Jumaat, 4 Oktober 2013

PANASS!! Nampaknya Jabatan Audit Pulak Akan Di Audit Kelak!!



AGAK sukar penulis nak menerima penjelasan bahawa isu senjata serta peralatan lain yang hilang bernilai RM 1.3 juta dan bayaran artis K-Pop dalam Festival Belia tahun lepas, seperti dinyatakan dalam audit 2012 oleh Jabatan Audit Negara ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) semalam,menjadi sensasi kerana peranan media.

Bukan kerana ’setup’ pihak tertentu dalam Jabatan Audit supaya ia menjadi begitu.

Maklum sajalah, kebelakangan ini pihak polis menjadi sasaran pembangkang akibat kejayaan pasukan tersebut menumpaskan banyak kumpulan kongsi gelap, termasuk menembak mati anggota kumpulan haram terbabit dlaam Ops Cantas Khas.

Malah, polis dikecam lebih teruk apabila Ops Cantas dilancarkan berbanding ketika lebih 30 kematian akibat pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap berlaku sejak April lepas.

Pendek kata disitu, takkanlah tengah-tengah polis menjadi kecaman pembangkang, tiba-tiba laporan audit mengenai kehilangan senjata ini menjadi antara yang pertama sekali di highlightkan oleh Ketua Audit Negara di parlimen?

Sementara KBS pula tak pasal-pasal dituduh penipu kerana Menteri sebelumnya, Datuk Seri Shabery Chik pernah mengeluarkan kenyataan menafikan wang kerajaan digunakan untuk membayar kedatangan kumpulan tersebut. Walhal wang itu memang sumbangan pihak swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk tujuan tersebut.

Itulah yang nak disebutkan hari ini tentang kebarangkalian ‘peranan’ dimainkan Jabatan Audit sehingga menyebabkan polis, Kementerian Belia & Sukan (KBS) menjadi mangsa persepsi buruk masyarakat kerana ’keculasan’ Jabatan Audit membuat pendedahan ‘mengikut buku’.

Walhal tahu dah berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, orang tak begitu peduli tentang penjelasan yang dibuat kemudian oleh Kementerian berkaitan, yang penting apa tertulis dalam laporan Ketua Audit Negara saja.

Menjadi tanda tanya, entah kenapa Jabatan Audit tidak mengendahkan jawapan balas yang dihantar Kementerian Dalam Negeri berhubung kehilangan senjata dan peralatan lain yang berlaku dalam PDRM. Mungkinlah jawapan balas itu tidak sempat dimasukkan dalam laporan audit Ketua Audit Negara, tapi sekurang-kurangnya untuk versi yang diedarkan kepada ahli parlimen ini, letaklah footnote atau yang seumpamanya untuk menyatakan jawapan telah dibuat.

Apa susah sangat ke? Samalah kes dengan KBS, kenapa dicicirkan maklumat bahawa wang itu datang dari sumbangan swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk dibayar kepada syarikat yang menguruskan kedatangan kumpulan K-Pop tersebut? Adakah memang prosedurnya begitu atau ada niat lain yang tersembunyi? - Sumber

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DS shabery menteri bersih dan nampak bersih....menteri yg tak bersih yg selalunya melompat kepanasn

Tanpa Nama berkata...

Memang something wrong laporan Jabatan Audit Negara Malaysia ini. Mengalahkan Laporan Juruaudit Luar pula. Hari itu memang dah diaorang lahabau ni test dengan NFC sampai jahanam DS Sharizat sekeluarga. La ni diaorang yakin boleh porak perandakan sebanyak jabatan yang boleh pula lebih-lebih lagi PDRM. DS Najib harap-harap boleh faham dan buat kepastian jangan sampai tergadai Negara dek kerana keseronokan beliau dengan transformasi dan ketelusan. Dalam syariat Islam pun dalam nak berterus terang pun ada hadnya jangan sampai melampau hingga menjahanamkan pihak lain. Lebih-lebih lagi pihak yang tidak berdosa dan sekadar menjadi mangsa keadaan.

Setia 7.

Tanpa Nama berkata...

Jangan butakan hati.