Isnin, 24 Mac 2014

INFO! Satelit China Jumpai Serpihan Pesawat #MH370? #PrayForMH370



Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin semalam mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang semalam, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.

"(Berdasarkan) berita yang baru saja terima, duta negara China telah menerima imej satelit mengenai satu objek terapung di koridor selatan dan mereka akan menghantar kapal untuk mengesahkannya," katanya.

Menurut agensi berita Xin Hua, objek tersebut berada di selatan Lautan Hindi, kira-kira 120km daripada objek lain yang ditemui satelit Amerika Syarikat yang didedahkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Khamis.

Tiada ulasan: