Isnin, 19 Ogos 2013

INFO! Wanita UMNO Perlukan 'Iron Lady' baru? #PemilihanUMNO


Mc tertarik dengan tulisan sahabat blogger K7L yang mana cuba membuka kesedaran pemimpin sehingga akar umbi UMNO yang mana betapa pentingnya Wanita UMNO memerlukan pembaharuan agar lebih menyengat sebagaimana yang dilakukan di era Iron Lady.

Di bawah ini Mc ingin kongsikan tulisan sahabat K7L:

Kak Ijat antara orang yang menang ketika zaman Pak Lah. Dia tiba-tiba muncul dan menang menumbangkan Iron Lady, Tan Sri Rafidah Aziz yang ketika itu sedang perform, baik sebagai Menteri mahupun pemimpin Wanita UMNO.

Namun dikatakan kegagalan TS Rafidah mempertahankan jawatan adalah berdasarkan dua faktor :

1. Kak Ijat orang Pak Lah, TS Rafidah orang Tun M
2. TS Rafidah dilihat sebagai orang sombong

Namun selepas Kak Ijat memegang Wanita UMNO, dilihat pergerakan itu lebih slow sementelahan apabila Kak Ijat tewas kepada Nurul Izzah pada PRU12. Kemudian dia masih dilantik sebagai Menteri dan Senator.

Timbul kes pula pasal NFC dan bermacam lagi serangan yang Kak Ijat sendiri tak boleh jawab. Kesannya pada siapa? Sudah tentu pada Wanita UMNO itu sendiri, Kini rakyat melihat Wanita UMNO sebagai satu jentera yang lemah dan penuh kontroversi.

Mantan Naib Ketua Wanita UMNO yang dipecat sebab bertanding bebas pun satu hal juga. Sebab tak jadi calon parlimen terus bertanding bebas. Ini pun satu masalah juga kepada Wanita UMNO.

Keris tak ada undi pada Wanita UMNO tapi UMNO tetap UMNO. Keris nak tanya apakah dengan pemimpin Wanita sedia ada mampu bawa perubahan pada #PRU14 kelak?

McTheory:
Wanita perlu perubahan..sampai bila?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Former minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil may have found an avenue back to corridors of power as she is ...

Tanpa Nama berkata...

Yang ada kes dan tak bersih dan orang tak mahu dah, janganlah bertanding, ambil lah orang baru yang betul-betul berjuang untuk agama dan bangsa, senario politik sekarang lain, kena agresif dan berani serta bersih secara keseluruhannya kalau ada.