Ahad, 26 Januari 2014

#HOT! Mukhriz Nafikan Dakwaan PM Najib Tidak Popular!


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.

“Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam.

Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon.

“Itu sebenarnya putar belit mereka sendiri jadi saya tak akan terjerumus dengan perangkap itu,” katanya.

Mukhriz berkata, beliau menerima dengan hati terbuka teguran daripada Tengku Adnan terhadap dirinya, selain turut menjelaskan mengenai kenyataan sebenar yang diputar belit.

“Umno adalah sebuah parti yang bersifat terbuka dan tidak tertutup kepada kritikan yang mampu membina atau mengukuhkan parti.

"Saya tak lihat kenyataan saya itu sebagai satu kritikan melulu, saya lakukannya secara berhemah kerana rasa hormat kepada pucuk pimpinan dan atas dasar sayang pada parti,” katanya.

Menurutnya, diharap kenyataan beliau itu tidak lagi disalah erti berikutan penjelasan sudah dibuat dan jelas menunjukkan ia bukan diucapkan sedemikian rupa.

Pada Ahad lalu, Mukhriz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada dasar kerajaan betul tetapi tidak popular menyebabkan timbul persepsi kalangan rakyat, kerajaan BN tidak lagi prihatin dengan masalah rakyat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya mengenai masa depan BN pada PRU akan datang jika persepsi rakyat gagal ditangani dengan bijak, berikutan banyak kawasan BN hanya menang dengan majoriti kecil.


McTheory:
Biasa laa..  puak PR ni mana reti apa.. depa tau putar belit saja..

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dok kira apa popular....ni janji tak ditepati apa cerita bro mukhriz? janji kuin tak pindah ke kola ketil mana janji hg!!!!!!!!

padia berkata...

Mb pun dah x popular di kedah. Mana dia janji2 manifesto bn kedah dulu? Mana dia dasar yg secara langsung bagi impak pd rakyat kedah? Pelaburan masuk juta2 tp apa yg rakyat kedah dapat? Yg dapat mungkin hy cukai. Tp hasil cukai tu balik ka kpd rakyat kedah? Jln2 raya duk lagu tu ja. Depa xpalah naik merc baru.

Tanpa Nama berkata...

baik ambik balik bashah jd mb ada jgk baguihnya....harapkan mukhriz harap dahi sj luas tp lemau slow mangkaq....kat kuin pun ada gak yg dahi luas,serupa mcm dia, sat2 kata undi bn sat2 kata undi pas.....dah la masuk keja xlayak -keja dok sembang pandai buleee.....

AnakJatiKedah berkata...

Salam,
Saya terkejut smlm baca paper Tajul Urus Sesumpah PAS ckp krjn Kedah akan pump 5 juta utk siapkan hostel KUIN di Kuala Ketil..???!!

APA PUNYA MANGKAQ AYUN sekoq Exco ni..buat keja bodoh ckp ini mainan blogger BN!!

dn PALING KECEWA ialah Mukriz.. sy dari awal posting calon MB Kedah dh ckp..Mukriz terlalu MENTAH utk jd MB.. jgn ingt dia anak Tun.. dia akan sehebat Tun.. MALANG sekali bila penyokong UMNO desak Ahmad Bashah undur.dn ambik si Mukriz yg MENTAH ni tadbir Kedah..

Kedah negeri.negara tua yg bukan calang2 manusia boleh jd MB.. negeri 'keramat' ni bukan berusia 100 tahun tp lebuh tua.. jd org yg berpengalaman shj boleh dukkerusi MB..

Ahmad BAshah nmpak cmm tk popular..tp dia yg jd pengerusi perhubungan Kedah yg menjadi jentera memenangkan Kedah kembali pd BN..

tp tengoklah.. dh lebih separuh tahun.. LEMBAB.. isu tersedia ada utk KPI Mukriz ialagh isu KUIN..

Isu ini amat penting.. sepatutnya JUAL kampus Kuala Ketil utk dpt CASH flow segera.. bincang dgn krjn Pusat cdgn UiTM Baling.. yg dijanjikan PRU13.. beli kampus Kuala Ketil dr KrjnKedah..

KUIN bkn universiti IPTA, pelaburan hutang besar utk kekalkan kampus cacat itu amat merosakkan masa depan KUIN. Sepatutnya pihak MB Kedah fokus cepat2 isu ini supaya di tamatkan segera Kualat Ketil. kemudian tubuh jwatankuasa memantau perjalanan akademik KUIN..

Jgn biarkan parasit dalaman dan org2 PAS yg aturkan KUIN..

apakah benda mcm ini pun Mukriz xboleh baca?? Tajul Urus tu mangkaq punya exco talibarut PAS terang2..

dr awal lg dia dh contradict dgn MB soal Kuin.. Tajul Urus tu dr awal lag sokong kampus Kuala Ketill..ini semua ada kepentingan poket masing2... tktaulah betul ka tidak..tp pelaburan hartanah pihak2 tertentu yg skrg ni menjadi perancang utk memaksan KUIN kekal di Kuala Ketil..

Mukriz telah memasuki fasa LEMBAB dan LEMBIK.. so jgnlah sibuk komen pasal Najib yg jauh lebh teruji dgn isu2 besar negara. Isu mudah di Kedah pun Mukriz gagal..jgn sibuklah kacau urusan Krjn Pusat..

perbetui dulu Exco..terutama Tajul Urus Mangkaq tu.. audit balik kerja2 puak2 pemalas di Majlis Banraya Alor Setar yg musim ini menirma berkotak2 buah limau .habuan' oleh taukeh2 Cina.. senym lebar puak2 ini..itu yg ternampak..

MB Kedah jgn sibuk dgn urusan Pusat.. tumput PKNK yg serabai tu.GLC2 yg dikuasai pelingkup2 PAS..

haaa byk keje tp buat2 rilek si Mukriz ni... jg laa.. PRU14 bkn lama mana dah.!!

Tanpa Nama berkata...

kalu ditgk dr pelbagai aspek kalu kuin pindah ke kuala ketil masa depan kuin akan jadi malap sbb:

1. mana ada student nak pi belajar kat hulu tempat jin bertendang tue sbb nak cari kemudahan pun susah nak pi beli barang2 keperluan pun susah,nak bt apa2 urusan pun payah. jgn dok banding dgn uum sbb cuba kita pi tgk kat uum serba serbi ada...umpama mini town sbb uum ipta duit federal dok pam. mampu ka kuin nak bt mcm tu sedangkan hutang lama masih tak terbyar? ( hutang bina kampus la hutang kedai alatulis la hutang klinik la hutang hardware la dan mcm2 lg hutang kalu nak cerita....sampai ada kedai yg boikot dah nak bg hutang kat kuin- inilah dia hasil kerja cerdik puak pas dulu, tahniah kepada puak yg kononnya berjuang untuk islam tp meruntuhkan islam). puak2 pas laknat ni memg la cakap pandai yg ni boleh selesai yg tu tak da masalah tp hakikatnya cuma gah atas kertas.....

2. hampir 90% staf menentang perpndahan ke kuala ketil....yg syoknya puak pas tegar pun ada yg tak mau pi tp tak mengaku depan2 la sbb takut kena paku hehehe. staf yg pernah dok sana sebelum pindah semula ke mergong semuanya bersuara TIDAK utk ke pindah ke sana semula sbb depa dah rasa kepayahn kesusahan hidup disana, ni tak da tue tak da....faktor ni akn myebabkan moral kerja staf down dan kuin berpotensi utk khilangan berapa ramai staf yg good performace dalam kerja dr puak pas yg pandai komen tp bila suruh depa bt kerja dapat la output mcm taik!
3. pendapatan kuin akan merudum teruk. tak mau nak ambik cth byk satu pun dah cukup. hari pesta konvo kuin. meriah ka mcm kat mergong? geng yg sewa tapak niaga dapat pulangan lumayan ka? nak dapat rm100.00 pun sehari pun cirit....kesian aku tgk geng2 ni....ada khabar angin kata org kuala ketil boikot sbb organizer org luar bkan anak kuala ketil.... ala kalu organizer org kola ketil pun ada jaminan ka org kola ketil nak mai beli brg yg ada kat pesta konvo tue? kalu takat bg meriah carca merba mmg boleh tp nak beli? kuasa beli org2 kampong belah sana tinggi ka? ni aku bg cth yg paling simple sbb kalu aku bg cth yg heavy kot payah puak2 keparat nak paham...mmg nampak remeh tp hal ni bg impak yg yg besaq kat kuin. sebut sj pertandingn memancing walau cerok mana pun org pi tp masa pesta konvo tu? kesian sampai hadiah pun kena turun sbb sambutan amat dingin. ada irg kata kurang publisiti...hehehe ni aku habaq pi, kalu bab memancing tak payah publisiti meriah2 cukup sekadar iklan dimulut sj sbb kaki pancing mmg tak pernah nak lepaskan peluang ni sbb depa ada connection tersendiri tp pasai pa kat kuin tak sambutan? mmg tempat tu tak berkat sbb dibina atas penyelewengan dr mcm2 aspek... Allah dah tunjuk dahh cuma kita yg dok syok sendiri lg....konon org kuala ketil suka aktiviti keagamaan, mana manusia kola ketil masa malam cinta rasul kat kuin?

suruh mukhriz tu mai jumap staf bawahan yg bt kerja pi jumpa puak2 atas ni depa bukan tau apa! susah payah org bawah yg bt kerja.... kalu pindah pun depa bukan nak terasa sgt sbb gaji besaq, pi kerja lewat balik awai pun bukan ada sapa nak pertikai tp kami staf bawahan ni?

Tanpa Nama berkata...

Kuala Ketil tu kawasan PARIA Mukhriz wajib melawat sendiri dgn kaki dia..bukan hantaq Exco Mangkaq talibarut PAS sekoq tu jd perantara.

Kampus UUM pun smpai la xboleh nk maju mana..wpun Krjn Pusat dh sedaya upaya pump peruntukan berbillion jgn lebuhraya besar..tu pun selepas 20 tahun duk ter atu jugak.. takpa la tu Krjn Pusat.. ini negeri.. KUIN ni taraf U negeri ja.. Kedah bukan negeri kaya.

Kedua..strategi BODOH PAS dan kebodohan di follow Mukriz dan Exco parasit mangkaq Tajul Urus!

Kuala Ketil ni kawasan paria.. kawasan yg xsesuai buat pusat pengajian..buat estet dan kilang boleh lah..sbb tu UPU Kedah xpernah cdang pun buat U kt kawasan tu melainkan kawasan industri dan estet. tp besa lah PAS bodoh.. BN dua kali bodoh ikut buat apa?

Buat apa sibuk sgt nk tolong kwsn paria.. awat di Kedah ni Melayu dh senang sgt dh ka? Klu kekalkan di Mergong-Suka Menanti.. sgt2 strategik utk jdikan Alor Setar Bandaraya Ilmu spt yg dijanjikan Mukriz masa pelancaran UTC 2013 dlu..

bkn main janji Mukriz..tp la apa jadi?? kena perbodoh dgn puak2 PAS dlm KUIN dan Tajul Mangkaq tu??

Ekonomi setempat utk org Melayu di Mergong ALor Setar dpt dirancakkan jika KUIN di kekal dan dikembangkan secara berhemah mengikut keperluan.. betapa banyak perniagaan hiliran..lepas tu KUIN Alor Setar sgt mudah krn DEKAT denganb AirPort Kepala Batas (mudah utk tarik expetriate dan student pasca siswazah luar; jadi KUIN akan semakin naik kualiti).

KUIN Alor Setar dekat dgn hub2 pengangkutan lain spt Stesen Shahab Perdana dan Double Track Train station -Anak Bukit! betapa bodohnya PAS dan berkali bodoh UMNO BN xnampak peluang2 hebat ini.

Jika cina perintah Kedah dh lama depa xbodoh utk tolong bangsa lain..tp UMNO PAS sama shj.. buat kerja bodoh..

KUIN Kuala Ketil hanta retorik dan air mata.. UMNO dipangkah dgn harapan dpt betulkan kerosakan ini..tp MALANG.. bila MB LEMBAB..LEMBIK..ckp pandai jer komen org lain.. sendiri pun xperform. Exco2 mangkaq yg hanya berlagak atas nama Exco dan kenderaan negeri.. Tajul Urus tu cukup tak guna punya Exco..dr awal dilantik dia mmg nk membela PAS bina KUIN Kuala Ketil..

Tp Mukriz sibuk nk komen Najib.. inilah.. Tuhan bukak aib sndiri.. baru setahun mentah dh lagak nk kutuk org tua..dia sndiri KPI zero!

MANA DIA KPI MUKRIZ?? KUINN??

Watch out la Dato Seri MB.. rakyat akan tukar lagi lah klu cmni gayanya!

Tanpa Nama berkata...

hahahahha harap dahi sj luas tp bodo....bukan nak turun sendiri mai tanya semua staff dok ikut tajul urus laknat tue....apa lg staf kuin pakat ramai2 tukaq kerja la sbb memang kuin masa depan dah malap....lepas ni tak da student dah nak mai belajaq sini....pas umno sama! sekali pru staff pening sbb mcm2 politik jadi,so sampai bila? biaq puak2 bodoh lg mangkak mentadbir kuin sampai lingkup! dah tau insan bestari tak boleh maju dok ambik gak dah tau mcm2 tak boleh maju dok kekal gak dah tau byk ulaq air dalam kuin dok sambung lg keja depa...apa ni? apa ni apa tu = kuin LINGKUP dan tutup!!!! maaf la kat semua staff kuin atas kata2 aku ni tp kita kena sedaq sampai bila periuk nasik kita dok goyang setiap kali pru? RUMAH TERBAKR NAMPAK APINYA HATI TERBAKAR SIAPA YG TAU? - KARAM PARIA KOLA KETIL HAHAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Sayang INSANIAH dulu hebat.. Zaman Allahyarham Dato Ahmad BAsri susah payah dgn org2 nya nk tubuhkan INSANIAH.. mai zaman PAS lingkup.. bg kt MB mentah Mukriz ni sama2 lingkup..

saya duduk di sekitar tu jd saksi dan ada ahli keluarga yg terlibat dgn INSANIAH.. zaman Sayid Aqil dlu..

Kenapalah Tajul Urus ngok tu diberi kuasa penuh oleh MB.. turunlah jmpa staff..jmpa pelajar2..jgn jumpa persatuan pelajar proksi PAS.. yg buat demo dlu tu.. kompom la depa ckp support Kuala Ketil..


Sedih la..INSANIAH terkenang zaman tu..

Tanpa Nama berkata...

insaniah akan jd kenangan sj lepas ni sbb ramai staff yg willing to work akan berhenti sbb tak mau pi kola ketil...tinggal la puak2 yg pandai cakap idea bertimbun2 tp tak reti bt keja ( sma dgn puak2 pas ni bersyarah pandai, yg tu salh yg ni slah tp diri hgpa pun sama sj....). bila tinggal puak2 ni tunggulah zaman kehancuran kuin......