Rabu, 5 Mac 2014

HOT! Kecoh didepan Mahkamah Putrajaya kes Kalimah Allah!

Umat Islam tidak kira dari mana-mana parti politik pun berhimpun untuk tetap berdiri kukuh mempertahankan 'kalimah Allah' dari digunakan oleh pihak kristian.

Gambar-gambar didepan mahkamah,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, sejuk mata memandang keadaan umat Islam memperjuangkan kalimah Allah. Jangan pula kerajaan buat tahu pula maklumlah sekarang masing-masing nak jadi jaguh kaum lain dan juga agama mereka.

Tanpa Nama berkata...

Bosan bro kerajaan ada kuasa nak halang melalui pembentukan undang2 kenapa tak buat?

Halang ajalah melalui pendekatan undang2.
Kenapa Sabah Sarawak boleh guna???

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Siapa benarkan bible diterjemahkan dalam bahasa melayu???

Penyelesaian 10 perkara...

1. Bible dalam semua bahasa boleh diimport ke dalam negara, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia.

2. Bible ini juga boleh dicetak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini adalah perkembangan baru, yang patut disambut baik oleh kumpulan-kumpulan Kristian.

3. Bible di dalam bahasa asal Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh juga dicetak tempatan dan diimport.

4. Di Sabah dan Sarawak, dengan pengiktirafan kepada komuniti Kristian yang besar di negeri-negeri ini, tiada sebarang syarat dikenakan kepada pengimportan dan cetakan tempatan Bible dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa Asal. Tiada keperluan untuk sebarang cop mahupun nombor siri.

5. Mengambil kira kepentingan komuniti Muslim yang besar di Semenanjung, Bible di dalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada yang diimport atau dicetak tempatan, mesti tertera perkataan “Christian Publication” (Penerbitan Kristian) dan lambang salib dicetak di bahagian muka depan.

6. Sejajar dengan semangat 1Malaysia dan pengiktirafan bahawa ramai yang berulang-alik di antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tiada sebarang kekangan untuk mereka bagi membawa Bible dan bahan-bahan Kristian ketika perjalanan.

7. Satu arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan keputusan kabinet dilaksanakan dengan baik. Kegagalan untuk mematuhi arahan akan menyebabkan pegawai dikenakan tindakan disiplin di bawah General Orders. Satu taklimat komprehensif oleh pegawai tertinggi, termasuk Peguam Negara, akan diberikan kepada semua kakitangan awam yang terlibat untuk memastikan pemahaman yang baik dan perlaksanaan yang elok terhadap arahan ini.

8. Untuk Bible yang ditahan di Kuching, penerbit Gideon boleh mengambil balik 30,000 Bible tanpa sebarang bayaran. Kami akan memastikan mereka yang terlibat akan dibayar pampasan. Tawaran itu juga diberikan kepada para pengimport 5,100 Bible di Pelabuhan Klang, yang telah dipungut oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas.

9. Selain isu Bible, kerajaan ingin menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan kumpulan Kristian dan semua kumpulan agama yang lain untuk mengatasi masalah antara agama dan bekerja ke arah mencapai semua aspirasi keagamaan mengikut perlembagaan, dengan mengambil kira undang-undang lain yang berkaitan dengan negara ini. Untuk memastikan perkara ini dilakukan segera, sebagai Perdana Menteri, saya akan bertemu dengan wakil-wakil daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) tidak lama lagi untuk membincangkan penyelesaian masa hadapan.

10. Menteri-Menteri Kristian di kabinet akan membuat perjumpaan berkala dengan wakil-wakil Kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu mereka dan bekerjasama dengan kementerian berkenaan dan saya, untuk menyelesaikannya

Korang sokong korang lah tanggung...

Tak faham lah, yang memimpin dipersoal yang melantik pemimpin pun akan disoal.

diros berkata...

Isu kasim ahmad jangan disenyapkan begitu je...
Bisa meruntuhkan akidah umat Islam...
Sampai sekarang belum ada tindakan dari pihak berkuasa atau pemerintah!!! Hairan kan!