Ahad, 25 Ogos 2013

INFO! Cara terbaik Umat Melayu Islam tambah kekuatan ekonomi! #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia @Tunfaisal


Sudah tentu pembaca blog tertanya-tanya kenapa 2,3 hari ni Mc asyik mempromosi Hari Koperasi Negara. Sebabnya Mc percaya ramai diantara kita tak tahu pun apa itu 'Koperasi'. Sedangkan kita di pupuk mengenali koperasi ni sejak dari sekolah lagi.

Tidak kah anda mahu tahu apa fungsi koperasi sebenarnya, bagaimana ia ditubuhkan dan bagaimana gerakan koperasi di Malaysia, malah apa keuntungan yang kita dapat jika kita menyertai gerakan koperasi ni.

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

 Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Objektif

Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:

Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.

Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.

Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.


Video bawah, Ustaz Kazim menerangkan bagaimana untuk menubuhkan sebuah koperasi yang Islamik!


Tiada ulasan: