1. Dua kapal guided-missile Destroyers milik Tentera Laut Amerika Syarikat, Pinckney dan Kidd, adalah antara berpuluh-puluh kapal pelbagai negara yang terlibat di dalam mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang semasa terbang dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing.
2. Pinckney terlibat sejak Ahad lepas, menghantar helikopter yang telah mengimbas laut untuk mencari tanda-tanda kapal terbang yang hilang. P-3C Orion, pesawat pengawasan maritim Tentera Laut Amerika Syarikat juga telah menyertai carian, terbang daripada Subang Jaya, Malaysia. Destroyer Kidd turut serta pada hari Isnin lepas.
3. The New York Times telah menyiarkan temuramah media dengan Cmdr. William Marks, jurucakap untuk armada ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat termasuk Pinckney dan Kidd tentang usaha mencari pesawat MH 370.
4. Dan kenyataan William Marks ini sekaligus telah menafikan segala pembohongan dan fitnah kepimpinan Pakatan pembangkang terhadap kemampuan kerajaan Malaysia menangani isu MH 370.
5. Di antara kenyataan William Marks yang tidak akan disiarkan oleh lidah rasmi parti pembangkang dan tidak mungkin akan dinyatakan oleh kepimpinan pembangkang :
Q. Who organizes and coordinates the search-and-rescue effort?
A. This is all coordinated by the Malaysian government. They coordinate both the water-space and the airspace management. I give them a lot of credit.
They have done what I would call an exceptional job. It’s like a big chessboard out there. It’s really like moving chess pieces around, and that’s 3-D. You have three dimensions, you have the water-space and the airspace.
If you don’t do a good job of it, there is a very real possibility of an accident. I give a lot of credit to the Malaysian government. They have a very well-organized plan.
They track all these assets coming in from all these countries, they make assignments, and they’re very efficient, very professional.more6. Di bawah adalah terjemahan kenyataan Cmdr. William Marks untuk kepimpinan pembangkang dan mereka yang masih dungu dan terlalu bodoh kerana masih mahu memperlekehkan kemampuan Malaysia :
Ini semua diselaraskan oleh kerajaan Malaysia. Mereka menyelaras kedua-dua ruang air dan pengurusan ruang udara. Saya memberi banyak kredit kepada mereka.
Mereka telah melakukan apa yang saya panggil satu kerja yang luar biasa. Ia seperti papan catur besar di luar sana. Ia benar-benar seperti kepingan catur yang bergerak merata dan ianya 3-D. Anda mempunyai tiga dimensi, anda mempunyai ruang air dan ruang udara.
Jika anda tidak melakukan kerja itu dengan baik, kemungkinan besar yang berlaku kemalangan. Saya memberi banyak kredit kepada kerajaan Malaysia. Mereka mempunyai rancangan yang sangat teratur.
Mereka menjejaki semua aset-aset ini datang dari semua negara-negara ini, mereka membuat tugasan dan mereka sangat cekap, sangat profesional.7. Pihak berkuasa yang profesional dan mahir telah memuji kecekapan, sikap profesional dan kemampuan Malaysia. Tetapi kepimpinan pembangkang menabur fitnah dan sengaja meracuni fikiran rakyat.
8. Yang lebih memalukan ialah fitnah dan pembohongan inilah yang dibawa oleh kepimpinan Pakatan pembangkang di PRK Kajang.
9. Dan di sepanjang MiM berada di Kajang, MiM menerima banyak input tentang tindakan kepimpinan pembangkang meracuni rakyat Kajang di ceramah-ceramah mereka, kononnya kerajaan Malaysia 'gagal' dalam isu MH 370.
10. Lihatlah betapa jijiknya modus operandi pakatan pembangkang yang memperlekeh-lekeh dan memburuk-burukkan segala usaha murni kerajaan Malaysia itu.
11. MiM amat berharap agar rakyat, terutamanya warga Kajang, agar tidak tertipu dan diperbodoh-bodohkan oleh Pakatan pembangkang.
11. Dan tanpa mereka sedari (atau memang disengajakan), Pakatan pembangkang telah menghina anggota Tentera Laut Di-Raja Malaysia dan Tentera Udara Di-Raja Malaysia yang bertungkus lumus mencari pesawat MH 370.
Sumber Blog MiM
3 ulasan:
dah tak ada idea lain ka PR ni..
hina..hina..hina...
fitnah..fitnah..fitnah..
hina..hina..hina...
fitnah..fitnah..fitnah...
dah banyak sangat ke pahala...
kita akan ditanya diakhirat tentan nikmat mulut kita..
nikmat telinga kita..
nikmat mata kita..
apakah kita gunakan utk kebaikan..
Tidak menghairankan kalau ini semua salah UMNO sehingga New York Times membuat lapuran sebegitu rupa. Tapi yang menjadi kemusykilan, ketua umum mereka masih boleh kritik kerajaan sedangkan siasatan masih berjalan. Statement yg nak jadi pensyarah bila kalah PRU tak pula dilaksanakan hingga kini.
Catat Ulasan