Ahad, 1 September 2013

INFO! Tun Mahathir Boleh Selesaikan Konflik di Mesir!!


KUALA LUMPUR 1 Sept - Kredibiliti yang ditonjolkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada era kepimpinannya menjadikan beliau individu paling sesuai menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik di Mesir.

Pengarah Institut Pemikiran Dr Tun Mahathir, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz berkata, dengan kerjasama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Tun Mahathir berkemampuan untuk mendamaikan konflik yang antara rejim tentera Al Sisi dan Dr Mohamed Mursi.

“Rakyat seluruh dunia menghormati beliau kerana kejayaannya menjadikan Malaysia kekal sebuah negara Islam walaupun pelbagai agama dan kaum berada di negara ini. Negara Malaysia adalah sebuah negara Islam kecil dan mampu menyelesaikan konflik yang berlaku.

“Orang luar juga melihat kejayaan Dr Mahathir menjadikan Malaysia maju sepanjang 22 tahun pemerintahannya dengan memelihara kebajikan ekonomi setiap kaum. Beliau melakukan anjakan hidup Melayu dan Islam sehingga ramai yang berjaya,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Jelas beliau, Tun Mahathir yang selama ini meneraju Malaysia menerusi sistem demokrasi akan memberi impak positif kepada proses pendamaian di negara Timur Tengah itu.

“Saya yakin beliau boleh melakukannya. Kepimpinan akan dihormati apabila mampu memberikan kebajikan ekonomi kerana ia akan memberikan kesan kepada kestabilan politik dan sosial sesebuah negara,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik yang mahukan Tun Mahathir menjadi perantara ekoran beliau dikenali di serata dunia. - Rakyat News

5 ulasan:

kakotalk berkata...

ok la tu. ni keluaq topik sat.
la ni nk jumpa pemimpin umno/bn punyalah payah. nak kata sibuk sgt pun layan pi la org nk ngadu apa2. dulu masa kalah xdan nk letak tepon dah reply. la ni kena tunggu brhari2 nk mengadu mslh rakyat. lagi mudah nk jumpa wakil rkyat pas, dap & pkr. kalau pi kat depa mesti mslh rkyat selesai segera pasai takut jd isu besaq.

HassanNik berkata...

I Very Much Agreed With The Posting. Politically, Tun Mahathir Is The Right Person For The Egytian To Be Referred In Respect Of Their Current Internal Unrest And Conflict Rather Than Giving Acces To The Non Muslims Especially The Self-Claimed World Police To Interfere And To Intervene.

Quantum Metal Consultant berkata...

masalah jenayah dalam negara, masalah pati , masalah umno pun tak selesai, tak perlulah tun dicadangkan untuk menyelesaikan sesuatu yg lebih rumit dan campurtangan dalam urusan negara luar.

Melayu di negara sendiri pun hampir jadi pelarian dan bangsat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Melayu jadi pelarian ini adalah disebabkan...tidak seperti negara2 lain, pembangkang diMalaysia adalah yang paling mengarut, yang paling kotor, yang paling jijik dalam dunia.

kalau Melayu jadi pelarian adalah disebabkan pengkhianatan orang Melayu itu sendiri.

Kalau Melayu jadi pelarian adalah disebabkan kebodohan orang Melayu itu sendiri. FULL STOP.

By the way, apa sumbangan kamu pada ugama dan bangsa kamu?? Kalau ada, teruskan, semoga Allah berkati usaha kamu, kalau tak ada...please shut up.

Tanpa Nama berkata...

Kita sepatutnya tak perlu bersusah payah sangat tentang orang2 Arab yang telah buat kebangkitan mereka kembali ke zaman Jahiliah. Yg behormat Tun M sepatunya dipergunakan menyelesai masalah Melayu sendiri dinegara kita sendiri ! Terutama yg ramai melayu terikut2 Arab hingga ada yg menjadi sesat ..macam pas yg sokong kafir Dapigs dan ada pula yg terikut2 syiah yg juga begitu menyesatkan !! Lagi pula YB Tun M sebagai seorang pejuang yg telah berumur .. menasihatkan DS PM kita supaya jangan terlalu terikut2 bangsa Cha Ya Nun alif semata2 utk beri kebebasan menjelang negara maju..2020 !! sehingga keselamatan negara dipenuhi dgn gengster2 08 / 04 dgn tembak menembak setelah ISA & EO dibubarkan ! Negara tak maju dalam masa 6 tahun lagi pun tak apa..KESELAMATAN RAKYAT .. TERUTAMA MELAYU DI UTAMAKAN !!