Nampaknya Kerajaan Penang semakin rasis! Terbaru, cubaan menukar nama Pulau Jerejak kepada satu nama yang agak pelik dan ketuhanan dibantah oleh penduduk Melayu Pulau Pinang.
Baca sumber yang Mc ambil dari blog Dr MiM,
Lim Guan Eng DAP bakal kantoi dan terperangkap di dalam penafian beliau tentang satu isu yang didedahkan oleh Datuk Jahara Hamid, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang merangkap wakil UMNO.
Soalan Jahara Hamid mudah. Beliau mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baharu bagi Pulau Jerejak. Fair question.
"Adanya satu pulau di sini diberi nama baru Mazu Island. Mazu Island ini adalah Pulau Jerejak yang mana telah diberi nama baru oleh seorang pengusaha yang mempromosikannya dalam bentuk pelancongan.
"Sebuah tokong besar juga dibina tanpa kebenaran. Siapa yang meluluskan semua ini," kata beliau.
Walau bagaimana pun, soalan mudah Jahara Hamid telah menyebabkan ADUN Pakatan melenting. Nampak sangat mereka itu perlu perbetulkan kemahiran bahasa Malaysia mereka.
Guan Eng juga melenting kepada soalan mudah Jahara Hamid. Anak Kit Siang DAP itu tidak akan mengulas lanjut isu ini sehingga menerima laporan tetapi dalam masa yang sama, beliau mengambil kesempatan menuduh Jahara Hamid sebagai 'jahat seribu jahat'.
Seriously, apakah jenis manusia yang ada di dalam kepimpinan DAP ini?
Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah meluluskan pertukaran nama Pulau Jerejak kepada 'Pulau Mazu' seperti didakwa sesetengah pihak.
"Kerajaan negeri tidak pernah berikan kelulusan itu. Untuk beliau (Datuk Jahara Hamid) membuat dakwaan seperti itu, jahat seribu jahat. Jangan berlagak macam ketua pembangkang yang dulu, cakaplah yang benar," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.
Lim berkata beliau sedang menunggu laporan daripada pihak berkenaan berhubung isu ini.
"Kami akan jawab isu ini. Saya masih menunggu laporan daripada pegawai pejabat tanah. Sehingga saya menerima laporan itu, saya tidak akan mengulas lanjut isu ini," katanya.
Laporan apa lagi yang mahu ditunggu, Guan Eng ooii?
Dan di manakah jawapan kepada soalan 'siapa yang meluluskan pembinaan tokong besar yang dibina tanpa kebenaran itu'?
Realitinya, Jahara Hamid sekadar bertanya di dalam DUN sebagai kapasiti beliau sebagai wakil rakyat yang tidak mahu pulau Jerejak diterokai secara haram oleh sesiapa pun.
Dan bukan sahaja kerana nama 'pulau Mazu', aktiviti-aktiviti yang berlaku itu perlu dipandang serius, dipantau dan diambil tindakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum tokong-tokong itu menjadi lebih besar.
YB Jahara Hamid
Untuk rekod, Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP yang tergolek jatuh ditolak ke tangga 5 oleh perwakilan semasa pemilihan semula CEC DAP. Anak Kit Siang itu juga mendapat undi popular yang berkurangan.
Tetapi tanpa malunya, Lim Guan Eng tetap memegang jawatan tertinggi parti DAP. Manakala calon nombor 1 yang juga mendapat undi popular tertinggi hanya sekadar memegang jawatan yang lebih kecil.
Guan Eng juga berlagak agak kasar apabila melabelkan seorang pemimpin wanita sebagai 'nenek rasis' Baca Sini
Di bawah adalah bukti-bukti kaitan di antara Guan Eng dengan pulau Mazu (pulau jerejak) :
Lunch with Guan Eng - Mazu Temple at Mazu Island (Pulau Jerejak)?
Maka betullah soalan Datuk Jahara Hamid tentang kewujudan nama 'pulau Mazu' menggantikan nama 'pulau Jerejak'.
Untuk laporan seterusnya : KLIK SINI
2 ulasan:
Inilah akibatnya yg terpaksa ditelan oleh org2 melayu dip.pinang bila bertuankan bangsa lain,agama lain....
Betul tu...mcm la sebelum ni melayu y jadi km.penang ek...hahaha
Catat Ulasan