Ahad, 20 April 2014

HOT!! Misteri Dua Menteri Besar akan ditukar ganti?

ada 4 MB ni terlibat?

Selepas membaca bisik-bisik Awang Selamat yang mengatakan ada dua Menteri Besar bakal di ganti. Para peminat politik tanah air terus tertanya-tanya Menteri Besar negeri mana yang akan diganti?

Maka ramailah yang membuat andaian dan menjadi pakar politik dengan tafsiran masing-masing. Baca laporan dari TMI dibawah,

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mendakwa pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran dua menteri besar tidak lama lagi. 
Bagaimanapun, Awang yang berkata demikian melalui kolumnya dalam akhbar milik Umno itu tidak menyatakan dua negeri yang akan menyaksikan pertukaran menteri besar. 
"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai. 
"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus," katanya dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat, edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini. 
Kolumnis Utusan itu percaya Najib juga sudah mempunyai senarai pengganti calon menteri besar berkenaan. 
Jika benar, persoalan lebih menarik ialah siapa pengganti mereka? Beberapa nama calon yang dilihat berwibawa sudah pun dikenal pasti. 
"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya. 
Awang berkata, pertukaran dalam pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu dilakukan hanya semasa berlaku pilihan raya umum atau negeri semata-mata. 
"Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu," katanya. 
Kolumnis itu juga berharap peralihan pentadbiran tidak hanya ditumpukan kepada jawatan menteri besar namun jawatan dalam parti. 
“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti," katanya. – 20 April 2014.

Perkara ini juga tersebar hingga ke kedai-kedai kopi dan warung-warung nasi lemak tepi jalan. Tak terkecuali di media sosial. Dalam perbincangan diantara nada serius dan tak berapa nak serius, hanya 4 nama Menteri Besar yang naik. Adnan Yaakub, Md Said, Mat Hassan dan Zambry. Tak dengar pulak nama Mukhriz, Azlan, Khalid dan lain-lain MB.

Pelbagailah hujah yang Mc dengar dari pakar-pakar politik tanah air samaada di kedai kopi atau di facebook yang menghalalkan 4 menteri besar ini ditukar. Namun, bagi Mc MB Negeri Sembilan Mat Hassan dah menjalankan tugasnya dengan bagus. Beliau memang tegas, tetapi itu perkara wajib tugas sebagai ketua dinegeri. Hanya satu kaum saja yang tak suka Mat Hassan, kaum yang tak undi BN masa PRU ke 13 yang lepas.

Jadi Mat Hassan rasanya patut kekal. Ini pendapat Mc laa.. bab 3 lagi MB di atas, Mc taknak komen apa-apa. Kalau pembaca ada komen, silakan share bersama Mc untuk kita ulas sama-sama.


McTheory:
Jangan biarkan misteri terus menjadi misteri.. he he..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

botak boboi takmau tukaq ka? botak bukan gheti buat gheja tu.

Tanpa Nama berkata...

Tukar je menteri besar perak tu,selagi dia jadi menteri besar habis harta dalam Negeri perak dia angkut bersam setiausaha di Dato Azhar tu.

Tanpa Nama berkata...

Perak dan Terengganu.

Tanpa Nama berkata...

Trengganu dan Pahang. ....

Tanpa Nama berkata...

Pk dan trganu