Rabu, 8 Mei 2013

INFO! Beri Peluang Pada Pemimpin Baru Untuk Majukan Kedah! #HanyaDiKedah


Berperang di alam siber sambil membantu jentera konvesional amat meletihkan. Tetapi Allah telah membalas usaha ini dengan kemenangan BN di Kedah. Kemenangan yang agak selesa. Walaupun bukan 2/3. Hanya tinggal satu kerusi untuk 2/3.

Mc akui, kemenangan BN di Kedah pada kali ini bukan hanya bergantung pada jentera, tapi bergantung pada semangat rakyat Kedah yang mahu Kerajaan Pas di Kedah undur dari pemerintahan mereka yang lemah.

Mc harap rakyat Kedah tanpa mengira parti, bantu MB kita yang baru ni untuk majukan negeri. Kalau negeri kita maju, Insyallah ekonomi kita maju.

Mc percaya, Datuk Mukhriz pasti akan selamatkan Kulim Hi-Tech Teknologi Park (KHTP) . Sebab banyak pelaburan KHTP Datuk Mukhriz yang bawa masuk sebelum ini. Pas Kedah hanya mengaku dan angguk kepala saja.

Tingkatkan ekonomi Kedah seiring dengan Selangor. Minta Kerajaan Pusat beri lebih perhatian pada Kedah dan negeri-negeri yang dimenangi oleh BN. Bukan nak pinggirkan negeri lain, tapi utamakan yang menyokong dari yang menolak.

Sebab yang menolak tu dah tentu mereka rasa Kerajaan Baru mereka tu dah cukup kuat. Kalau ekonomi Kedah kuat, kilang banyak, tak perlu lagi anak muda Kedah merantau ke negeri lain. Betui dak?

Marilah kita bersatu untuk membangunkan ekonomi Kedah seiring dengan pembangunan Islam di Kedah.


McTheory:
Beri peluang pada pemimpin baru kita..

Tiada ulasan: