Sabtu, 12 Oktober 2013

HOT! Tun Dr Mahathir Mahu Menteri 'Lemau' Letak Jawatan!



Sebenarnya Mc agak terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang mahu Menteri di Kementerian yang terbabit dengan kepincangan meletakkan jawatan.



Kata Tun Dr Mahathir "Di Jepun jika kapalterbang terhempas di lapangan terbang, Menteri Pengangkutan kena letak jawatan".

"Tapi di Malaysia, Menteri berkenaan akan berkata itu bukan urusan saya.. "

"Saya mahu lebih ramai yang meletakkan jawatan.."

Oleh itu Tun Dr Mahathir mahu menteri-menteri yang bertanggungjawab atas kepincangan kementerian mereka seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan.

Walaupun beliau tidak menyebut nama Menteri berkenaan tapi yang jelas dua kementerian yang menjadi sebutan ramai berikutan kepincangan yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara itu ialah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu ialah Hishamuddin Tun Hussein manakala Menteri bagi Kementerian Belia dan Sukan pula adalah Shabery Cheek.

Kementerian Dalam Negeri dengan isu kehilangan pistol, gari dan kereta Polis manakala Kementerian Belia dan Sukan pula isu bayaran kepada K-Pop.

Cadangan Tun itu memang baik sekali bagi menjadikan Menteri-Menteri disetiap Kementerian yang ada agar tahu bertanggungjawab bukan hanya tahu mempersalahkan pihak lain dalam kementeriannya.

Projek juta-juta, tapi bila ada yang tak kena selalu salahkan orang lain. Sebagai menteri yang bertanggung jawab, patutnya masalah tu dialah kena tanggung. Tapi tak, orang lain pulak yang salah. Kalau semua salah orang, senanglah kerja menteri. Sesiapa pun boleh jadi menteri, betul tak?

McTheory:
Jawatan nak, tanggung jawab tak buat.. hmm..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahaaaa....zahid amidi..sham usin onn..asan malek..ni dulu kena letak jawatan.. lepas tu piee yang tak apdal lagi.. ligan depa ni dulu baru la kabinet malaysia ada rupa semula...!!!!!!!