Sabtu, 2 Mac 2013

INFO TERKINI! Taktik Kotor Digunakan Untuk Serang Polis Komando Malaysia! #Pray4LahadDatu #LahadDatu


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perdana Menteri berkata, perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ia adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berkenan meluangkan masa bersama keluarga Zulkifli dan Sabarudin serta menyampaikan sumbangan peribadi baginda.

Pesawat Charlie 130 TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada pukul 12.30 tengah hari dengan disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh anggota keluarga serta mereka yang hadir.

Najib turut mengiringi jenazah ketika diusung keluar dari pesawat ke bilik menunggu untuk diberi penghormatan terakhir.

Kedua-dua jenazah itu kemudian dibawa pulang oleh keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing.

Jenazah Zulkifli diiiringi oleh balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelakinya berusia satu dan empat tahun manakala jenazah Sabarudin diiringi oleh oleh balunya, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak mereka iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Zulkifli diterbangkan dengan pesawat CN235 TUDM dari Subang ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang Ikan, Jertih untuk disembayangkan.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih selepas solat Asar nanti.

Jenazah Sabarudin pula dibawa pulang ke kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Gambar-gambar dibawah diambil dari blog MKP

Ibu(Tudung Coklat)KPL Sabarudin dan Isteri(Tudung Hitam) Tiba Di Tanah Perkuburan.

Pusara Ayah Tercinta: Anak Sulung Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud
Menabur Bunga Di Pusara Suami Tercinta

Ibu Kepada Allahyarham Menabur Bunga Di Pusara Anak Tercinta

Solat Jenazah KPL Sabarudin Daud.

McTheory:
Doakan anggota keselamatan kita selamat berjuang, dan selamat pulang. Pada yang gugur, sedekahkan Al-Fatihah..

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PUNCA KEPADA MASALAH INI ADALAH PEMBERIAN IC OLEH MAMAK KUTTY KEPADA PUAK SULU. LIHATLAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. INILAH KESANNYA !!!

Tanpa Nama berkata...

KEPALA HOTAK KAU!!

Tai An Jing berkata...

Anon 10.15pm. Aku selama ni mati-mati ingat punca kepada masaalah ni disebabkan oleh Rozita Che Wan tak jadi kawin dengan budak umoq 24 tahun tu..sebab tu Raja Kiram mengamuk...Haiyaaa, spinner betul ko ni..

Sebenarnya sebab Tunku Draman bagi 1juta IC biru pada Cina ( termasuk datuk kamu) pada 1957 dulu yang buat tahi bintang jatuh di Russia minggu lepas.

Betulkan???..sakit anus ko ni.

Tanpa Nama berkata...

saya berumur 40an dan telah berpesan pada semua anak2 saya untuk melihat azab yang ALLAH telah dan akan turunkan pada anwar ibrahim hingga akhir hayatnya. Dan jadikan ianya sebagai iktibar..

Tanpa Nama berkata...

Komen biarlah bernas sedikit. Jangan macam sial.

McTheory berkata...

Komen dari Tai Ah Jing buat Mc gelak sampai keluar air mata!! Komen terbaik minggu ini!! ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

Projek itu dulu pun idea dan dipelopori oleh Anwar Ibrahim sewaktu di dalam Kabinet...

Tanpa Nama berkata...

Kita nak tggu apa lagi, tentera dah cukup kelengkapan dah cukup kita beri lanun semua tu masa 6jam je lagi untuk letak senjata dan serah diri kalau tak jugak apa nak tunggu lagi. Bukab kita mahu jadi macam ni lanun tu sendiri yang nak sangat kita bagi cukup2..

Tanpa Nama berkata...

Korang ni tgk cm aku baru2 ni aku mancing dpt ikan besa 10kilo.rekod tu..