Khamis, 18 Julai 2013
HOT! PRK Kuala Besut Polis Trafik Di Langgar Putus Kaki!
Kuala Besut - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.
Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.
Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.
Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.
Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.
"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.
Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.
Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Keadaannya kini dilaporkan stabil.
Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.
Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
padan muka polis tu tuih!!
anon 2:13 - pasni aku hrp kaki ko lak yg pts
PUKIMAK LU CINABENG.. INI BUKAN ISLAM.. INI ORG KAFIR LAKNAT..
TUNGGU KAKI LU DUA DUA PUTUS..PUTUS DILENYEK LORI...ini spesis babi.. alvivibak dia sokong..
marah kat polis.. bawah zahid.. nak buat akta baru . tu cina stress gila.. bisnes haram susah la nak buat jika ada akta baru..
amin.. utk anon 2.13... dua dua kaki lu putus... lunyai kena tayar lori.. niamah.. tiu nia ma.. makahai...
setuju... lepas 2 kaki dah putus... beberapa bulan kemudian tgn dia putus.. anon 2.13 masa tu buat apa ya???? kaki 2 dah takde.... lepas tu tgn takde... anon 2.13 biadap manusia kafir
semoga cepat sembuh dan berada di bawah perlindungan Alllah.. aminnn.. mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini.. kpd keluarga diharap tabah menghadapi dugaan hidup.. amin
Catat Ulasan