat?

Jawapannya tak mampu, Malaysia bukan negara maju. Malah masih dalam tahap membangun. Namun kejayaan yang kita kecapi memang hebat. Tidak terbanding dengan negara lain yang setaraf dengan kita.

Najib Razak meneruskan legasi pemimpin terdahulu. Najib Razak mempunyai auranya tersendiri, mari kita sokong seorang pemimpin berjiwa rakyat. Mendahulukan rakyat dalam segala hal.

Sekarang Najib dah buktikan beliau mampu untuk merubah Malaysia menjadi negara yang HEBAT dan MAJU dan DAHULUKAN RAKYAT dalam masa 3 tahun. Apakah kita tak ingin melihat apa yang mampu Najib buat sekiranya beliau diberi mandat 2/3 pada PRU yang ke 13 ini?

Kalau nak dibandingkan jasa Najib selama 3 tahun ni, tidak ada tolak bandingnya 5 tahun Pakatan memerintah Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Jauh beza... Najib jauh kedepan bersama rakyat. Pakatan buat apa? fitnah? tohmahan? atau cacian?

Pada yang belum tengok video Ustaz Fathul Bari mengenai Najib, sila tengok.. anda akan lebih faham apa yang Mc maksudkan.



Anwar bikin apa? Main dengan china doll? Main belakang? naik jet? Apa yang dia tolong rakyat? Membohong dan menipu ada la..

McTheory:
Rugi kalau rakyat Malaysia tolak pemimpin seperti Najib Razak.. tiada galang ganti!

14 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

lebih lama PM tunda Pilihanraya, kita akan nampak lebih banyak pembohongan PR terbongkar. Pembohongan tidak akan kekal lama. bangkai yg ditutup akan berbau juga! Tahniah BN!

Tanpa Nama berkata...

Najibtuya ni pandai membohong saja,lepas ni mampus la dia.

Tanpa Nama berkata...

Yang pembohong adalah pakatan
hari-hari menjaja fitnah
puak pas pun kaki pusing
Ingat Ulamak,rupanya tok mudim!

Tanpa Nama berkata...

nuar al-jubur taik tu yg pandai membohon,.lepas ni mampus la dia..amin

Tanpa Nama berkata...

KENAPA MELAYU CLAIM TANAH MELAYU INI KEPUNYAAN ORANG MELAYU?

Wahai orang Melayu yang kurang ilmu pengetahuan dan malas mengkaji sebagaimana admin blog ini, sedarkah anda bahawan anda adalah bangsa yang tidak tahu malu dan biadab apabila datang ke tempat orang? Kenapa saya berkata begitu? Kerana orang Melayu sesuka hati claim Tanah Melayu ini mereka yang punya sedangkan PEMILIK SEBENAR ADALAH ORANG ASLI. Orang Melayu datang merantau ke tempat orang atau lebih mendalam datang merantau ke tempat dan tanah Orang Asli. Jika orang Melayu boleh katakan Orang India baliklah ke India dan orang Cina baliklah ke China, mengapa tidak ORANG MELAYU BALIKLAH SEMULA KE INDONESIA? Tunggu sahaja orang-orang Asli maju dan membangun, mereka akan tuntut hak mereka kembali, wahai Orang Melayu yang tidak sedar diri atau dalam kata lain, bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Lucu...lucu...!

awat orang Melayu nak kena balik ke Indonesia?

Paku dulang paku serpih betoi laa... tolong bukak buku sejarah na.. belajaq biaq abis.

Memang betul orang Melayu tidak berasal dari bumi Malaysia. Bangsa Melayu yang asal (tu pun setakat yg tercatat dalam kajian kita la ya) datang dari Kerajaan Melayu Champa yg ujud pada kurun ke 2 (kerajaan Champa ni terletak dari hujung wilayah yunan dkt China sana - kalau tak silap laa - hingga selatan Kampuchea yg ada hari ni). Kemudian migrasi penduduk berlaku (itu perkara biasa la dalam evolusi manusia) dan akhirnya tok nenek kita sampai laa ke tanah dihujung benua asia ni (dulu semenanjung Malaysia, Borneo, kepulauan Indonesia dan Filipina adalah satu tanah yg bercantum). Sebab tu la kita dipanggil serumpun. Akibat bencana alam dan sebagainya maka sebahagian tanah/mukabumi tenggelam dan akhirnya membentuk la negara2 yg kita ada seperti hari ini.
Proses ni bukan berlaku dalam setahun dua tapi berkurun-kurun lamanya. Makna kata, orang Melayu telah ada/mendiami bumi Malaysia ni dah beribu tahun.
Kalau nak kata orang asli tu berasal dari tanah ini, juga TIDAK TEPAT sebab semua manusia BERASAL dari Nabi Adam a.s dan Hawa a.s yang tinggal di Arafah, Saudi Arabia. (orang Kristian panggil Adam dan Eve)

Tanpa Nama 10.40 PTG,

Mungkin agama anda percaya yg manusia berasal dari benda lain, itu hak anda la utk percaya.


wallahua'am.

Tanpa Nama berkata...

Aku rs ko ni dah mereng kot.. Ko pakai daun ttp kemaluan ko yg busuk tu dtg pejabat tanah ckp ko owg asli n msia ni tanah ko.. Owg melayu yg x sedar diri atau bodoh tu kau la.. Eh silap kau ni owg asli cuma reti ckp bahasa melayu je

Kahkahkah berkata...

Kahkahkahkah! Melayu tak sedar diri. Dah nama org asli tu maknanya penduduk asal tanah melayu la! Mcm Amerika dan Australia, penduduk asl dorang red indian dan orang asli. Bukan penduduk negara dorang sekarang ni. Kahkahkah! Wei baca sejarah dulu la sebelum cerita sejarah kat org. Kalau cerita pasal migrasi semua org pn boleh wei kahkahkah. Melayu ni ada dua melayu proto dengan melayu melayu deutro. Melayu proto tu la org asli penduduk asal tanah melayu, melayu deutro tu la melayu skrg mcm kau ni, dtg dari indon. Kahkahkahkah

Kahkahkah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
McTheory berkata...

Ko sekarang duduk KL, lepas tu ko pindah ke JB. Apakah itu bermakna ko keluar negara? Atau ko pindah dalam negara sendiri? Itulah maksudnya. Ko faham ke tak? Bebal sungguh cai pakatan ni.

Kahkahkah berkata...

Kahkahkah...mc...mc...bila masa tnh mlayu satu negara dgn indon.... sblum kdatangan parameswara pun org asli jek ada kt tnh mlayu ni pastu dtg parameswara sesuka hati declare dia raja....kahkahkah...silakan byk membaca mc...aku sokong komen org asli kat atas tuuu....bila2 pun dorg boleh tuntut hak dorg balik... kahkahkah tp hairan yek mana mc tau dia cai pakatan...kahkahkah skrg ni sapa yg bebal....msti la mc...yeay....lainlah org sbh srwk, dorg mmg pnduduk asal borneo... Kahkahkah mc oh mc, jgn lupa ye.... tnpa sbh srwk semenanjing malaysia takkan maju.... Semenanjing malaysia curi hasil bumi sbh srwk....kahkahkahkah pastu skrg dh membangun melayu bodoh hina sbh srwk..... jgn ckp aku tipu yeee... mahthir sndiri ckp sabah kena bersabar tunggu kemajuan sbb hasil bumi sbh dah diangkut ke semenanjung nak bangunkan sana....kahkahkah oh ye jgn ckp jgk sbh srwk ni besar ssh nak bngun kan.. Semenanjing malaysia nk dkat sama besarnyammcm sbh srwk knp boleh membangun sbh srwk tak.. sebab apa mc nak tau? sbb dari dulu smpai skrg bn memerintah sbh srwk, dah byk hasil bumi dicuri..dh byk penyelewengan bn buat... Kahkahkah... Sbh srwk tu kaya hasil bumi beb... tapi bwh perintah bn byk hilang... Kahkahkah

Kahkahkah berkata...

Kahkahkah... Knp mc delete komen aku... Mmg btul apa mlayu umno racist.. Slalu sgka buruk dgn cina... suka menghina india.. pndg rndah org asli...kahkahkah pokok pangkalnya melayu umno shj lah bangsa terbaik di dunia... Kahkahkah ini lah cara islam umno ye tuan puan.... Bangsa mereka sahaja yg pling bgus... Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Bodohnya hujah nkau..lg sekali...bodohnya alahai...

Tanpa Nama berkata...

belajar sejarah malaysia bukan jadi pandai tetapi semakin bodoh , banyak fakta sejarah tidak tepat.

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review