Sabtu, 30 Mac 2013
PANASS!! Lepas Ni Mufti Kedah BAKAL Di Maki Oleh Puak Pas!! #TukarKedah #TolakPas
Semalam Mc ada keluarkan artikel mengenai kisah Memali dan Lahad Datu. Dalam artikel tu Mc bertanya status anggota keselamatan yang terkorban. Apakah mereka syahid kerana mempertahankan negara? Artikel terbabit boleh baca kat SINI.
Kemudian Mufti Kedah mengeluarkan kenyataan mengenai anggota keselamatan yang terbunuh. Ternyata anggapan Mc tepat, dan Mufti Kedah ni tidak berpolitik semasa mengeluarkan kenyataan.
Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad.
Beliau berkata lagi, mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama.
Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
"Dalam kes ini tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota pasukan keselamatan yang terbunuh tetap syahid akhirat," kata Mohamad Baderuddin ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Istighazah Al-Kubra di Masjid An-Naim Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang.
Mufti itu turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai keamanan kerana dalam suasana aman sahaja ekonomi negara berkembang menjadi mantap, negara berupaya membangun dan rakyat tidak berada dalam ketakutan.
"Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah SWT kelak," katanya lagi.
Alhamdulillah.. Sememangnya pendapat dari bijak pandai Islam sebegini perlu untuk masyarakat berfikir sejenak dengan apa yang terjadi di Lahad Datu. Peristiwa Lahad Datu membongkar siapa kawan dan siapa lawan.
Cuma Mc percaya, lepas ni puak Pas akan tuduh Mufti ni dibeli oleh UMNO la pulak. Sebab kenyataan yang beliau keluarkan mirip-mirip perjuangan negara yang didokong oleh Kerajaan. Harap-harap Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad, bersedialah di maki oleh puak Pas yang bakal menentang beliau!
McTheory:
Puak Pas cuma hormat Ulamak yang politik menyebelahi mereka sahaja!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
habis la ustaz ni kena maki pulak dengan puak gila tu!
Alhamdulillah mufti kedah bercakap bukan ikut kata hati beliau perpandukan alquran dan hadis.
Umno berjuang atas nama islam ka woi..bini pun x pakai tudung nk berjuang islam apa...sudahlah hampa mcm kamal atartuk juga la
Umno suka buat fitnah, suka menipu, lucah, khianat,rasuah, salahguna kuasa, rembat harta negara macam depa yang punya... Itu cara Islam ke? Tak usah pi jauh. Tenguk rumah Khir Toyo yg jadi MB 3 tahun di Selangor dengan TGNA yg jadi MB 20 thn di Kelantan sudah...
Catat Ulasan