Jumaat, 27 Disember 2013

PANASS!! Mahfuz Bean Kata Mukhriz Lembab? #HanyaDiKedah

Tudiaa.. cakap pandai..

Mahfuz Bean Omar, Bekas Naib Presiden Pas yang telah kalah baru-baru ni akibat ditolak oleh ahli parti sendiri mengkritik Mukhriz Mahathir sebagai MB yang lambat rancangan pembangunan.

Tak percaya baca kat bawah n..


ALOR SETAR – Pas Kedah menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai seorang menteri yang lambat bertindak untuk merancang pembangunan di negeri ini selepas mengambil alih pentadbiran daripada PR pada PRU13 lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dan BN tidak boleh buat perancangan seperti lima tahun kerajaan PR perintah di Kedah.

“Ini sudah nak masuk hujung tahun, tidak ada apa yang dibuat oleh Mukhriz. Dia kata kena ambil masa sikit. Saya ingat bila orang muda jadi menteri besar, cepatlah sikit dia bertindak. Tapi dia kata perlukan masa pula. Ini membuktikan dia lemah.

“Kita kerajaan PR pada sebelum ini baru setahun perintah, kita sudah ada perancangan. Padan la kita baru setahun perintah dan tidak ada pengalaman mentadbir. Berbanding Mukhriz yang pernah jadi menteri dan ahli parlimen, patutnya dia ada idea yang bernas. Tapi tak ada apa yang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, kelmarin.

Betui ka Mukhriz lembab rancang pembangunan? Atau Mahfuz sendiri tak tahu apa yang kerajaan negeri Kedah lakukan sekarang. Mahfuz tahu atau tidak bahawa Kedah dibawah Dato' Paduka Mukhriz, bukan setakat merancang malah, usaha pembangunan Kedah berjalan serentak, dan jajaran perancangan dan pelaksanaan sentiasa dibuat bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Makmal Transformasi Kedah telah selesai beberapa bulan lepas, melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklumat dan membina landasan secara menyeluruh untuk pembangunan negeri.

Dalam tahun ni saja berapa banyak pelabur luar masuk ke Kedah, lebih 10 billion pelabur luar datang melabur. Masa zaman Pas dulu, 5 tahun merintah, rasanya tak sampai 1 billion pun pelabur luar yang masuk. Tu pun Mahfuz kata Mukriz lambat. Kalau Mukhriz lambat, Pas dulu nak panggil apa 'mekgot' ka?

Semua yang Mukhriz buat, tu belum masuk Bajet Kerajaan negeri untuk tahun 2014 lagi..

Belanjawan Kedah 2014

1. 10 juta untuk pinjaman mudah bagi Usahawan Muda.

2. Rm16.8 juta untuk projek kecil khas bagi kawasan luar bandar.

3. 20 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

4. Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN.

5. 24.5 juta untuk Bantuan Kebajikan.

6. Kursus Perkahwinan PERCUMA.

7. Rm 7 juta untuk pertanian dan ternakan.

8. Unit Pembangunan Usahawan akan ditubuhkan.

9. BONUS setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan negeri.

10. Majlis Sukan Daerah akan ditubuhkan di setiap daerah dan mendapat peruntukan sebanyak rm200k.

11. 190 juta untuk baiki JALAN,titi dan lain-lain.

12. Rm 3.3 juta untuk membaiki rumah awam.

13. Elaun Tok Siak dinaikkan rm200

14. Bantuan rm100 pada setiap bayi yang baru lahir bermula 1 January.

15. Maktab Mahmud mendapat bantuan kerajaan pusat.

16. rm10 juta peruntukan kepada pasukan bola sepak Kedah.

Malah kini kerajaan negeri Kedah mengasingkan pendapatan hasil patuh syariah dari yang tidak. Pendapatan hasil patuh syariah akan digunakan pada pembangunan Islam di Kedah, seperti elaun, imam, tok siak, sekolah agama, masjid, surau dan lain-lain.

Masa zaman Pas dulu ada buat macam ni? 5 tahun Pas merintah Kedah, Pas hanya kurangkan balak saja.. yang lain takdak! Malah hutang makin bertambah, tengok KUIN sudah laa.. 700juta hutang bank. Sapa nak bayar?

Bengap sungguh si Mahfuz ni..

McTheory:
Bila orang kata bodoh marah.. tapi memang betui pun..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengok Kuin semasa PR dulu kecoh tak habis2 macam nak perang hari senyap sunyi. Itulah kalu sekadar pandai cakap aja nasib dilantik masih boleh pegang jawatan dalam Pas lagi kalu tidak balik Pokok Sena.

Hassan Siakap berkata...

Porter Bag ni lemau SRP PUN TAK LEPAS.....apalah punya bodoh orang Pokok Sena mr Bean pun boleh terpilih jadi wakil rakyat.....Pokak Sena dibawah pimpinan Mahfuz lebih maju dari Singapore atau Kuala Lumpur....hasil utama Pokok Sena pegimport terbanyak daun ketum....ha..ha..patut otak biul

Tanpa Nama berkata...

Sapa bulih lawan pas dari segi kepantasan bertindak...
Pantas perabih hutan balak kedah...
Hasil bumi kedah habih kering kontang tinggai kat mb mukhris..
PAS memang pantas...

Tanpa Nama berkata...

ye la masa PAS dpt kedah dulu mmg cepat buat rancangan pembangunan.... sebab masing2 pakat nak cekau hasil bumi kedah.

Tanpa Nama berkata...

PAS rancang nk melingkop mmg mudha dn cepatlaaa!!
Paitu rancang plak benda2 Mat jenin.. tanam pokok pelam atas hutam simpan Pedu.. projek keli laa yg sigboard ja gah.. nk roboh madrasah mmg keja setan lg mudah lah..

Bodoh dan ngok Mahpos bean ni duk perasan mcm hebat sgt dh zaman PAS perintah dlu wpun musuh dia yg jd MB wktu tu.. tumpang sekaki jg.. PAS rancng apa yg dia nk puji melangit nk bodohkan org?? atas kertas stkt nk menipu sapa pun boleh buat cepat.. mmc buat// Maahad tahfiz Pulau Tuba konon.. la projek menuba ada laa...

Munapik PAS.. ckp xboleh pakai..janji penipu.. ada hati nk ajaq org lain.. ptuihh laaa!!

Unknown berkata...

Bn Dah lapuk lr nk tipu rakyat.. Blh ubah kot kali ni.. Bn tua dah.. Rakyat x blh percaya dah.. Isu MH370 pon Kena Kritik dengan negara luaq.. Hahaha Bila negara China marah.. Malaysia nk baikot.. Yg salah kita asal nk marah plk? Bn nyanyok dah... Aku pon asal Org BN gak.. Last2 Menyapah... Bohong banyak sangat... Bodoh plk tu... Jom ubah !!! PR terbaik