Jumaat, 8 Mac 2013

HOT INFO! Anggota Keselamatan Kita Di penggal dan Diperlaku dengan kejam! #Pray4Sabah


Tak sanggup bila kita melihat semua ini, namun itulah yang berlaku. Kekejaman penceroboh yang ganas dan berlaku kejam keatas anggota keselamatan kita membuatkan pelik dan hairan. Apakah mereka ini beragama Islam. Ikuti cerita kekejaman penganas terhadap anggota polis kita di blog Bro Jinggo.

Bukan untuk mengaibkan perwira negara yang telah terkorban tapi rasanya sudah tiba masanya untuk aku dedahkan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak pengganas! Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penganas bersenjata!

Dibawah laporan utusan:


Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala - UTUSAN


Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini - UTUSAN

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.


McTheory:
Masuk negara orang, tunjuk samseng, kurang ajar sungguh!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haku pun ada dgr...
tp... katanya gambo lama !!!

Tanpa Nama berkata...

Betul ke gambo ni?

Tanpa Nama berkata...

Tolong ler, biar kita bertamaddun sikit.....Perwira yang gugur tu tinggalkan anaka bini. Tak engkau teringat akan rasahati mereka?? Begitu juga dengan Utusan.....hilang panduan, macam orang tak ada pandu an langsung!! Udah ler tak segan-segan hebohkan penggunaan aset tentera yang terlibat,...begi tahu orang pulak tentang kedudukabn dan pergerakan angkatan tentera....macam tak ader nak jaga rahsia untuk keselamatn anggota polis dan tentera!! IGP dan PAT pun sama juger...Menteri-menteri pun tak segan-segan nak umumkan rahsia keselamatan!! Macam kita ni tak tahu nak uruskan rahsia kseselamatn masa perang!!! Harap ini jadi teladan!!!

Tanpa Nama berkata...

Kejadian ini betul2 berlaku.
Tanpa Nama 5.44ptg, apesai yang hang melatah sgt ni?

Menteri berhadapan dgn rakyat yang bangang hasutan pembangkang dgn juga musuh luar yg tipu konon keselamatan negara ganas terhadap mereka.

Jadi bila kerajaan keluarkan bayang2 gambar ini, membuktikan semua ini benar2 berlaku.

Tun M ckp mereka ganas dan zalim terhadap MAYAT.

Jangan tunjuk 'warak' tk kena tempat. Kalau nk soung pegi sound puak2 PAS yg sekongkol dgn Anwar dan tian Chua.

BODO!