Gelak sakan Zahid oii... |
Amboih la, gelak sampai terpejam mata si Zahid ni. Lama betul tak dengar cerita pasal Zahid, sejak menang VP ni, rasa dia macam tak wujud, walaupun gelombang krisis perkauman makin lama makin hangat. Mana dia sembunyi?
Tiba-tiba muncul, bagi anugerah kat Malaysiakini, pelik.. tapi benar!
Penggunaan luas media sosial oleh Malaysiakini nampaknya terbalas dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 di Kuala Lumpur malam tadi.
Portal berita bebas itu memenangi hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian.
Anugerah itu berasaskan undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.
Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, mereka merancang meningkatkan penggunaan media sosial dengan melantik kakitangan sepenuh masa bagi menguruskannya.
“Kami ada hampir sejuta peminat Facebook.
“Tetapi saya percaya kita boleh lakukan lebih baik lagi,” kata Gan yang menerima anugerah itu daripada tangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Zahid antara menteri yang tidak puas hati dengan Malaysiakini sebelum ini.
Ketika berjalan untuk menerima anugerah itu, Gan sempat berseloroh: “Kamu tak akan tuding jari pada saya kan?”
Zahid kemudiannya tersenyum dan membalasnya: “Gencatan senjata”.
Dalam ucapan di hadapan 300 orang di majlis itu, Zahid menggesa media sosial melaporkan secara benar dalam posting masing-masing.
Sempat gurau pulak tu, kalau dulu sebelum pemilihan, rakyat Malaysia tengok Zahid macam hero, tapi hari ini, hero yang dulu dah jadi heroin. Muka yang garang dalam TV sound pengkhianat negara, dah hilang, cuma yang tinggal muka tersengih bagi award pada Malaysiakini.
Mc tahu, nanti bila Mc tulis macam ni, ramai la berkoyan-koyan blogger pro Zahid yang akan mengutuk dan menghentam Mc. Tapi biasa la, kita faham, kawan-kawan cari makan. he he he..
Cuma, tolonglah kawan-kawan ku semua, nasihatkan menteri KDN yang menang VP UMNO paling tinggi ni, supaya sedar diri dan ingat dia masih menteri KDN dan bukan selebriti.
McTheory:
Apa lagi Zahid mahu? buat kerja laaa..
6 ulasan:
Integriti.......dimana.....integrity. LOL.
Zahid ni umpama api dlm sekam..jaga2.
Aku taknak tuduh. Tapi apa yg nyata pada pandangan pemerhati, seolah Zahid kecoh jd hero dulu tu semata-mata untuk menang VP. Apa beza dia dengan Anwar? Sama opportunis. Suruh dia belajar daripada Tun M. Walk the talk.
Yang peliknya kalaulah betul MK lapor berita tak betul pasal apa tak saman, seolah-olah macam dijaga dan bela, siapa sebenarnya dalang MK?
Boleh senyum kena perli, hairan... hairan...
Skrg KDN sudah BAU HANCING..ckp mcm tong kosong..xada ape2 tindakan,.PDRM jadi mangsa kena buli..sdr la mangkok taik KDN
Bukan susah nak jinakan harimau yg ganas...hati2 zahid...anda telah masuk perangkap RBA dgn menganjurkan anugerah itu...
Catat Ulasan