Selasa, 3 Disember 2013

HOT!! Kisah Tapak Arkeologi Guar Kepah Berusia 5000 tahun yang diabaikan Kerajaan Dap Penang!! @cmlimguaneng @mkinibm #HanyaDiKedah


Pagi tadi Mc ada keluarkan story mengenai candi Lembah Bujang kononnya kerajaan Kedah tak peduli mengenai candi yang berusia beribu tahun tu. Nak baca boleh klik kat SINI.

Sebelum ni beberapa portal dan blogger pro pembangkang mempertikaikan kerajaan Kedah, kenapa tidak menjaga tinggalan sejarah yang diiktiraf sebagai warisan dunia.

Disebabkan itu, kisah Candi Lembah Bujang di Kedah telah menjadi isu penting dimana sekarang isu berkenaan sedang dipolitikkan oleh para pemimpin parti pembangkang, khususnya dari PKR dan DAP, termasuklah oleh Prof. Ramasamy DAP dari Pulau Pinang.

Pelik betul apabila Pulau Pinang sibuk nak campur urusan Kedah. Sedangkan negeri mereka sendiri pun terabai dan tak terjaga.

Kita tanya pemimpin Dap Pulau Pinang tentang projek di Tapak Arkeologi Guar Kepah di Penaga. Tapak bersejarah di Seberang Prai Utara itu dikatakan telah diabaikan begitu sahaja selepas kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan bajet untuk projek berkenaan.

Sehingga kini terdapat pihak-pihak tertentu yang menanam pokok nangka dan mendirikan rumah sarang burung walit, diatas tapak arkeologi Guar Kepah.

Jika pemimpin Dap Penang berniat nak campur tangan dalam isu Candi Lembah Bujang di Kedah, lebih baik korang jaga tapak arkeologi Guar Kepah yang teruk dicabuli malah langsung tidak dipedulikan oleh kerajaan Penang.

Malah untuk makluman semua tapak tersebut adalah tapak pra-sejarah sekitar 5000 tahun dulu (macam di Lenggong). Berbeza dengan tapak Lembah Bujang yang mempunyai nilai sejarah ketamadunan.

Malah pihak luar pernah membuat kajian di tapak arkeologi Guar Kepah malah menjumpai rangka manusia yang berusia 5000 tahun, digelarkan sebagai Seberang Perai man's, rangka tersebut masih disimpan di Muzium Natyral History Leiden, Belanda.

Dibawah  gambar artifak dari tapak arkeologi Guar Kepah,

Diantara Artifak yang ditemui di Guar Kepah
GAMBAR TAPAK GUAR KEPAH YANG DIAMBIL PADA 2007
Timbunan Kulit Kepah yang berlapis-lapis tersusun dengan padat masih dapat dilihat disini


Lebih baik pemimpin Dap dan Pkr Penang 'jaga' dulu rumah sendiri. Bina tapak arkeologi Guar Kepah bagi elok-elok, kemudian baru sibuk dengan negeri orang dulu.

Lepas ni Mc nak tengok Malaysiakini dan blogger pro pembangkang bising bab tapak arkeologi Guar Kepah pulak. Ada berani ka? Kononnya pencinta sejarah la katakan.. he he..

Bab candi Lembah Bujang, jangan risau, MB Kedah sudah keluar arahan supaya kerja yang dilakukan oleh Saujana Develop. dihentikan serta merta. Malah kerajaan negeri akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Baca kenyataan media dari MB Kedah,

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PEMUSNAHAN BINAAN WARISAN CANDI DI SUNGAI BATU, LEMBAH BUJANG, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH

Kerajaan Negeri Kedah sedih dan kesal diatas pemusnahan Candi 11 di Sungai Batu, Lembah Bujang. Walaupun ianya adalah struktur yang telah dibina semula pada tahun 1974 di atas tapak candi yang asalnya dibina antara Kurun ke 8 – 11 Masehi, ianya tetap dianggap tapak warisan negara yang sepatutnya dipelihara. Tapak-tapak candi di sekitar Lembah Bujang adalah sebenarnya tapak warisan yang telah tidak digunakan sebagai tempat penyembahan sejak berkurun-kurun lamanya.

Syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi tetapi tidak memulakan kerja-kerja pembersihan tanah hingga Ogos 2013. Meskipun Kerajaan Negeri mengarahkan supaya syarikat berkenaan menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut, struktur Candi 11 yang dibina semula itu telahpun musnah sejak bulan Ogos lagi.

Candi yang sama boleh dibina semula di atas tapak asal dengan persetujuan syarikat, atau di tapak lain seperti berhampiran dengan tapak ekskavasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Batu. Untuk tujuan ini, pelan Candi 11 akan dirujuk untuk memastikan rekabentuk dan bahan yang sama seperti di tapak asal akan turut digunakan.

Kerajaan Negeri amat menitikberatkan usaha untuk memelihara semua jenis warisan turun temurun Negeri Kedah. Bagi memastikan tapak-tapak warisan yang terletak di lebih seratus lokasi kesemuanya sekitar Lembah Bujang tidak musnah dimamah zaman atau akibat pembangunan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah bersetuju untuk menimbang permohonan Kerajaan Negeri agar tapak-tapak yang dikenalpasti mempunyai nilai warisan diwartakan. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan syarikat pemaju supaya menghentikan kerja-kerja pembersihan di tapak Candi 11.

Kerja-kerja ekskavasi dan pemuliharaan akan terus dilaksanakan oleh pakar-pakar arkeologi USM hingga kawasan Lembah Bujang boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa. Sehingga kini kajian arkeologi di Sungai Batu telah mendedahkan bahawa tapak ini telah digunakan sejak kurun ke-5 Sebelum Masehi, dari semasa ke semasa, sehingga kurun ke-17 Masehi. Ini membuktikan bahawa tamadun Sungai Batu adalah tamadun tertua di rantau ini yang berasaskan industri peleburan besi.

DATO’ PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Wisma Darul Aman, Alor Setar


McTheory:
sibuk dengan rumah orang, rumah sendiri pun tak terjaga.. aparaa pemimpin Dap Penang!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gambar kesan runtuhan bangunan di atas sama sekali bukan bangunan candi. Sebenarnya itu kolam beristirehat di Raja, di sebelah dalamnya terdapat tangga yang bertingkat-tingkat sampai kepermukaan kolam yang dasarnya agak dalam. Di permukaan air kolam selalunya dihiasi dengan rumpun teratai yang indah berbunga dan terdapat juga tiang yang menjunjung kawah air di tengah kolam yang juga di hias dengan rumpun kiambang. Selalunya kawasan kolam riadah di Raja bersambung antara kolam pertama yang lebih besar dan kolam ke2 yang lebih kecil dihubungkan dengan laluan pejalan kaki atau pavement pathway. Bangunan kolam seolah-olah seperti tembok tebal yang agak tinggi dan terdapat laluan pejalan kaki yang agak lebar di puncak tembok yang berbumbung di kelilingi tiang-tiang kayu. Bangunan santai di Raja ini selalunya berada dalam taman larangan yang berhampiran Istana Hinggap dan Singgahsana. Di dalam bangunan Istana Besar pula terdapat Balai Rong Seri dan Persada di Raja. Terdapat juga banyak gazebo-gazebo di kawasan taman larangan. Yang pastinya anutan agama Kerajaan Awal Mala-UR bukan sekali-kali agama hindu maupun buddha. Kerajaan Awal Mala-UR dan Rakyat Mala-UR menganut AJARAN IBRAHIM yang kemudiannya dipanggil BRAHMA/BRAHMIN. Ajaran yang dibawa oleh Raja Agung Iskandar Zulkarnaen yang berpusat di Campa dan Selatan India yang menerapkan gabungan seni bina Yamen dan Mediteranean dan menggunakan tulisan rasmi Pallava yang mempunyai pengaruh Hebrew dan Ibrani.

Unknown berkata...

Very good information