Isnin, 24 Mac 2014

INFO! BN Kalah Di Kajang Apa Kata Chew Mei Fun? #PRKKajang


Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini.

Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.

Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.

Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian.

Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.

Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.

Datin Paduka Chew Mei Fun

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kajang tu lubuk macai PR.. andai letak BABI atau ANJING sbg calon pun PKR tetap akan menang.. xphm lg ke jentera UMNO BN oii.. skrg ni xpyh nk peduli sgt kawasan2 totok PR.. lantak lah nk jadi apa.. tumpu baik2 jaga bg elok kawasan2 yg memenagkn BN.. biar totok macai PR idup sndiri bergntung kpd kepala2 jahanam parti mereka..

PADAN MUKA sbb BN nk bertanding sgt.. sptutnya jgn buang masa layan game sial Anwar.. tp BN bodoh tk serik.. nk jugak gagah bertanding.. macai2 PR gelak ketawalah.. ken apulak kes MH370 skrg.. rugi serugi2nya masa dn kos..tenaga.. tmpuan pd negara yg utama.

Lepas ni anwar dajjal akan main di tempat lain pulak..lps tu BN pun teruja..mcm jantan yg lihat betina seksi.. tergiur2 perasan lah mcm boleh dpt,,akhirnya tumbang,,,