Semalam beberapa Sahabat blog, telah menyiarkan penjelasan Pemilik Tanjung Sutera Beach Resort, Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, berkenaan kejadian sebuah surau digunakan sebagai tokong "sementara" oleh beberapa pelancong Singapura.
Penjelasan
diberikan pihak pengurusan resort berkenaan cumalah sekadar alasan
untuk meloloskan diri setelah dikritik hebat umat Islam berkenaan
kejadian tersebut. Dan penjelasan itu juga bukanlah jawapan konkrit
untuk 'menghalalkan' penghinaan terhadap rumah ibadat umat Islam itu.
Malah penjelasan Pengurus
resort tersebut juga membuktikan bahawa dia langsung tidak mempunyai
sifat sensitif berkaitan hal kesucian Islam dan lebih mementingkan
keuntungan perniagaan sehingga membenarkan surau digunakan sebagai
tokong untuk warga Singapura.
Persoalannya,
sampai bilakah umat Islam harus tunduk terhadap desakan masyarakat
bukan Islam sehingga kali ini kita sanggup 'menyedekahkan' pula surau
kita untuk dijadikan kuil, tokong ataupun gereja?
Namun
pagi ini, saya berkesempatan sekali lagi untuk ke lokasi dan menemubual
beberapa penduduk dan pihak berkuasa tempatan berkenaan hal tersebut.
Hasil
temubual bersama-sama penduduk mendakwa bahawa kejadian seumpama ini
bukan pertama kali berlaku di resort berkenaan, sebaliknya penduduk
setempat menyedari bahawa beberapa aktiviti tertutup dan bertentangan
dengan undang-undang telah mendapat kebenaran pengurusan resort untuk
dianjurkan di sini.
Lebih
menyedihkan lagi, menurut penduduk setempat, pernah berlaku upacara
membakar kemenyan dan pemujaan turut dianjurkan di surau berkenaan.
Wakil
Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Penduduk (JKKP) Sedili Besar pernah
menemui pengurusan resort beberapa kali, mendesak pihak resort agar
tidak membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan
mencabuli kesucian agama Islam, namun desakan tersebut tidak diendahkan,
sebaliknya penduduk kampung pula diherdik pihak pengurusan.
Pemilik Resort Warga Singapura
Menurut
penduduk lagi, difahamkan bahawa resort tersebut dimiliki individu
warga Singapura, menyebabkan kejadian seperti ini dipandang enteng oleh
pemilik resort berkenaan.
Namun
menerusi dokumen yang diperolehi melalui Majlis Daerah Kota Tinggi,
menunjukkan bahawa pemilik resort itu, Syed Ahmed mempunyai kad
pengenalan Malaysia seperti dipaparkan di bawah;
Malah
menerusi semakan di Pejabat Tanah dan Galian daerah Kota Tinggi turut
membuktikan bahawa tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah
Rezab Melayu. Seandainya benar bahawa tanah tersebut merupaan Tanah
Rezab Melayu, maka bagaimana tanah ini boleh pula dimiliki oleh warga
Singapura?
Namun
penduduk tetap bertegas bahawa tanah tersebut dimiliki seorang individu
dari Singapura dan telah mendaftarkan tanah berkenaan menggunakan nama
sebuah syarikat, Tanjung Sutera Sdn Bhd sebagai pemilik tanah berkenaan
berdasarkan Sijil Kebenaran Menduduki Bangunan dari Majlis Daerah Kota
Tinggi.
Dan
disebabkan kejadian sebegini, pelbagai persoalan baru pula terungkai,
bagaimanakah tanah tersebut boleh diserahkan kepada warga Singapura
untuk dimajukan dan dijadikan pula rumah peranginan di kawasan ini?
Adakah wujud campur tangan pihak tertentu sehingga membolehkan tanah
terbabit dibeli dan diusahakan oleh bukan warganegara Republik tersebut?
Saya
cuba untuk mendapat maklum balas dari pemilik resort berkenaan, namun
ternyata pemilik resort melarikan diri melalui pintu pagar lain dan
meninggalkan orang ramai, media dan pihak berkuasa yang hadir ke resort
berkenaan pagi ini.
Nak sambung baca boleh klik SINI. Nak tengok video kontroversi ritual buddha dalam surau ni pulak boleh klik kat SINI.
Mc baru dapat info dengar kata, DYMM Sultan Johor nak roboh surau tu sebab ianya tidak di iktiraf sebagai surau oleh kerajaan negeri. Maybe untuk elakan ada perkara macam ni berlaku lagi kot. Kalau info ni tak betul, ada info yang lebih tepat boleh maklumkan Mc di komen ok.
McTheory:
Kalau boleh, selesaikan baik-baik..
8 ulasan:
Hati ini terlalu sakit dihina Kuffar..Apa tindakan seterusnya dri Umat Islam?
Semua salah Pas. Kalimah Allah pun digadaikan. Ini membuka floodgate utk kafir merampas apa sahaja hak org Islam. Syabas Pas.korang seme leh gi mampus. Dahle pro syiah.
Aku suka cara pjuangan Pas, Pas dah x mperjuangkan isle lg tapi mperjuangkn silaturahim antara DAP, aku dengar kabar angin kentot Pas hmpir2 mengislekan lim guang eng, mgkn berkat doa KO kat stadium agaknya, islenya lim bmakna islenya penang, hebat btol tarbiyah Pas, xlama lg kitt siang dan karupal pulak peluk isle, dasyat weh Pas ni, respek gile aku ngan Pas!
rezab melayu, umno kasi pada warga singapura.
apa barang ini umno. ahli umno dapat apa?.
Sokong umno, rizab Melayu hilang. bodoh org umno.
Tanpa nama 12 Ogos 2013 8:46 PTG tak teringin nak komen pada post
http://kedahkekl.blogspot.com/2013/08/panass-mandi-mayat-secara-berdiri.html pulak ke?
Silakan lah tanpa malu2...
syed alkaff tersebut dipergunakan oleh kuffar singapura utk merampas tanah johor pula... duit punya pasal, alkaff pun tergadai maruah
serbab di johor dah 85% tanah rezab melayu bertukar tgn kepada bukan melayu, Kelantan hanya 5%
re:'alkaff pun tergadai maruah'
Islam liberal tak pernah fikir pasal maruah, apalagi mengenai bangsa atau agama. Kekalkan identiti pun sebab nak sapu segala peluang yang ada.
Yang aku hairan ialah bagaimana dia boleh sapu tanah wakaf Johor walhal dia orang luar. Harap pihak berkuasa siasat hingga ke akar umbi. Jika benar, harap ambil tindakan untuk perbetulkan kesilapan dan lakukan sesuatu agar tidak berulang.
Catat Ulasan