Ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, awal malam tadi:
27 Januari 2014
Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera
Pilihanraya Kecil Kajang:
AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon
Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.
Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.
Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia
Belumpun reda kenyataan dibuat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Azmin Ali pula dengan pantas mengeluarkan kenyataan media yang membantah kenyataan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA
Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.
Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.
Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.
Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.
Mohamed Azmin Bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat
27hb Januari 2014
Nampak gayanya memang sah parti ini gila kuasa. Bergaduh sesama sendiri berebut kuasa dan Rakyat menjadi mangsa. Duit Rakyat akan dihabiskan untuk mengadakan PRK di Kajang untuk menyelesaiakan kemelut parti PKR. Amanah Rakyat Selangor dipermainkan. Yang bodoh siapa? Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Perlis di dalam laman sosial Facebook beliau:
Sumber Cucu Tok Selampit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan