Selasa, 9 Julai 2013

PANASS!! BN Kedah Bertindak Zalim Terhadap Rakyat? #HanyaDiKedah


Terkejut bila sahabat aku yang juga kakitangan KUIN bagitau kerajaan negeri sekali lagi bertindak "zalim" terhadap mereka.. Kalau anda ingat lagi, semasa Pas menjadi kerajaan, skuad Bersih KUIN ditubuhkan sebagai pendesak kepada kerajaan negeri dalam tuntutan kebajikan pekerja dan isu isu penyelewengan dalaman KUIN..

Namun, selepas BN mengambil alih tampuk pemerintahan Alhamdulillah banyak tuntutan mereka di selesaikan oleh YAB MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir..

 Antaranya:


1) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 (13%)

2) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013 (Gaji Minimum)

3) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2012 (COLA RM 50)

4) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013 (1+1)

5) Yang paling istimewa ialah KUIN kini diumumkan sebagai BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI. (tiada lagi swasta swasta lepas ni sepertimana Pas lakukan terhadap mereka)

Jadi kepada rakan rakan Skuad Bersih KUIN yang selama ini memperjuangkan hak mereka yang teraniaya sebelum ni bolehlah balas jasa YAB MB dengan berkerja bersungguh-sungguh dan kembali memartabatkan KUIN selari dengan hasrat Kerajaan Negeri memartabatkan PENGAJIAN ISLAM. - Medan Tempur 
 
McTheory:
Budi baik, dibalas baik..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah bagi tahu kawan aku kat KUIN yang ligat bersama Ustaz Azki keliling kampong cakap isu KUIN kapada rakyat. Bahawa itulah bijaksana dan perihatinnya MB Kedah yang baru ini.

12 perkara yang diluluskan oleh MB/Kerajaan Negeri kapada kakitangan KUIN, memanglah itu yang ditunggu-tunggu sangat oleh kakitangan. Sekarang mereka bahgia sangat menerima pengumman/anugerah MB itu.

Dan yang paling aku sanjung ialah, KUIN dijadikan hak kepunyaan mutlak Kerajaan Negeri, iaitu dengan menjadikan KUIN sebagai BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI. 100% perpelanjaan KUIN ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Tak boleh lagi nak ditubuhkan holding-holding semua, macam dibuat zaman Jamil yang boleh pulak nak jual-jual saham dan gaji-gaji kakitangan, semua ditentukan oleh manusia yang gila nak kaya raya dengan duit KUIN yang mana depalah yang dok jaga INSANIAH HOLDING. Dengan gaji mereka, yaaarabbanaaa...sorang-sorang bepuluh ribu.

Dengan Perbadanan, semua urusan KUIN ditadbir sama saperti MADA, KEDA atau LADA. Bererti, kakitangannya pun akan ada pencen atau ikut kemahuan pekerja samada pencen atau simpan duit di KWSP.

Apa pun, KUIN akan harus merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam bertaraf antarabangsa.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. sejuk hati dgr.. Terima Kasih MB Dato Mukriz.. dari Kjn UMNO INSANIAH ditubuhkan.. dari UMNO jg KUIN dipulihkan.. harap PAS pengkhianat dan pelingkup.. lepas tu xmalu dgn dosa.. buat fitnah lg..

Tanpa Nama berkata...

lepas dah dapat apa yang dihajatkan.pru14 pilih lagi pakatan.pru15 pilih bn.moralnye... bn hanya tukang cuci je