Ahad, 20 Oktober 2013

HOT! 4 Penyandang Ketua Bahagian di Kedah, Tewas!! #PemilihanUmno



Dalam kekecohan pemilihan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi. Hingga Mc sendiri lupa nak update berita dari Kedah. Nampaknya dalam pemilihan kali ini, sistem yang digunakan hanya bawa perubahan pada bahagian. Mungkin ada sebab perwakilan bahagian menukar pucuk pimpinannya.

Di Kedah ada 4 Bahagian, Penyandang Ketua Bahagian di tukar oleh perwakilan bahagian sendiri. Maknanya 4 Bahagian ada Ketua Bahagian Baru!

Bahagian yang dimaksudkan ialah Pokok Sena, Jerai, Kuala Kedah dan Sungai Petani. 

Pokok Sena, Lebai Sudin kalah kepada Said Ali dan seluruh jenteranya tewas teruk. Di Jerai, Dato Suhaimi kalah kepada Menteri Agama kita Datuk Jamil Khir, di Kuala Kedah Datuk Latt Shariman juga kalah kepada Datuk Abdullah Hasnan, keadaan yang sama juga terjadi pada bahagian Sungai Petani, apabila Datuk Ali Yahya tewas kepada calon underdog Mejar Rahim.

Nampaknya transformasi untuk meremajakan UMNO hanya berlaku di bahagian-bahagian. Walaupun ada Ketua Bahagian yang tewas tu patut diberi peluang kedua untuk buktikan bahawa beliau masih boleh bekerja.

Tapi akar umbi bahagian berkenaan sudah buat keputusan. Terima saja dengan penuh redha.
Yang kalah jangan sedih, yang menang pula selamat bekerja, terimalah amanah ini dengan keikhlasan dan sebagai ketua yang memimpin untuk menuju kejayaan pada PRU ke 14.

Cuma keputusan bahagian Pokok Sena tu, memang sepatutnya!! hehe..

McTheory:
Masa pemilihan dah tamat, mari rapatkansaf semula..


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

transformasi penjenamaan semula UMNO Bahagian Pokok Sena. Berani Berubah

Bob FAM berkata...

Tugasan besar menanti Jawatankuasa Baru dan kami percaya dan berharap agar kepimpinan baru akan memastikan menjanakan barisan utk menghadapi PRU 14. Tahniah!!!
drp Setiausaha UMNO Cawangan Derga
Berani Berubah!!!

Tanpa Nama berkata...

Bhgn Pdg Serai pun berubah... K.Bhgn di sandang En.Asmadi Abu Talib.

Tanpa Nama berkata...

Cuma di peringkat UMNO Pusat yang tak mau berubah, kempen Dato Mukhriz disekat, Najib berhempas pulas berkempen melalui proksi untuk memenangkan Hishammuddin, sepupu Najib.

Kalau beginilah sikap pimpinan atasan UMNO, tak hairanlah orang makin meluat dengan UMNO, ramai orang Melayu / Bumiputera sayangkan UMNO, tapi pimpinan atasan UMNO yang suka buat taik untuk kepentingan diri.

Saya bukannya tak boleh terima kekalahan Y.A.B Dato' Mukhriz, tapi kalau Perdana Menteri pun main kotor untuk memenangkan sepupunya yang sebelum ini hunus keris bak pahlawan kemudian bila Cina bising terus minta ampun pada Cina bak pecacai, apa semua ini?

Najib perlu berundur kerana ramai orang bumiputera sudah tidak dapat terima kepimpinan Najib yang masa ceramah berdegar-degar kata nak bela bumiputera dan Islam, tapi lepas ceramah jadi pecacai Cina DAP, lihatlah Namewee, Patrick Teoh, Melissa Gooi, dan pasangan porno Alvin dan Vivian, lepas bebas walaupun hina Melayu dan Islam sesuka hati mereka, Najib hanya tau berdrama depan orang Melayu, di belakang Melayu dia jadi pecacai bangsa asing.

Sedarlah orang Melayu semua.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Tanpa Nama berkata...

Zahid hebat sebagai menteri KDN tp apa jasa besarnya pada UMNO? Sejak jadi VP apa sumbangan terhebat beliau pada UMNO? UMNO sokong menteri yg hebat tp bukan pejuang Melayu yg hebat..fikir2kanlah..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita hanya ingin singkirkan VP2 tp bukan VP1 dan VP3? Adakah mereka cukup hebat ataupun mereka bukan saingan MM? Mari kita beri sokongan pada MM untuk kerja berpasukan dan bukan lone ranger..payah nk survive dlm UMNO kalau lone ranger.

pejuang melayu berkata...

Sy setuju sangat dgn encik mohamad nasionalis melayu. Sy org kedah. Sy sangat sedih krn mukhriz terpaksa berlawan di padang yg tak sama rata. Sepatutnya mukhriz yg menang. Buktinya undi popular memihak kpd mukhriz. Rakyat kedah sangat berharap agar waris pemimpin lagenda melayu yg kita kasihi TUN MAHATHIR menang. Lihat lah apa yg mukhriz buat slp bn menang di kedah. Perubahan yg mebuatkan org pas kedah kelu dan terkedu. Bekas PA ostad azizan bg tahu sy bhw kalau mukhriz meneruskan pendekatan spt skrg ini utk 5 thn lagi. Confirm pas tak dak peluang utk menang. Org org pas di kedah tlh berjaya dijinakkan oleh mukhriz. Inilah pemimpin yg sepatutnya memimpin org melayu di peringkat pusat. Tapi sayang pemimpin atasan masih àda sifat pilih kasih. Namun begitu kita tidak harus bergaduh. Janngan sampai ia melemahkan umno. Sedih dan kecewa tetapi demi melayu aku akan teruskan perjuangan bersama umno kedah. Aku akan berdiri teguh di belakang dato mukhriz.

hangkedee berkata...

Berani berubah tapi kepala besar Ah jib goat seperti rambut rosmah masih tak mahu berubah Dan bertudung

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita hanya ingin singkirkan VP2 tp bukan VP1 dan VP3? Adakah mereka cukup hebat ataupun mereka bukan saingan MM? Mari kita beri sokongan pada MM untuk kerja berpasukan dan bukan lone ranger..payah nk survive dlm UMNO kalau lone ranger.

----------------------------------------------------

Y.A.B Dato Mukhriz bukannya lone ranger, tapi tidak menjadi kerbau dicucuk hidung, mengikut dan yes men kepada Najib.

Selama ini pun, Y.A.B Dato Mukhriz bekerja dengan orang ramai juga, buktinya Kedah berjaya dikuasai oleh UMNO hasil kerjasama Y.A.B. Dato Mukhriz dengan pimpinan UMNO di Kedah dan di seluruh negara.

Masalah sekarang ini adalah, Najib suka buat perkara pelik-pelik, takkan nak suruh Y.A.B. Dato Mukhriz sokong perkara pelik sedemikian juga?

Najib mungkin senyum sampai telinga bila sepupunya menang juga walaupun terpaksa berhempas pulas dikempen melalui proksi Najib dan arahan-arahan kepada pengerusi perhubungan negeri untuk memberikan arahan kepada bahagian-bahagian terutama di Pahang dan Johor untuk tidak mengundi Y.A.B. Dato Mukhriz, buktinya, tak ada pun walau satu undi dari Pahang dan Johor kepada Y.A.B. Dato Mukhriz.

Transformasi UMNO perlu bermula dengan pengunduran Najib dari jawatan presiden UMNO, Najib menjadi liabiliti kepada UMNO kerana orang Melayu yang sayangkan UMNO pun dah meluat dengan UMNO kerana dasar Najib yang mengkhianati perjuangan bangsa dan sampai sanggup jadi pecacai bangsa asing.

Lihatlah masa aidilfitri dan aidil adha yang lalu, ada ke Najib buat sambutan besar-besaran seperti sambutan Tahun Baru Cina? Masa sambutan tahun baru Cina Najib siap jadi pecacai tukang pukul gendang dan sanggup buat iklan khas, tapi masa aidilfitri dan aidil adha, ada Najib buat iklan khas ke?

Berundurlah Najib, jangan kerana kau maka UMNO jadi mangsa dalam PRU 14 kelak.

Sekian, terima kasih.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya setuju 100% pandangan en Mohamad!! Najib perosak masa depan UMNO! Najib bermimpi dgn Rosmah, kerismuddin dgn cita2 karut yg mengenepikan matlamat UMNO di alam maya mereka. Najib xboleh dibiar lama krn KJ jg akn sama2 ambil peluang ini utk jd PM termuda, moga Allah jauhkn mat liberal ni capai cita2nya! Semoga Mukriz diberikn kejayyan lbh besar oleh Allah SWT. PAS gagal cr pasal dgn Mukriz krn beliau peribadi baik, dn watak penyatuan ummah. Bkn mudah utk ranpas DUN AYER HITAM kubu totok PAS tu!

Tanpa Nama berkata...

Kami rakyat di luar kedah turut mengagumi Dato MM.. Sedih di selangor tiada pemimpin berkaliber slps era mat taib...

anaQarbana berkata...

Mremajakan UMNO ataupun mentraformasikan UMNO berlaku dengan perancangan dan bukan berlaku dengan kehendak kar umni...ini yang menyebabkan UMNO masih tidak melakukan tranformasi secara jujur...