Jumaat, 28 Februari 2014

INFO! Malaysia Perlu Pengikhtirafan Dunia Sebagai Hak Orang Melayu!! #KedahTua



Menyokong ISMA yang mahu tanah bumi Malaysia hak orang Melayu! Dunia perlu ikhtiraf kita sebagai tuan tanah dimuka bumi ini. Kalau tak, sampai bila-bila pun akan ada pertikaian dari kaum lain yang mahu mengaku kononnya tanah Malaysia ini mereka yang jejak dahulu.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini mahu pengiktirafan dunia bahawa Malaysia warisan dan hak orang-orang Melayu sejarah pendudukannya di negara ini.

NGO itu mahu pengiktirafan seperti benua China diiktiraf warisan Cina, India untuk orang India dan England untuk orang Inggeris.

“Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu,” kata Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mt Dali.

“Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu.”

Dalam kenyataannya hari ini, Rahman berkata, tuntutan itu wajar berdasarkan kajian beberapa bulan lalu yang mendapati genetik Melayu berusia antara 60,000 hingga 70,000 tahun lalu berbanding Cina (40,000-45,000).

Katanya, Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu disebut “the Cradle of Human Civilazation” yang membiakkan kaum etnik lain.


“Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu,” katanya.

Beliau juga membangkitkan tamadun awal Melayu Kedah Tua yang berusia seawal abad kedua sebelum masihi, berdasarkan penemuan pasukan arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurt Rahman lagi, Melayu merupakan identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah Islam.

Di sebabkan perkara macam ni lah, di Kedah sekarang ni berlangsung Program 'Jom Cari Kedah Tua'


Apa Itu Tamadun Awal Kedah Tua!

Program anjuran Sekretariat Penyelidikan Tamadun Awal Kedah Tua dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM akan diadakan bermula pada 28 Feburari 2014 sehingga 2 March 2014 di tapak Arkeologi Sgn Batu, Merbok, Kedah.

Program ini bakal memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama melakukan ekspedisi arkeologi yang bakal diketuai oleh Datuk Prof Dr Mokhtar dari USM. Semua dijemput untuk menyertai program pencarian ini bersama pihak-pihak media arus perdana terpilih. Tempat adalah terhad.

Program ini bermula pada 28 Februari 2014 pada 4 petang dan berakhir pada pagi 2 March 2014. Pada 2 March 2014, YAB Dato' Seri Menteri Besar akan datang pada jam 2 petang untuk bersama-sama dengan orang ramai di tapak arkeologi tersebut. Orang ramai dijemput hadir pada 2 March 2014 seawal 12 tengahari untuk jamuan kenduri kampung juga bertempat di tapak tersebut. Datanglah beramai-ramai.

Pada 2hb akan terbongkarlah sejarah Kedah Tua yang sebenar, maka ia akan merubah landskap sejarah Kedah hatta Malaysia.

Nantikan perkembangan program Kedah Tua ini..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang politik nak tukar sejarah kononnya semua bangsa terlibat,
pemimpin-pemimpin jangan merosakkan sejarah hanya kepentingan peribadi dan undi, berjuanglah untuk bangsa sendiri bukannya nak bagi HAK KEPADA SEMUA,FIKIRLAH GENERASI MASA DEPAN.