Khamis, 9 Mei 2013

INFO! Komen Menarik Ayahanda Tun Dr Mahathir Mengenai PRU ke 13! #PRU13


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak.

Dr Mahathir berkata beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India.

"... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Beliau berkata situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kekalahan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah lebih kepada faktor 'tsunami kaum Cina', dan menyaksikan mereka lebih cenderung menyokong pembangkang.

Sejurus pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) semalam, Najib berkata beliau sama sekali tidak menduga keputusan PRU13 akan berlandaskan sikap perkauman, jauh sekali mencapai peringkat seburuk itu.

Dr Mahathir turut berpendapat kaum Melayu kini semakin lemah dan berpecah-belah kerana sikap tamak mengejar kuasa serta jawatan sehingga mengabaikan perjuangan Melayu itu sendiri, iaitu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara.

"Pada masa sama, tidak boleh kecualikan orang Melayu yang jadi tamak, masing-masing hendak kuasa, tidak kira cara mana. Kalau perlu jual bangsapun, akan mereka jual bagi mendapat apa yang mereka hendak," katanya.

Beliau berkata masyarakat Melayu dilihat tidak memahami konsep sebenar pilihan raya yang diadakan bagi tujuan membentuk sebuah kerajaan, apabila kebanyakan mereka menganggap ia hanya sebagai sebagai platform untuk kepentingan diri semata-mata sehingga berlaku perpecahan.

"Orang Melayu ini tidak faham. Mereka ingat dalam pilihan raya ini untuk mendapat tempat, gaji, peluang dapat kerja, kalau menang jadi Yang Berhormat (YB) yang dapat elaun dan kemudahan, bukan untuk berkhidmat perjuangkan bangsa, agama dan tanah air, mereka lupa sama sekali.

"Mereka tidak nampak pilihan raya sebagai satu cara membentuk kerajaan, tetapi berebut hendak tempat bagi diri sendiri sehinggakan fikir kalau menang akan dapat tempat, keuntungan yang banyak dan dapat projek," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi jika kalah pada PRU13 bertujuan bagi meraih simpati negara barat yang sememangnya dilihat tidak senang hati dengan kemajuan negara ini, terutama dipimpin oleh Melayu dan Islam.

"Islam sekarang ini adalah musuh sejagat kebanyakan orang di barat. Mereka tidak mahu melihat negara di bawah kepimpinan Islam mencapai kemajuan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata barat secara tidak langsung akan menggunakan alasan berkenaan untuk membelasah kerajaan Malaysia sepanjang masa dan menyebabkan Islam menjadi lemah. - Bernama

9 ulasan:

jijan mali berkata...

Ribut berlalu, kiambang bertaut. Kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Put MALAY and BUMIPUTRA product FIRST. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA semua.
AYOH KITA BERSATU DAN MENJADI TERAS UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

Pa'Shaik berkata...


There is love in the air.
Laa Tahzan. ! Melayu tidak tahu mensyukuri nekmat tiada qana'ah.Turut musuh Allah sampai lubang biawak.Jangan sebut lagi nama DSAI TGNA dll.Rahmat besar kpd UMNO masih memerintah negara jadikanlah ianya sebagai Izzah.Sama sama kita doa surah al baqarah ayat 286.Ameen. ! Qabul. !

Unknown berkata...

racist ko madey

Tanpa Nama berkata...

This comment from mantan pm n pm is racist!! We rakyat ada hak to choose for who we think capable. Yes we thankful to 50 over years kepimpinan bn..but now we want a better country..negara demokrasi jgn racun fikiran rakyat.kemenangan pakatan adalah suara rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Kan nak perubahan yg mcm mana lagi? Apa selama ni tak aman? Ada perang perang ke? Cukup makan kan? Hidup lg kan? Kena tindas? tak kan? so besyukur dgn apa yg ada sekarang ni. jgn harap pembangkang nak tadbir negara kalau keja asyik nak buat demonstarsi je. Percaya sngt lah ckp si anuwar tu. Puih. Hidup bn/umno selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Menarik komen Tun Dr Mahdthir,kemenangan PRU yg lalu sebelum PRU 12 berasaskan kepada kekuatan perkongsian kuasa yang menghasilkan keputusan yg menarik dan agak tengelam di negeri kelantan dan tengelam timbul bagi di negeri trengganu dan sabah.Setelah terlepasnya banduan dari penjara yg bermasaalah dari segi moral, berpengalaman dlm kerajaan dan pakar spin berbagai2 isu,maka wujud tsunami kaki belit utk menonjol diri beliau,dgn penampilan sebagai tokoh kepimpinan masa hadapan,alim ulamak,pemimpin yg bijak,pakar ekonomi global dll.Maka wujudlah dunia hasutan yg kian melebar dan mempengaruhi golongan rakyat yg beremosi,berfikiran pendek,bersimpati,tertipu dll.Bagi puak2 yg berpecah,kecewa,berdendam akan mengikut arus perjuangan kaki kelentong ini, yg di dokong oleh kuasa luar sebagai pilihan mereka yg terakhir atau di atas sifat mengenang budi atas kepentingan utk diri mereka sendiri.Maka lengkaplah bala tentera mereka dalam agenda utk menghasut,memfitnah,menjual nama jabatan,agensi,kementerian dlm memutar belik data,fakta dan angka serta bertekad utk memburukkan nama baik kerajaan BN secara berterusan.Langkah sebegini akan dapat di manafaat utk melindungi keburukan moral ketua umum pembangkang,mendapat sokongan populis di kalangan rakyat dan seterusnya untuk memenangi PRU akan datang.Keadaan sebegini akan menghancurkan apa jua konsep yg baik utk rakyat yg di bawa oleh BN dan lari dari landasan politik sebenar.Walaubagaimanapun,BN perlu bekerja kuat dari sudut imej,ketegasan,menggunakan kepintaran dari kuputusan pru 13,telus,cekap dan bersih.Yang maha penting adalah,dasar kerajaan yg sampai pada rakyat dan lebih baik dari yg terdahulu.

Tanpa Nama berkata...

komen saya senang shj,kalau imej kerajaan baik susah hendak di serang dgn agenda fitnah.Kalau di serang juga,maka instrumen perundangan hendak cukup dn boleh mengawal agenda fitnah.Andaikata dasar kerajaan sangat bijak dan kena pada tempat serta sampai pada rakyat secara terus dalam jangka pendek,alamatnya ketua umum pembangkang terus frust menonggeng ler,dlm dunia politik.Perancangan jangka panjang kerajaan tidak boleh di jadikan kredit dlm political millage sbb fell tak sampai dgn cepat pada rakyt.Contoh2 terbaik jangka pendek adalah KR1M,BR1M,Menu 1 malaysia;TR1M dll.Konsep2 lain adalah seperti syariat islam.Banyak intrumen di dalamnya masih belum dn mampu di highlight dan sampai dgn perasaan gembira di kalangan ummah sepertimana yg termaktub di dlm perlembagaan negara.Survival politik sebegini mampu mengcekam undi melayu di pru 14 dan di perluaskan ke 151 kawasan parlimen.Ini adalah adalah fasa pertama atas kehendak politik semasa dan kemudian akan kembali semula kepada politik perkongsian kuasa.

Tanpa Nama berkata...

PRU14 nanti masih wujud undi populis dan penambahan pengundi baru.Perkara sebegini di unjur sebagai langkah pertama bagi PRU 13 utk memenangi PRU 14 dan seterusnya.Ini terbukti langkah kerajaan selangor atas usaha penasihat ekonomi selangor menarik dan berbincang dgn pelabur arab saudi.Masih lagi mendapat komentar yg ramai dari pengikut tegar mereka.Andaikata pelaburan dari sektor hartanah,teknologi tinggi,perkilangan,i t,pelabuhan,barang pengguna bukanlah dari bidang kepakaran mereka.Kalau sektor kewangan dahpun terbukti wujudnya TRX.Masaalah air di selangor tidak mampu memenuhi permintaan pelabur dan aktiviti sektor hartanah tempatan.Maka hati2lah kerajaan dengan kewujudan TRX,kerana takut di manipulasi oleh kerajaan selagor dgn pelabur arab saudi utk survival politik mereka di masa hadapan.Atau memanipulasi isu yg tidak mengikut telunjuk mereka dn menyalahi pehak kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Pehak pembangkang sangat bijak menggunakan instrumen dlm kerajaan utk kepentingan politik mereka secara fitnah,rasuah,pengaruh dll.