Khamis, 10 Oktober 2013
INFO! Nak Pinjam RM2Billion? Muka tak malu wehh..
Cadangan kerajaan Kelantan untuk meminjam sebanyak RM 2 billion dari kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, benar-benar telah memalukan Pakatan Rakyat dan parti-parti komponennya.
Dalam masa yang sama, mengesahkan dengan sendirinya bahawa Kelantan telah gagal menguruskan masalah air di negeri tersebut, tak seperti yang cuba dinafikan banyak kali oleh pemimpin negeri PAS sebelum ini.
Tak payah UMNO susah-susah mencanang ke seluruh Kelantan, kerajaan negeri itu sendiri telah mengesahkan sendiri kegagalan menyelesaikan masalah air ini adalah datang daripada mereka.
Belum lagi disebutkan bagaimana PAS dan media rasminya Harakah membalun kerajaan persekutuan hampir setiap masa, sekarang mereka nak minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan pula.
Dimana maruah?
Sebetulnya aku tak percaya pemimpin PAS tidak mampu memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, selain dari minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan.
Mesti ada jalan lain, takkan cara senang dengan pinjam wang? Ini bukan kali pertama pula tu, dulu pun dah bagi pinjam dah RM 600 juta, bagaimana wang itu dibelanjakan, sekarang nak mintak pinjam lagi? Macam mana PAS nak jawab soalan itu?
Aku simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah bersusah payah mempromosikan kehebatan pimpinan Pakatan Rakyat ini dengan begitu agresif sekali, tapi diakhirnya semua itu musnah dengan tindakan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Tidak hairan kenapa PAS menjadi parti yang paling corot prestasinya dalam PRU13 yang lepas apabila sekadar menang di 21 kerusi parlimen (berbanding 23 kerusi pada 2008), selain Kedah yang baru ditadbir sepenggal, jatuh ke tangan BN semula.
DUN Kelantan sendiri menyaksikan kekurangan kerusi yang dimiliki PAS berbanding 2008. dengan UMNO menambah 6 kerusi DUN lagi.
Semua ini berlaku kerana ada kelemahan-kelemahan macam ini yang terlepas pandang oleh pimpinan PAS Kelantan. Aku yakin kalau pengumuman nak meminjam dari kerajaan persekutuan ini dibuat sebelum PRU13, pasti PAS akan tewas di negeri tersebut.
Justeru, jangan tambah lagi masalah yang sedia ada dengan membuat pinjaman dari kerajaan persekutuan. Batalkan sahaja cadangan tersebut dan tumpukan kepada mengumpul sumber-sumber yang banyak di Kelantan itu untuk dapatkan nilai RM 2 billion tersebut.
Bukan banyak mana sangat pun.
Kebimbangan yang lagi satu ialah UMNO (kalau setuju bagi pinjam pun), akan gunakan hasil pendapatan negara dari perniagaan judi, lumba kuda, lesen kedai ekor dan sebagainya untuk membiayai pinjaman tersebut. Nak ke PAS wang dari sumber-sumber yang selama ini haram pada mereka?- Negara Pakatan Rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Kadang2 kita kesian jugak kat puak2 ni, tapi di sebabkan mereka ni mempunyai sifat kita2 dan perkauman bangsa yang jitu, dan berpendirian mereka aje betoi sukmo, kalo bab kekurangan mereka terima seadanya, agama kuat dan cerdik2, apa orang buat semua salah, apa depa buat semua halal, so, krajaan persekutuan kena fikirlah nak selesai masaalah rakyat kelante dalam jangka masa yang sama kena fikir plak agak2nya bagaimana depa nak tikam balik sekiranya dah di beri. Satu lagi cara, krajaan persekutuan kena ambil alih air kelante, jgn beri pitih kat demo, habis guna wat benda2 lain, pastu minta lagi, ugut lagi duit royalty...
Doktrin orang pas dan telah terpaksa di terima pakai oleh rakyat Malaysia iaitu pergaulan bukan maharam di mana kenduri2 khawin ke ape2 yang di anjurkan olih suku sakat ni mesti di asingkan, syarikat2 bas ke keretapi ke pun dah mula mengadakan bas2 dan koch2 berasingan termasuklah parking2 kerana nak melayan doktrin puak2 ni. Soalan nya, perlukah semua ini, doktrin banggang yang di ada2kan dan de lebih2kan, di sini kawan nak tanya Islam ni mai dari kelante ke, kalolah puak2 ni perintah Arab Saudi, harus Kaabah akan di pecah dua, saei di pecah dua dan segala2nya, sebab tak bolih campur jantan, tina HARAM!, kadang benda2 ni jadi jangkal (annoyed), kita pegi kat kelante orang tina sumo yang niaga bleh plak, pelik demo bleh orang takleh, yang kita manggkok ayun ni pun ikut juga apasal!
Apa susah tin Milo banyak!ceramah. jangan berhenti maki hamun pasti penuh Tin Milo.
Catat Ulasan